ramadan dan syawal 2022

Thursday, 9 June 2022

alhamdulillah diberi peluang untuk menyambut ramadhan lagi tahun ni. kali ni ramadhan aku banyak diperantauan walaupun kadang2 ada masa balik rumah. tapi weekdays banyak dihabiskan di perantauan kononnya memang la kerja kan. ahaks

assalamualaikum dan salam ramadan al mubarak!

bila berpuasa jauh dari family ni teringat zaman belajar dulu2. hhahahaha sekarang rutin harian time puasa macam biasa je cuma bila balik kerja terus pergi tapau makanan, nak memasak jarang sekali walaupun ada je barang2 untuk memasak dirumah sewa. mesti housemate aku hairan tengok kenapa aku tak masak, asyik tapau makanan je. hahhahaha entah la, bagi aku sekarang bila hidup bujang ni lagi jimat beli makanan kat luar. jimat wang dan masa, sebab bila dah balik kerja kepenatan memang tak terfikir sangat nak masak apa kecuali weekend kalau diri ini terlampau rajin which is jarang hahhahaha

first day puasa, sempat la berpuasa dan berbuka bersama family. yay. aku okay la boleh balik bila2 masa sebab dekat sikit (3jam perjalanan darat) daripada adik aku si nisa yang sedang belajar di KL, first time la rasanya dia berpuasa jauh dari family, tiket flight nak balik raya mahal sungguh ya. jadi anak perantau.

ramadhan buffet di BUNGA KANTAN, SIBU. sedap2 pilihan makanan


ramadhan buffet - sempat join ramadan buffet yang berpatutan di BUNGA KANTAN. alhamdulillah. kenyang makan makanan yang disediakan sedap2.

persediaan raya - bila cerita pasal persediaan raya, of course la baju raya. mahal aih baju raya tahun ni, aku takboleh brain orang beli baju raya ratus ribu pakai sehari dihari raya je. kalau boleh aku nak beli baju raya under rm100, lebih baik under rm50. hahhahah. adik aku si aien pun dah start buat biskut raya, mak dah start menjual kuih yang sentiasa ada masa raya dan rumah pula dah mula di cat warna baru. 

setakat ni puasa tahun ni bagi aku, bearable, alhamdulillah. teringin nak terawih tapi sebab aku masih tak familiar dengan tempat ni rasa segan pulak. tambahan introvert dan mudah sesat. lagi2 bila drive malam2. huwaaaa~

ramadan tahun ni macam tak berapa teringin sangat nak pergi bazar sebab sorang2 kan. awkward rasanya, tu pun selalu pergi street food booth berhampiran mall sebab dekat ngan tempat kerja, hampir sama macam bazar jugak. lol



SYAWAL 2022

rasanya tahun ni semua beraya mengejut sebab tak sama tarikh dengan kalendar, biasa ikut kalendar je kan. anak bulan tiba2 menampakkan diri dah takdir ALLAH. nasib baik aku balik awal. aku balik sabtu sebab tiket bas hari jumaat petang dah habis. balik guna bas, senang dan inshaALLAh selamat. 

pada hari ahad, yang lain sibuk mengecat dan membersihkan rumah. lepas tengok live di youtube menyatakan raya jatuh pada hari isnin keesokkan harinya, terkejut semua orang hahhahahah sebab semua expect hari selasa ikut kalendar kan. adik aku si nisa pulak masih di KL, plan nak balik raya pertama hari selasa, tapi kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan. so balik la dia raya kedua. sedikit kasihan sebab raya kat KL sorang2 hahahahha.

raya pertama  walaupun semua dah ready, lauk raya dah masak semua tapi tak beraya kemana-mana sebeb kepenatan. tidur sampai petang. takpakai baju baru pun raya pertama sebab nak matching dengan si nisa untuk raya kedua. raya pertama pakai baju raya tahun lepas, sebab baru pakai sekali je kan. tu je la nak cerita raya terkejut.

masakan raya mak macam biasa, rendang ayam dan daging masak hitam berserta ketupat. combo paling best. seminggu2 raya seronok makan benda sama. lol. sederhana je raya tahun ni. satu je la takbest sebab takda transport, susah nak kemana-mana dengan family. nasib baik ada kereta sewa. hahahhahha

apepun, alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tahun ni. semoga tahun depan dapat raya lagi. inshaALLAH.

dan begitulah syawal di awal waktu aku dan keluarga. cuti seminggu dan kembali bekerja seminggu kemudian.

makan2 kat office. kena jemput dengan section lain. yayyy rezeki

another makan2. alhamdulillah beberapa hari makan je kerja hahahhaha makanan pun sedap2. alhamdulillah


raya korang pulak macam mana? banyak makan ke tidak? hahhahahha alhamdulillah aku makan macam biasa.

ilal liqa'
see ya when i see ya lah~


9 comments

  1. I absolutely LOVE all your food pics, BV! xx

    lenne | lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
  2. Meriahnya sambutan raya BV!
    Hahaha terkejut kan raya awal sehari tu, adoi kenangan betullah. Kitorang kat kampung nasib baik memang dah masak awal2. So pagi tu tinggal panaskan lauk n masak rendang sikit2 je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah meriah dengan makanan :D
      kann, memang kenangan. nasib baik dah sedia semua benda so takla kelam kabut sangat XD

      Delete
  3. BV!!! I michhh youuuu TT^TT anywaytengok post ramadan ni teringat... I tak ganti puasa lagi ma

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiiii Misaki :D lama tak nampak di alam blog hhahahhahaha

      Delete
  4. hai BV! how was your life? moga sihat saja hendaknya ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sihat je ni walaupun jarang update blog dah hahaaha

      Delete
  5. Time ramadhan la paling byk makan padahal kita berpuasa si siang hari hahaha.. Itulah kemeriahan bulan puasaa..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!