end of the year 2021 and the start of the year 2022

Friday, 14 January 2022

tetiba dah end of the year. takda new year plan sangat tahun ni. sebab sebulan dah kat tempat baru so masih dalam proses menyesuaikan diri. begini sajalah kita di tahun baru. satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai orang terhadap diri sendiri ialah - 'goals untuk tahun 2021 dah tercapai ke?' 


assalamualaikum dan salam sejahtera~
jujur aku katakan, aku tak set goals sangat untuk tahun 2021. tapi pada tahun 2021, banyak jugak wishlist aku dah tercapai, antaranya memiliki switch lite dan games <my switch lite and first game card | benda wajib tahu sebelum beli> serta pada bulan oktober lepas, aku beli ipad air 4 (entry masih dalam proses). alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas semua rezeki.

orang kata bukan aku kata la, hidup kena ikut arus. follow the flows gittew, ada arus deras ada arus lambat. aku sekarang di arus yang sedikit deras rasanya, sebab nak merasa berdikari balik. sebelum ni memang berdikari dah cuma bila hidup sendiri ni lain la rasa dia kan. terasa sedikit freedom sampai taktau nak buat apa dah lol

walaupun tahun 2021 penuh onak dan ranjau *perghh ayat kau*, tapi alhamdulillah aku dan family survive. adik aku bulan lepas pun positif covid19 takpasti dapat dari mana maybe sebab dia pun jadi sukarelawan dekat hospital, tanda2 dia sedikit demam dan flu je la kot, alhamdulillah semua okay2 je.

aku dah dapat booster dose pfizer bulan november. alhamdulillah~

done pindah rumah sewa lain~

jom mulakan tahun 2022 dengan sikap positif. 

tahun 2022 dimulakan di mukah, sarawak. sedikit jauh 3 jam dari daerah terchenta, sibu. walaupun jauh sikit, adik2 aku datang bermalam beberapa hari konon supaya aku tidak kesunyian menyambut tahun baru jauh dari keluarga. itu adalah konklusi aku sendiri, padahal adik2 aku hanya ingin bercuti di daerah lain dan tengok pantai. lol

jangan tanya azam tahun baru. asal sihat, cukup makan dan pakai dan tidak pening kepala dan happy aku okay dah. tahun ni, aku cuma ingin survive. i will surviveeeeee gittuhhh~

still adjusting to living alone and managing myself. 

alhamdulillah masih hidup sehingga tahun ini. 

semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya,
semoga dipermudahkan segala urusan kita,
semoga dijauhkan dari bencana alam dan sentiasa sihat hendaknya,
semoga kita dikurniakan pemimpin yang bertanggungjawab. amin~

azam tahun baru, paling utama, gembirakan diri sendiri dulu okay?~

ada ya baca eh?
see ya when i see ya!
ilal liqa'

10 comments

  1. Terkesan dengan "gembirakan diri sendiri dulu". Thank you BV!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, kena gembirakan diri sendiri dulu~ you're welcomeee! <3

      Delete
  2. Betul, target dan kapasiti seseorang lain-lain. Yang penting masih gembira dan dibawah lindungan Allah hehe. Semoga tahun 2022 jadi tahun yang bermakna utk kita juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh, semoga semuanya gembira2 dan sentiasa dalam lindungan Allah, aminn :)

      Delete
  3. ikr. sekejap je masa berlalu. tahu2 dah masuk 2022

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, rasa macam tak percaya 2020 dan 2021 dah berlalu begitu sahaja XD

      Delete
  4. Semoga semua baik-baik je and congrats for the booster dose! I've been living away from my family for four years now and seriously, masa mula mula tu bukan saja takes time to adapt but mostly, it is just confusing. but now kan, i got addicted to live on my own and not needing to answer to anyone.


    btw, kebetulannyaaa, adik i pon datang rumah sewa yesterday. sama la, bukan la nak teman ke apa, saja nak merasa berjalan je lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaALLAH and thanks! kann rasa addicted pulak. lain bila balik rumah sendiri sebab living alone rasa macam ada space sendiri sukahati nak buat apa :D

      ehhh betul tu, dorang nak jalan2 je hahahhaha

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!