persediaan raya - bila cerita pasal persediaan raya, of course la baju raya. mahal aih baju raya tahun ni, aku takboleh brain orang beli baju raya ratus ribu pakai sehari dihari raya je. kalau boleh aku nak beli baju raya under rm100, lebih baik under rm50. hahhahah. adik aku si aien pun dah start buat biskut raya, mak dah start menjual kuih yang sentiasa ada masa raya dan rumah pula dah mula di cat warna baru.
setakat ni puasa tahun ni bagi aku, bearable, alhamdulillah. teringin nak terawih tapi sebab aku masih tak familiar dengan tempat ni rasa segan pulak. tambahan introvert dan mudah sesat. lagi2 bila drive malam2. huwaaaa~
ramadan tahun ni macam tak berapa teringin sangat nak pergi bazar sebab sorang2 kan. awkward rasanya, tu pun selalu pergi street food booth berhampiran mall sebab dekat ngan tempat kerja, hampir sama macam bazar jugak. lol
SYAWAL 2022
rasanya tahun ni semua beraya mengejut sebab tak sama tarikh dengan kalendar, biasa ikut kalendar je kan. anak bulan tiba2 menampakkan diri dah takdir ALLAH. nasib baik aku balik awal. aku balik sabtu sebab tiket bas hari jumaat petang dah habis. balik guna bas, senang dan inshaALLAh selamat.
pada hari ahad, yang lain sibuk mengecat dan membersihkan rumah. lepas tengok live di youtube menyatakan raya jatuh pada hari isnin keesokkan harinya, terkejut semua orang hahhahahah sebab semua expect hari selasa ikut kalendar kan. adik aku si nisa pulak masih di KL, plan nak balik raya pertama hari selasa, tapi kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan. so balik la dia raya kedua. sedikit kasihan sebab raya kat KL sorang2 hahahahha.
raya pertama walaupun semua dah ready, lauk raya dah masak semua tapi tak beraya kemana-mana sebeb kepenatan. tidur sampai petang. takpakai baju baru pun raya pertama sebab nak matching dengan si nisa untuk raya kedua. raya pertama pakai baju raya tahun lepas, sebab baru pakai sekali je kan. tu je la nak cerita raya terkejut.
masakan raya mak macam biasa, rendang ayam dan daging masak hitam berserta ketupat. combo paling best. seminggu2 raya seronok makan benda sama. lol. sederhana je raya tahun ni. satu je la takbest sebab takda transport, susah nak kemana-mana dengan family. nasib baik ada kereta sewa. hahahhahha
apepun, alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tahun ni. semoga tahun depan dapat raya lagi. inshaALLAH.
dan begitulah syawal di awal waktu aku dan keluarga. cuti seminggu dan kembali bekerja seminggu kemudian.
|
makan2 kat office. kena jemput dengan section lain. yayyy rezeki |
|
another makan2. alhamdulillah beberapa hari makan je kerja hahahhaha makanan pun sedap2. alhamdulillah |
raya korang pulak macam mana? banyak makan ke tidak? hahhahahha alhamdulillah aku makan macam biasa.
ilal liqa'
see ya when i see ya lah~
Social Icons