eh eh semenjak beberapa menjak ni, rasa cepat je masa berlalu. eh dah lepas tahun baru, tetiba dah february. setelah ditilik tolak segala benda, aku macam rasa apa benda la aku buat sepanjang tahun baru ni. ada set goal ke tak? kata taknak set goals ke apa kan? tapi sebagai manusia yang perlukan motivasi dan hala tujuan untuk teruskan kehidupan yang ceria dan jaya, maka haruslah ada titik arah tuju, goals gittew. panjang pulak mukadimahnya.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
alam semulajadi pun berbolak balik dan takdapat di ramal, apatah lagi hati dan jiwa manusia. so tetiba aku rasa aku perlu set goals untuk tahun ni sebab nanti macam tiba2 dah akhir tahun takda pencapaian terbaru untuk kehidupan seorang manusia yang perlu motivasi diri sendiri, akulah tu. lagipun sekarang bila rasa tua, rasa diri perlukan pencapaian jugak. life umpama exam dan quiz *pulak* dia tiba2 datang benda yang tak disangka. tiber apa kaitan kan?
aku tau kita tak patut compare life kita dengan orang lain, tapi nak tak nak rasa tu akan ada datang macam pada masa tak disangka. akan ada rasa inferior aka rendah diri tu. terutama sekarang life pada zaman social media. dalam masa kita tahu update tentang life orang lain, selain tumpang happy untuk kegembiraan orang lain, ada la sedikit rasa rendah diri tu bila compare pencapaian diri dan orang lain kan. hidup orang lain2, ujian kehidupan pun lain2. walaupun nampak happy2 dan bahagia je di sosial media, tak semua tahu niat dan hati setiap orang. tetiba jadi sesi luahan perasaan pulak. tu la rasa kena ada goal untuk tahun ni.
GOALS TAHUN 2022 *kalau tak tercapai boleh angkut tahun depan. eh*
1. belajar skill baru. ambik la course online free mana2 asal ada skill terbaru.
2. menabung *ni selalu fail sejak wujudnya online shopping*
3. tambah kawan dan circle baru * tak kisah secara online atau offline*
4. develop skill memasak *ehem sebab aku jarang memasak*
5. membaca buku dan pergi library
6. travel jauh sikit
8. new gadget?
tu je la kot setakat ni, nanti aku tambah lagi kalau ada. hhahhahahha
tiber gambar kopi kan. wonda coffee dihatiku gittew |
sedikit sebanyak, walaupun aku bukan sesiapa, aku bangga la dengan diri aku sendiri. bangga bukan apa la, bangga sebab mampu hidup sampai sekarang. mampu berdiri atas kaki sendiri. tapi ada je masa aku mengalami EXISTENTIAL CRISIS. bertanya kepada diri, what is my purpose of life, what is my plan after this, what if this doesn't work? memang tak lari la daripada questioning myself every single fxcking depressing day. after all, we are human with feeling and all kan. so, live your life la.
entah la apa aku merepek gais. selepas berlangkah-langkah di alam kedewasaan, masih ramai yang masih clueless, so set la goals dalam jangka masa panjang. setakat ni goals tahunan je la boleh share public. goals macam 5 tahun akan datang etc kita private kan je la. takut kuciwa dengan diri sendiri. tiber. hahahhaha
so apa goals korang tahun ni? dah nak masuk bulan march ni gais T^T
ilal liqa'
see ya when i see ya lah
Social Icons