assalamualaikum dan salam sejahtera! i'm back after 5 months of unexpected hiatus. aku kembali nak membebel di alam blog yang jarang orang bukak dah. lol
bagi yang taktahu, aku dah beberapa bulan *dah genap setahun dah oi masa entry ni dipublish* dalam bekerja di tempat yang asing. bersendirian di tempat orang rasa lain sikit sebab entah la, aku introvert orangnya. aku suka duduk rumah dan bermalasan. antara sebab2 aku nak kerja baru sebab aku bosan dengan rutin yang sama selama tiga tahun ditempat kerja lama. sebab desk job, memang kerja lama agak idle dan tak berkomunikasi dengan orang lain selain workmates dan boss, sebab company swasta, workmates pun takbanyak dalam 14 orang je, tu pun rasanya dalam sehari beberapa patah je bercakap kecuali geng lunch dan masa bergosip hahahhaha. rasa stagnant je so aku decide cari kerja lain. hahhahhaha
bila dah ditempat kerja baru ni, rasa kena out of my bubble. kena communicate dengan banyak orang lain section/department. memang 100% keluar dari my comfort zone. ada masa terasa sedikit gemuruh atau anxiety bila ada tugasan yang penting terutama yang kena communicate dengan banyak orang, kena pergi handle barang penting, being relied on and attend meeting serta sebagainya.
satu yang pasti, berbulan di sini aku lebih banyak bercakap daripada tiga tahun aku di company lama. hahhahahha kekadang rindu company lama yang laid back dan tak perlu communicate banyak2. tapi best jugak company baru, create new network dan cable gitu. hahahhaa kena jadi ambivert. aku introvert bukan jenis tak bercakap langsung, tapi jenis yang bercakap bila perlu je. hahhahahha so kali ni setiap masa perlu bercakap. kalau mula2 dulu, nak angkat phone call pun ada mild anxiety sekarang biasa2 je rasanya. cuma tu la ada la rasa annoying sikit. tapi lama2 macam dah biasa.
pastu banyak pulak join program dan sebagainya. kekadang rasa macam overwhelming pulak. rasa nak lari daripada semua. tapi kena kerja jugak sebab perlu duit untuk meneruskan kehidupan. hahahahha ada ke yang kerja taknak duit?
being an adult still quite tough. you got bills to pay, expectation to achieve and life goal? what's that. selalu tanya diri aku sendiri 'am i doing this right?' jadi adult ni pun banyak tanda tanya dalam kehidupan jugak rupanya. bukan memang dah tau semua benda. apalah cita-cita kecik dulu nak cepat2 jadi dewasa. hahahhaha bila dah dewasa hahhh rasakan segeduk tanggungjawab, segeduk komitmen dan sebagainya. rasa nak give up bila expectation orang sekeliling terlalu tinggi dahtu bila tengok life orang lain macam lagi best, terus rasa depress dengan life sendiri. stop comparing yourself! you done great by living well this far! apa-apapun hidup mesti diteruskan.
aku taip entry ni lama dah, berbulan-bulan baru nak publish. tiba-tiba tahun baru dah 2023. azam tahun baru? nak jadi lebih produktif dari tahun lepas. hahahhaha jangan banyak habiskan masa yang sia-sia dengan aktiviti tidak berfaedah seperti menatap syiling bilik sambil mengenang nasib diri lol.
ilal liqa'
see ya when i see ya lah
kalau aku rajin lah
Social Icons