life update | second half of the year 2024

Friday, 10 January 2025

lama sudah tak menulis kat blog, hahahhaha busy dengan life tapi ada je masa free cuma makin malas menghadap blog sebab masa free dipenuhi dengan hobi lain. sekarang rasa ‘attention span’ semakin berkurang mungkin akibat ‘doom scrolling’ aplikasi media sosial yang lain nya. padahal sebenarnya makin berat nak share cerita kehidupan di blog ahahaha

assalamualaikum dan salam sejahtera, dari sungai ke laut Palestin akan bebas


sejujurnya, aku dah sedikit lupa apa yang terjadi awal tahun 2024 sebab kehidupan berjalan seperti biasa daripada januari kepada mei. bermulanya jun, perubahan terasa sebab one of my wishlist tercapai, iaitu travel ke luar negara. hahahhaha so blogpost ni nak share sedikit perubahan life aku on the second half of the year 2024.


June 2024
- travel to another country - Vietnam
finally ada rezeki travel ke luar negara, one of my wishlist tercapai. aku ada plan nak buat blogpost, taip nya dah nak upload gambarnya malas sebab laptop personal dah kiok. hahhahha, aku travel follow tour guide dengan kawan. planning daripada tahun 2023 ya! alhamdulillah, berjaya jugak pergi balik dengan selamat membawa kenangan yang tidak dilupakan. semoga tahun 2025 ada peluang lagi nak travel ahaks. then akhir bulan tiber bertunang.

July 2024
- start looking for another job opportunity seriously and attending interviews

bermulanya sesi memohon kerja balik walaupun tengah kerja sebab kita dah terlalu selesa dengan current job yang laid back hahahhaha. member nak keluar dari comfort zone. start la apply secara online melalui linkedin dan jobstreet. ada la attend beberapa sesi temuduga secara online, masa kerja masa tu jugak interview hahahhahaha

August 2024
- dah hantar resignation letter dan ada exit interview. time ni jugak tengah serving two month. makin banyak events yang berlangsung dan kerja nak kena handover. tapi aku tetap chill. masa ni jugak tengah cari bilik sewa di kawasan tempat kerja baru. terpaling busy rasa masa ni. entah berapa banyak owner/agent yang aku chat kat ws/mudah/fb groups. hahhahahha serius banyak, sebab aku takdapat viewing secara fizikal dan mostly secara online agak susah. tapi alhamdulillah, lastly dapat jugak.

September 2024
- last day di tempat kerja 9/9/2024, sedih nak tinggalkan tempat kerja yang sempoi begini, 2 tahun lebih nak dekat 3 tahun ditempat sama. life must go on, kena keluar dari comfort zone kalau nak upgrade diri. so yeah, berpindahlah aku ke bandar besar, Kuala Lumpur demi kerjaya dan masa depan.

- 23/9/2024, start kerja baru. culture baru, environment baru dan rakan sekerja baru. perubahan itu susah tapi jiwa kena kental wakakaka, struggle sikit nak adapt dengan kerja baru sebab culture lain. fast paced environment.


October 2024
- bermula hidup di bandaraya lain, nasib baik aku cari bilik sewa dekat dengan tempat kerja, sebelah je boleh jalan kaki sebab tak bersedia nak hadap kesesakan trafik di jalanraya dan public transport. hahahhaha

- bila jauh dari family sedih rasanya. weekend pun spend time sendiri. nak balik jauh, hahahahahah minggu pertama banyak menangis tiba-tiba bila teringat family. ingat dah besar makin kurang attachment dengan family tapi makin kuat ya. tapi okay sikit rasa sebab adik aku masih ada kat sini bukan Oktober.

November 2024
- awal november dikejutkan pagi dengan berita adik aku accident motosikal kat Cheras, nak tercabut jantung aku pagi tu dengar mak call kata adik aku accident. as the only one family yang ada di KL, aku pergi hospital dengan tak mandinya terus ke emergency around pukul 6.30am, pukul 8 baru boleh lawat sekejap dan dengar explanation doktor. masa dengar doktor cakap adik aku ada pendarahan otak dalaman sebab hentakan kat kepala nasib pakai helmet. again rasa gelap jap dunia tapi okay sikit sebab adik aku boleh response semua okay dan takda cedera luaran sangat cuma luka sedikit area muka.

adik aku kena tahan 5 hari kat wad untuk pemerhatian. keluar dari wad terus bawak balik sarawak untuk recovery 2 minggu lebih sebab senang ada orang monitor dirumah. aku pun balik sekali. tiber jadi asbab aku balik sebab aku pernah mention aku akan balik 3 to 2 bulan sekali hahahhahaa. alhamdulillah adik aku sekarang dah okay.


December 2024
- preparation life baru, banyak betul benda nak kena settle. ada masa mampu menangis dan tidur je sebab penat kerja dan banyak fikir hahahaha. tapi member tetap chill. sebagai seorang yang resourceful dan berpegang teguh kepada ‘benda boleh settle’, jadi kita tetap teruskan kehidupan yeahhh dan semoga dipermudahkan, inshaALLAH

- ada jugak balik sarawak bulan ni, kaya eh tiap bulan balik. aminnn. inshaAllah, duit boleh dicari. jumpa kawan sekolah balik setelah berapa tahun tak jumpa. kawan kenal dari sekolah rendah woo, masing-masing dah ada life sendiri, bila berjumpa memang just catchup dengan kehidupan masing-masing. tak cukup masa nak sembang.

seriously, happeningnya hidup penuh pancaroba kehidupan semua dirasai hahahhahha

tahun baru 2025 dah mencapai usia baru, macam tak sangka lama hidup eh. semoga tahun baru pun akan dipermudahkan dan dijalani dengan emosi yang stabil seperti di tahun sebelumnya. walaupun ada je azam tahun lama yang belum tercapai seperti nak sambung belajar dan sebagainyaaaa, semoga tahun ni akan ada peluang. doakan aku! 

aku doakan jugak sesiapa yang mengenali aku di alam maya dan real life semoga dipermudahkan segala urusan tahun 2025. tetaplah bernafas, jangan mengeluh sebab hidup di dunia memang sentiasa penat. jaga kesihatan sebab health is wealth gais. 

akhir kata, happy new year 2025!

azam tahun lepas biarlah berlepas hahaha
azam tahun ni dah set?

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

Post a Comment

drop a comment~
arigatouuu!