march and april 2022 | birthday and ramadan

Monday, 23 May 2022

sekarang dah may, tapi baru rajin sedikit nak update monthly summary untuk bulan march dan april. bukan mudah kerajinan menulis dan mengedit gambar sebab kalau tiada gambar maka tiadalah semangat aku menulis blog umpama jurnal bulanan aku ni. hahahhaha so, back to past~


assalamualaikum dan salam sejahtera untuk makhluk sekalian alam (alam maya atau dunia nyata). harap yang dikenali di alam maya mahupun dunia nyata sihat hendaknya. (tiber rasa macam tulis surat pulak padahal tulis benda lain hahahhaha)

MARCH 2022


birthday month. aku sambut sorang2 je sebab di perantauan konon. sebenarnya biasa tak sambut pun tapi teiba nak hargai diri sendiri sebab masih mampu menempuh kehidupan sehingga mencapai umur 27 tahun *macam banyak cabaran sangat bunyinya hahhahaha* jadi aku belikan diri ini seketul kek coklat mini selepas beberapa minit merenung untuk memilih kek idaman hati. lantaklah asal sedap, ahaks. alhamdulillah, thanks to my parents. 


outstation for work
benda ni tiba2 sangat apa-apa pun tak sempat ready. so yeah, lantak jugak la kerjanya lol. pergi ke Kuching dari Mukah menaiki MasWings first time naik kapal terbang kecik comel lotte macam maswings. good experience though, datang dengan beberapa rakan sekerja dan penginapan hotel serta makanan pun ditaja. terasa dewasa sangat hahahhahahha walaupun dalam keaadan ‘bekerja’. 


foods and outing
tidaklah sah blogpost ini tanpa gambar makanan. balik rumah dan keluar dengan siblings. kitorang naik grab, one way range from our house to the nearest mall is around rm13-rm16. so yeahhh, sharing is caring and everything for windows shopping. 


dahtu cousins ajak outing, on je. dengan bawak baby sorang hahhahaha, excited jalan2 dengan baby sebab banyak suprises macam dia nak berak, tukar diapers and tukar giliran pegang baby. jalan2 la kitorang gegirls berempat with sorang baby girl. baby pun faham je kerenah aunties nak jalan2 hahhahha. pergi makan kat sushi king, kemudian shopping di watsons and guardian. lol typical girls outing la. 


APRIL 2022'

first time makan nasi kerabu ayam berempah. rasa bunga kantan tu kuat pulak. aku jarang makan makanan berasaskan/masak bunga kantan so ada rasa awkward disitu. sedap tapi tu la maybe aku belum biasa, takdapat habiskan nasi ni ahhahhaha


ramadan al mubarak, bulan puasa tiba. excited nak puasa. alhamdulillah berpeluang puasa pertama dengan family. aku sebenarnya dah tulis separated post on my ramadan. so maybe dalam ni aku cuma masukkan gambar2 pada bulan april yang aku dah edit.


gotong royong masak bubur lambuk di tempat kerja,
maka kena la asah social skills. kena bergaul dengan kakak2 dan makcik2 di tempat kerja. alhamdulillah semua okay ramah2 je. tolong la potong2 beberapa batang lobak merah. awkward sungguh nak pegang pisaunya, nampak sangat aku jarang masuk dapur. lol. dah siap bubur lambuk, bawak balik rumah sebagai makanan berbuka puasa. sedap gila.

i have a habit to take a picture of any tickets in case i lost it midway and i have a proof of my purchase lol. life as an overthinker. 


balik rumah on weekends
bila bulan puasa rasa macam nak balik tiap hujung minggu untuk bersama dengan family sebab baru la terasa mood bulan puasa kan. senang la sekarang, tiket bas boleh book online je. boleh tengok bas apa yang available dan pilih seat dan bayar direct guna online banking. memudahkan bagi orang yang pemalas nak berurusan dengan orang macam aku. hahhahahha. bila hari kejadian, boleh pergi kaunter ambil tiket je. baru2 ni godek2 shopee, boleh pulak book tiket bas kat situ hahahhaha mudah gila sekarang!

alhamdulillah, i survive another months walaupun hanya Tuhan yang tau apa yang didalam hati aku. elellele. walaupun nampak okay macam lancar je kehidupan luaran, dalaman kita taktau ye. apatah lagi bagi insan jenis memendam perasaan macam aku ni. keep on surviving people. buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali. ah gittew.

begitulah life aku pada march dan april tahun ni. hidup korang pulak macam mana? okay? yang penting beri masa untuk diri sendiri okay?! 

see ya when i see ya lah!
ilal liqa'

2 comments

  1. selamat menjalani kehidupan sebagai orang dewasa hehe

    ReplyDelete
  2. Kenapa takde gmbr dlm maswing tu mcm mana.. Sbb kapal kecil kan.. teringin jugak nak naik huhu..
    Kluar dgn siblings mmg best hahaha..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!