punya la lama dah tak update apa2 kat blog. entah la nak kata life busy sangat tak jugak. mungkin dah terjebak dengan budaya internet zaman sekarang, semua nak cepat dan ‘attention span’ pun makin berkurang. cewahhh mukadimah aku bila dah lama tak menaip. dari sungai ke laut, palestin pasti bebas.
assalamualaikum dan salam sejahtera, dari sungai ke laut, palestin akan bebas.
awalnya nak cerita pengalaman membeli kereta dari awal sampai dapat kereta. sebab ye la kan, boleh jadi rujukan sesiapa sahaja untuk masa yang akan datang. boleh jadi untuk rujukan aku jugak incase terlupa.
tujuan aku beli kereta adalah sebab kereta arwah bapak aku yang dah lama aku pakai dah tua. kancil manual 850 yang dah berumur belasan tahun. selalu rosak dah dan tak boleh jalan jauh. aku pulak kerja jauh dari daerah kelahiran. so memang tengah berusaha cari kereta baru ikut kesesuaian. bagi aku kereta murah asal baru dan boleh bergerak jauh pun dah okay. aku suka kereta manual sebab aku rasa aku ada lebih control plus aku mudah bosan. lol
PROSES PEMBELIAN KERETA
STEP 1
cari dan buat research untuk kereta apa yang korang nak. by research aku maksudkan ialah cari pro dan con kereta yang korang nak termasuk bayar bulanan, insurans dan road tax tahunan, service maintenance etc. better la beli kereta ikut bajet supaya tak pening tiap bulan. hahahaha
berbulan jugak aku buat research kereta apa nak beli. mulanya nak axia manual je. bila fikir punya fikir lama terus ada axia baru keluar, takda pulak pilihan untuk manual (lepas aku dah booking sign loan semua baru news axia rahmah keluar hahahaha). so next, perodua bezza atau proton saga. bila banyak baca reviews dan mintak pendapat sendiri aku decide on proton saga. dedua ada pro and con. tapi aku lebih suka yang handling mantap dan interior saga lebih ‘estetik’ dan simple. sebab most of the time pemandu dalam kereta buka diluar hahahah so penting keselesaan dalaman gais. ikut taste masing-masing la. yang penting beli ikut kemampuan.
harga kereta = gaji sebulan x 12
STEP 2
pergi ke mana2 dealership, macam aku proton. tapi sebenarnya aku mostly deal thru whatsapp, nombor aku dapat dari FB page lepas check page, review dan pasti itu adalah sales advisor (SA) proton yang sebenar, terus whatsapp tanya details. macam biasa, dorang akan bagi details list kereta proton, dari situ kau boleh tanya berapa bayaran bulanan, deposit dan etc. rasanya kalau face to face lagi ok tapi untuk aku mudah lagi whatsapp hahahhaha lagipun aku kerja daerah lain, aku plan beli kereta kat daerah asal aku. so yeahhh. aku pilih Proton Saga Standard Manual. (manual standard je la ada, yang premium etc semua dah auto sodihh)
lepas dah decide, SA akan mintak details untuk check kelayakan dan hantar details tersebut ke bank pilihan untuk permohonan loan. (sebenarnya boleh decide sendiri nak bank mana)
- slip gaji 6 bulan terkini (yang ni bergantung kepada SA, ada yang mintak 3 bulan)
- bank statement 6 bulan terkini (again bergantung kepada SA, selalunya 3 bulan)
- lesen kereta depan belakang (belum tamat tempoh)
sebelum decide nak bank mana, aku ada buat research sikit berkenaan interest. mana-mana bank loan pun ada interest. ambik masa buat research bank mana interest rate paling rendah. dan jugak boleh pilih jugak nak fixed rate or variable rate. dedua ada pro and con. pepandai la. kalau ikut bank selalunya dorang akan automatic pilih variable rate. kalau bukak cerita pasal berbezaan dua ni makin panjang pulak blogpost ni nanti hahahhaa. sebagai kesimpulan fixed rate kekal sampai bila2 sama rate dia, variable rate boleh naik ikut OPR semasa.
bila dah hantar details ke sales agent, dia kata cuma tunggu call/contact daripada bank berkenaan untuk interview. tunggu punya tunggu aku kena sidai sampai dua bulan hahahhaha. aku chat balit agent tersebut tanya kenapa masih tiada contact dari bank? lepas tu si agent ni mintak balik details terbaru waduh2. geram satu hal, lesen aku buat hal tamat tempoh hahahha. aku syak sales agent ingat aku main2 nak Proton Saga Standard Manual agaknya hahahhaha
kali ni dalam masa beberapa hari je ada bank contact, mintak details company untuk semakan etc la kan. cepat je proses pastu untuk luluskan loan bank perlu lesen kereta yang sah sebab aku punya dah tamat tempoh, kena tunggu renew lagi. hahahhaha
sepanjang proses booking ni aku tiada buat apa2 payment. aku punya full loan, sebab aku kira bila letak downpayment, macam hampir sama je bulanan beza beberapa belas ringgit je weh. hahahhaha
update | mulai ogos 2024 dah tiada full loan untuk pembelian kereta. semua pembelian mesti ada deposit dah.
STEP 3
dah lulus loan, bank akan contact untuk sign agreement. kalau korang ada downpayment, boleh bayar sebelum sign loan agreement. aku buat loan kat RHB, sebab takda account bank RHB, kena la buat dulu sebelum sign. bayar dalam rm20 je pastu dah ada account RHB, rm20 tu pun ada dalam account kira free je la buat account bank. dah tu sign agreement selesai. baca jugak agreement dan interest rate dia.
satu yang aku tengok interest dalam agreement lain daripada asal. daripada 3.6% jadi 3.7%. jadi increase la bayaran bulanan aku daripada kiraan asal. walaupun beza sikit je tapi kumpul bertahun jadi besar jugak amount dia. so argument asal aku pasal beza belas ringgit untuk downpayment dah kira invalid hahahaha. selalunya interest rate ni depend dengan loan period (tempoh masa loan) dan pelbagai yang lain. satu kesilapan aku, aku malas dah nak cari bank yang rate interest kurang sebab desperate nak dapat kereta. kalau tak silap, aku ada baca somewhere yang kalau ada downpayment dan pernah ada loan lain sebelum ni boleh dapat interest yang kurang. paling kurang boleh cecah 2.9%. sesiapa yang pernah ada loan bank, kira dah ada credit score so bank boleh detect la adakah korang seorang yang bertanggungjawab. pulak hahhahaha. so terpulang pada korang nak research lebih banyak pasal rate interest bank lain.
STEP 4
dah sign loan settle apa semua. SA akan confirmkan nak kereta warna apa. dalam case aku tak confirm. sebab konon stock saga manual yang masuk adalah armour silver dan jet gray. aku nak jet gray. masa tu jugak seller tanya nak no. plate negeri/daerah mana. aku macam biasa ikut je la running number daerah asal dan takda pantang nombor (ya tu pun seller ada tanya). kalau nak no. plate special boleh request tapi bayar la dalam rm320 kalau tak silap. lepas tu aku ada buat bayaran rm63.72 sebab tu baki bayar insurans.
masa untuk menunggu kereta sampai. kalau ikut aku tunggu dalam sebulan dua je la sebab Proton Saga Manual, jarang orang nak beli. selalunya bila dah nak sampai SA akan bagi no plate, kalau dah register chassis selalu dah ada no plate.
STEP 5
kereta sampai. SA akan bagitau la kereta dah sampai bila boleh ambik. bila SA informs dah boleh ambik kereta berdebar-debar pulak aku. hari yang dinantikan dah pun tiba dan bila nak ambik kereta SA yang deal dengan aku pulak takda hahahhaa katanya nak suruh orang lain explain pasal kereta dengan aku sebab SA tu takpandai manual. masa datang proton tu orang yang nak explain tu pun takda dengan SA sekali lololol. nasib baik ada sorang akak ni. dia explain serba sedikit la pasal borang, ada sign sikit untuk mengesahkan penerimaan kereta, dan pasal servis 1000km. then dapat voucher tinted rm299. terubat sikit rasa tu lol
bila masa nak testing kereta pun lawak jugak, akak SA tu takpandai start kereta manual pulak. aku yang ajar suruh tekan clutch baru pusing kunci. lepas tu dia mintak terus bertukar tempat duduk. dalam beberapa minit gitu je dah habis. takdanye nak explain benda lain. maybe dia ingat aku dah tahu semua. lol. excited sis bawak kereta lebar for first time dari kancil kecik comel ke saga lebar kau rasa? . bergegar jugak kepala lutut tapi excited kereta sendiri tak kisah. hahahhaa alhamdulillah.
STEP 6.
bila kereta dah sampai. bank akan call untuk confirmkan yang kereta dah sampai dan pembayaran loan akan bermula bulan seterusnya. aku boleh check dalam application online banking RHB. mudah.
most of the process dihujung jari je la sebab semua hanya contact melalui whatsapp atau call. turun padang bila nak ambik kereta je. hahahhaha
THE END.
yeahh dah ada kereta sendiri dengan hasil titik peluh sendiri. alhamdulillah. dah ada komitmen bulanan baru. T^T kereta kancil akan dirindui
tinted kereta, kan ada terima voucher rm299 daripada proton. dan tambahan rm250 dari aku sendiri sebab nak tinted berkualiti. so total tinted ialah rm549.
bila nak beli kereta ni kena fikir betul tau. beli yang bersesuaian ikut gaji. supaya tak tercekik nak bayar bulan2 hahahhaaa. sebab kalau ada kereta bukan just bayar bulan2 je, ada lagi maintenance dan minyak kereta bulan2. roadtax dan insurance tahunan pun kena ambil kira jugak tu.
so far aku dah lalui selepas setahun memiliki kereta
service 1000km (pertama) *free service 9/9/2023
service 10,000km (kedua) RM185 10/3/2024
service 20,000 (ketiga) RM250 10/9/2024 last free upah
service 30,000 (keempat) estimated rm450+ 10/3/2025 (soon, no more free upah)
insurans + roadtax = rm697 *11/7/2024 /// ni kira murah dah sebab standard harga insurance ikut cc kereta saga 1.3 adalah dalam rm1000+ part insurans tapi kena baca apa yang insurans cover betul2. kalau nak tambah insurans windshield/cermin/banjir etc of course lain dah harga. boleh deal dengan third party. insurans roadtax aku ni proton jugak yang contact aku. dorang call tanya aku dah renew roadtax or bayar insurans. aku terus mintak quotation, bila dapat harga murah dari apa yang aku research, terus deal. hahhahaha
tu baru maintenance belum lagi minyak kereta bulanan. kalau ada tol lagi tinggi kos ada kereta. parking pun kena consider sebab ada tempat kerja dan shopping mall parking berbayar. kalau nak tambah accessories atas dasar keselematan pulak. haaa dah perlu duit lagi.
kos bela kereta ni mahal. rasa nak beli basikal je gais. hahhahaaa
pokoknya, beli la kereta sekadar yang mampu. atas keperluan bukan suka2. buat la research banyak2 kalau nak guna kereta yang sama dalam tempoh masa yang panjang.
apa2 nanti aku update lagi. hahhahaha geram nak menaip post sebab laptop aku dah rosak. nak menaip kat ipad tak best. nak edit gambar kat ipad lagi tak best. hahhahaha maka terjadinya blogpost satu gambar.
harap bermanfaat.
beli kereta mahal tak guna kalau tak bagi signal ketika membelok or nak masuk mana2 simpang. eh
see ya when i see ya lah,
ilal liqa’
Tahniah BV! Bagusnya post ni, really informative. Nnti boleh rujuk kalau saya nk beli kereta pertama jugak, cuma bila tu taktaulah. Kitanya ada lesen tapi dah lama tak drive hahaha xD ya Allah semoga mazni berani bawak kereta sebab rasa loser nyaa takut2 nk drive ni
ReplyDeleteMy first car I beli Myvi. Very naisu cuma lama gila tunggu kereta sampai
ReplyDeleteTahniah ada rezeki beli kereta baru! Good sharing, BV, boleh la refer kalau nak beli kereta baru nantii
ReplyDelete