2023? what a year!

Sunday, 21 January 2024

walaupun jarang bukak blog tapi masih teringin nak menulis sesuatu di blog. kehidupan aku berlalu seperti biasa. masih tiada perubahan besar kecuali diri yang sentiasa bercita-cita dan berangan besar. wahahaha sekian pembuka bicara. dari sungai ke laut, palestin akan bebas.

assalamualaikum dan salam sejahtera

secara dasarnya rasa macam tahun 2023 apa je lah pencapaian aku. hidup macam tu jugak, nothing big happen TAPI bila difikirkan sebenarnya banyak pencapaian walaupun sekecil-kecil benda, itu ada pencapaian diri sendiri. so harus bangga dengan diri sendiri. jyeahhh


sejujurnya, tahun 2023 aku dah berazam untuk 'mengutamakan diri sendiri' dalam pelbagai benda. it is important to make me happy FIRST. aku sentiasa nak happy. ada je masa aku sedih tapi bila fikirkan 'this too shall pass' aku boleh hadapi segala ketidakpastian dengan chill. satu lagi ialah - don't give a f*ck about things. if people wanna tell you something then it's up to them, if they don't then life goes on. tambahan, aku pun nak jadi lebih produktif. produktif sikit-sikit jadi la wahhahaha

life
benda paling memorable tahun 2023 adalah dengan rosaknya kenderaan yang aku gunapakai untuk turun kerja setiap hari. si kancil dah masuk 16-17 tahun dah memang tua. kira macam harta peninggalan arwah bapak. permulaan tahun 2023 dimulakan dengan aku pergi servis kereta sorang-sorang *kita dah dewasa eh. lepas tu dalam beberapa bulan kemudian, kereta buat hal. sebelum ni memang ada problem tapi aku gagahkan jugak drive kancil. hahhahaha. dah beberapa kali masuk bengkel, sorang2 settle hal kereta sekali dengan wang simpanan aku pun 'terbang' baiki kancil. aku decide terus nak beli kereta baru je la kalau ada rezeki. alhamdulillah, ada rezeki aku boleh beli (loan) satu kereta. point utama nak ada kereta satu je la, boleh gerak daripada point A to point B. nanti ada la aku update proses pembelian. dah taip tapi belum publish. wahahaha

handsome la 'Prince aka Oujisama' hahahhaa gedik betul nama kereta


career
kalau bab kerja, sama je la rasanya. tahun 2023 ni paling banyak benda aku belajar dengan fokus sebab dah masuk tahun kedua kerja di sini kan. kiranya tahun 2023 dah boleh berdikari bab kerja eh hahahahha. bab stress pasal kerja just part nak handle event, terus terasa anxiety sebab kena pastikan majlis rasmi berjalan dengan lancar. tambahan, hujung tahun dalam november 2023, ada sesi training di kuching, sarawak dimana aku jumpa rakan sekerja untuk division lain dan department lain. banyak la belajar masa training selain beramah mesra dengan rakan sekerja. terasa sedikit sisi extrovert terserlah.


merasa jugak ronda muzium sorang-sorang. merasa jugak acah jadi solo traveller sehari :D

travel
aduh masih tiada travel tahun ni. paling-paling pun pergi kuching atas hal kerja dan banyak road trip berkaitan kerja. huwaaa tahun 2024 nak travel banyak sikit please. sis nak healing pulak lepas berhempas pulas tahun 2023. i need it. 

banyak la benda jadi, meeting new people, connections and friends. i am grateful for everything. makan pakai cukup tahun ni. walaupun ada part struggle sikit tapi alhamdulillah mampu tempuhi dengan begitu sahaja. power jugak aku kan? minda manusia ni powerful sebenarnya, it actually depends on how we see ourself. 

azam tahun 2024?
mainly to enjoy my last twenties hahahahhaa. weh macam tak percaya tahun ni aku dah nak di penghujung 20an. *nak pengsan* rasa nak tersedak everytime orang mention umur aku hahahhaha padahal jiwa ni rasa macam muda lagi. tapi kita chill eh. enjoy life selagi nyawa dikandung badan. jyeahhh. semoga segala rancangan dan kehidupan aku dipermudahkan tahun ini! 

aku yang cuma nak hidup dengan tenang. yang sentiasa berdamai dengan takdir dan terpaling chill. 
 

kalau tahun baru memang tak lari dengan azam tahun baru?
so apa azam tahun baru korang? ke azam tahun lepas angkut ke azam tahun ini? hahhahahhaha


see ya when i see ya lah
ilal liqa'

9 comments

  1. Masa betul-betul berlalu dengan cepat,kan? Bila bertambah usia ni, perkara-perkara yang kecil pun boleh gembirakan hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, cepat betul masa berlalu, tiba2 dah tahun baru. yup, yang penting happy :)

      Delete
  2. Selamat tahun baru hehe... masih belum terlambat bhaa kan.. hehe... Semoga dipermudahkan urusan, diberikan keberkatan umur dan rezeki, sihat dan happy selalu... Aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak! masih januari lagi so belum terlambat 😆 aminnn~

      Delete
  3. selamat tahun baru di hujung Januari BV! biar lantak umur meningkat yg penting jiwa tetap muda remaja gittewwww~ ahakssss

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru! saya pun pakai kancil juga berusia 15 tahun, alhamdulillah masih berfungsi dan pandai jaga serta rajin service..

    ReplyDelete
  5. Yoshhhhh kawan lamaa .. no time no see hahahahahha . apa khabar

    ReplyDelete
  6. All the best, BV! May Allah ease everything :D

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!