assalamualaikum dan salam sejahtera~
aku kembali menaip dengan tajuk yang agak serius. adult la sangat kan. hahhahaha nak share sikit macam mana nak cari kerja secara online. banyak cerita pengalaman ni konon rasa berpengalaman sangat padahal takpun, cuma share sikit2 la apa aku tahu kan sebab zaman sekarang ni semua di hujung cari. senang dan mudah kalau dah ada kehendak tu. bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. gituhhh.
RAJIN KEMASKINI RESUME
ni sebenarnya penting, bila dah habis belajar atau habis internship rajinkan diri update resume setiap masa. kalau ada pengalaman bekerja berkaitan letak je la dalam resume. apa2 benda yang kita buat letak je asalkan resume penuh dengan ciri-ciri kau seorang yang memenuhi kriteria kerja yang diperlukan. hahhahah
DAFTAR JE LA MANA ONLINE JOB
masa memula cari kerja secara online. aku cuma bergantung kepada facebook (groups) dan jobstreet. pastu tetiba datang ilham nak mula serius cari kerja secara online. malas dah nak dengar rekomen melalui mulut saudara dan rakan. jadi aku daftar la banyak2 online platform tempat cari kerja. by the way, masa tu memang aku susah cari kerja apatah lagi aku nak kerja dekat dengan rumah. sibu sarawak is my hometown. agak susah nak cari kerja berkaitan dengan course aku iaitu IT (programming) kalau ada pun, dorang nak degree.
memula memang tak memilih, daftar maukerja, indeed, dan sarawakjobs. part time ke full time lantak, apply je memana asal dapat interview dan dekat dengan rumah. email sent aku masa tu penuh dengan email aku apply vacancy beserta resume dan CV. ada jugak beberapa email invitation untuk interview tapi ada certain aku tak pergi sebab jauh, so kena la reply email baik-baik dan nyatakan sebab tak dapat pergi interview kan. saja apply sebab nak tahu keberkesanan resume dan CV.
pengalaman cari kerja ~
2017 - customer service cum admin (facebook page) - aku contact dorang dan hantar resume melalui email. aku beberapa kali adjust hari interview sebab ada masalah sendiri penakut hahahhaha, lastly pergi jugak. masa interview ni malam2. rasanya aku ada tanya perlu pakaian formal ke, tak katanya so aku pergi interview dengan seluar jean dan stoking colorful, pergh ingat lagi lol. interview dia macam biasa, siap suruh baca surah hafazan lagi wahahhaha pastu bila dia tanya background family. aku menangis wehhhhhh yup menangis betul mengalir air mata tersedu sedan lololol sebab masa tu sedih lagi setahun lebih dah arwah bapak meninggal. sensitif bila orang soal hal family. hahahahhaha bila ingat balik lawak betul. akhirnya, aku takdapat pun kerja tu.
2017 - supervisor watson (maukerja) aku pergi la kat shopping mall tu siap pusing2 lalu watson dah bawak file resume/sijil etc tapi tak masuk weh tak masuk watson pun sebab anxiety hahahahhahah bongok betul perangai. dahtu aku drive balik terus. lol
2018 - kerani am (facebook groups) - aku contact dorang melalui email jugak. kemudian dapat whatsapp daripada pemiliknya, suruh datang interview dekat satu tempat. of course la sebelum turun interview, kena la google2 tempat tu dulu kan. memula memang musykil sebab tempat tu takda dalam maps. bila dah turun interview, wehhh interview kat satu rumah orang dan di kawasan perumahan. yang interview tu pekerja dia dan sorang kakak tu. interview biasa-biasa sahaja. tak nervous sangat sebab yang interview kakak perempuan friendly. tapi pelik sebab kat ruang tamu rumah kot interview. hahhahaha aku dapat kerja tu. tapi taklama la tahan sebab kerja pun kat rumah orang, takpasti buat apa macam company start-up gitu, gaji pun takpasti. rasa macam kerja main2 je.
2018 - IT executive cum drafter (sarawakjobs) apply melalui sarawakjobs. masa tu tengah kerja jadi kerani tu haaa. masa tengah kerja (field keluar dengan team sale), terima whatsapp daripada Managing Director company tu tanya pasal beberapa perkara pasal IT la kan, dalam bahasa inggeris. kemain reply umpama terer biasalah confident kena ada. fake it till you make it bak kata pepatah inggeris. then, dapat interview kerja suruh datang company dia, masa tu orang tengah cuti. masa interview boleh pulak aku guna fully bahasa inggeris perghh kemain rasa hebat benau walaupun ada part gagap hahhahah. cerita pasal diri aku takbanyak sangat yang banyak cerita masa tu boss tu la hahahhahah nak kerja kan so layankan je sembang dia, dekat sejam lebih baru habis interview. dia terus suruh aku datang kerja lepas habis cuti gawai masatu kalau tak silap. tiga tahun lebih jugak la aku bertahan kat kerja kat company tu. 2018 to 2021. aku kira tu la my first official job sebab berkaitan bidang yang aku belajar.
2021 - system support (myfuturejob) ni aku lupa sikit perjalanan macam mana. rasanya dapat link job daripada indeed atau jobstreet, pastu suruh daftar dan apply kat myfuturejob pulak. dapat email video interview daripada HR dan kemudian lepas habis first video interview dapat second video interview dedua melalui zoom. sebab masa pandemik kan, memudahkan betul video interview dalam bilik je takpayah pergi memana hahahha. first video interview nervous jugak tapi okay sikit sebab interviewer dia HR yang chill je then beberapa hari kemudia ada second video interview tu nervous banyak sebab orang penting yang interview banyak soalan jugak dan fully in bahasa inggeris. masa apply vacancy aku memang dah prepare untuk dicampak kat mana-mana bahagian sarawak sebab nak tukar suasana konon. so aku dapat attachment kat Mukah. aku rasa aku okay je masa interview. macam biasa confident tu kena ada walaupun bergegar tangan sebab nervous nasib baik zoom je kalau depan2 lagi gabra rasanya. yang penting jawab dengan jujur je semua benda. jangan malu tanya apa-apa soalan kalau korang ada soalan pasal kerja atau company. sekarang dah genap setahun dah aku kerja kat Mukah.
bila dah dapat offer letter, banyak betul benda kena buat. nak penyata kwsp dan socso la, siap buat medical check up dan blood test. cari rumah sewa pun satu hal, hal transport lagi. banyak benda kena fikir tapi alhamdulillah aku dapat buat semua sendiri dan dengan pertolongan saudara dan sahabat handai. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. ahh gittew. lepas setahun kontrak, ada lagi confirmation interview dengan orang atasan melalui zoom jugak, interview by CEO dan HOD di HQ. alhamdulillah sekarang dah jadi permanent staff.
luar daerah done, maybe next time luar sarawak pulak? eh ke nak manifesting kerja luar negara hahahaha
✌✌✌✌✌✌
1 DISEMBER 2023 - actually masa blogpost ni di publish dah genap 2 tahun kerja di Mukah hahahhaha. dah habis taip tahun lepas 2022, tapi baru publish. so a bit update, sepanjang aku kerja terutama tahun 2023, aku ada la attend beberapa interview. tapi lain kali la cerita.
cerita pasal resume, aku dulu ada je buat part time kerja kat kedai bunga, jadi pembantu doktor sementara dan cashier. tapi aku tak letak pun semua benda tu dalam resume sebab mostly part time tak sampai lebih 3 bulan. first apply job sebagai fresh graduate aku cuma letak pengalaman internship 6 bulan tu je la sebab kira official job. kekadang bila pergi interview je la bukak cerita pasal part time. aku rasa kalau lebih daripada 3 bulan boleh la letak kerja part time dalam resume. at least orang tahu kau memang jenis yang ada pengalaman kerja.
bagi aku, cari kerja dan hadap interview ni sangat la memenatkan jiwa. ada certain jenis orang yang okay that's good. bagi aku nak mudah kena asah social skills. cara bercakap dan cara pembawakan diri. so kepada sesiapa yang tengah mencari kerja, all the best for all of you 💓
Pengalaman pertama kali interview untuk jadi Retail Assistant Popular, tapi ditolak sebab katanya terlalu lemah lembut untuk berhadapan dengan customer huhu! Semoga semua urusan pekerjaan BV dipermudahkan!
ReplyDeleteaduh terlalu lemah lembut pun ditolak jugak? i thought that is one of the good point terutama dalam customer service. aminn dan thankss semoga dipermudahkan urusan Sil jugak <3
Deletedulu mula-mula nak interview memang akan noob.. tapi sekarang selepas bekerja dalam bidang HR, dah boleh agak dan baca cara-cara penginterview tu.. especially bos tu.. dah ada juga mengalaman dengan company yang terang-terang nak amik kesempatan atas staff.. geramm.. last2 kerja sendiri je walaupun sakit :')
ReplyDeletekan, lama2 boleh faham terutama yang bekerja dalam bidang HR, kalau BV memang tak faham sangat sebab baru beberapa kali pergi interview depan2 XD better kerja sendiri untuk keselesaan sebab kalau kerja dengan company yang jenis suka ambik kesempatan atas staff ni dah kira toxic dan tak bagus untuk kesihatan jiwa. hmmm. semoga dipermudahkan semua urusan Hana ya! :3
DeleteHebat la BV. Sangat berani!
ReplyDeletetak hebat mana pun Ray, hahahhaa BV ni penakut sebenarnya jenis darah gemuruh jiwa tapi semangat membara gituu~
DeleteSetakat ni Cuya belum pernah interview yg official.. dah nak habiskan program Mystep, kerja selama 3 bulan utk tambahan dlm resume. Moga Cuya dpat juga kerja terbaik, yelah memang nak duit dan kelangsungan hidupp.. heheh
ReplyDeletekalau dah bekerja bagi BV tentu dah tahu environment kerja, that's a good thing too terutama bila interview nanti. semoga dipermudahkan urusan Cuya untuk kerja terbaik yaa~ hahaha part duit tu memang semua boleh relate rasanya XD
DeletePhew dah lama tinggalkan zaman-zaman IV ni tapi bila ingat balik semua pengalaman tu yg shape kita hari ni! Teringat dulu-dulu kena tebalkan je muka nak apply kerja T.T sekarang Lenne lebih selesa bekerja sendiri je, job yg datang sendiri kat Lenne heheh :D
ReplyDeleteLenne | lennezulkiflly.com
kann, kalau nak kerja memang kena tebalkan muka mula2 pergi interview hahahha nice la Lenne! kerja sendiri pun kind of one of my goals jugak. keep it up girls! <3
DeleteBanyaknya pengalaman BV n sangat berani! Pegi IV memang memenatkan, tpi secara tk langsung dpt up kita punya communication skills, self confident n cara kita promote diri. Sejujurnya saya masih lemah lgi bab2 IV ni sbb nk masuk 4 tahun masih stuck di company yg sama sejak saya grad hahaha. Semoga ada rezeki utk berani cuba tmpt baru pulak. Huhu rasa loser ye :')
ReplyDeleteyes IV memang memenatkan, sekali sekala pergi la IV utk asah skills, BV pun rasa benda sama jugak, sebab bila selesa dah di comfort zone memang susah nak accept changes. semoga Mazni dipermudahkan segala urusan, it's okay, proceed on your own pace in life ❤️
DeleteHello! Saya first time komen sini sebab baru follow BV. Comel la pengalaman pengalaman mula mula tu hahahha. saya pun sekarang masih job hunting sebab nak tukar kerja. wish me luck!
ReplyDeletehello, thanks sudi follow! hahahaha malu bila fikir balik. semoga dipermudahkan urusan job hunting, all the best for you! ✨
DeleteIngat lagi masa first time interview memang gagap gila and I think it showed my unprofessionalism and immature attitude masa tu, hence failed the inteview :'( anyway it's good to jump jobs untuk career improvement - aka higher salary!
ReplyDeletesama je kita, hahahaha first IV memang banyak insecurities, it's okay, we actually learn from it kan? that's truee, job hopping is good for career improvements ðŸ¤
Deletewaahhhhhhhh tahniah BV sbb berjaya menempuh pelbagai pancaroba IV hehe
ReplyDelete