pada tahun 2020, aku dah plan nak travel ke destinasi impian di seluruh malaysia. tup2 pandemik melanda negara malaysia tercinta. pada tahun 2020, sekali je la rasanya aku naik flight, tu pun sebab hantar adik aku sambung belajar. serius rindu nak travel.
sekarang dah tahun 2021, nak dekat hujung tahun dah ni. walaooo~ entah bila boleh travel lagi.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
sejujurnya sebelum pandemik, tahun 2019 aku baru je start nak travel konon sebagai anak sarawak yang tak pernah keluar dari tempat lahir terchenta, destinasi pertama aku KL-Melaka (februari 2019) dan Sabah (november 2019). next destination dalam rancangan ialah Langkawi. yes, pulau langkawi adalah staycation impian aku.
travel partner aka cousin aku dah kahwin, dah beranak dah pun hahahahah. tiap kali ada post di facebook berkenaan travel especially berkaitan pulau langkawi mesti dia ada tag. simpan bookmark siap2 untuk rujukan masa akan datang. manatau tup2 dah boleh travel kan. boleh je ready mencari dan bookmark apa yang patut. buat masa sekarang memang mampu travel dalam google map je la. cari la keyword hotel in Langkawi, tourist attraction in Langkawi dan sebagainya memang gatal kaki nak travel bila tengok tempat menarik.
selain Langkawi, aku nak jugak travel ke Johor. dah ke Johor, boleh pulak singgah Singapura sebentar. dahtu pergi Kedah, Ipoh dan sebagainya. lepas habis jejak satu Malaysia boleh pulak jejak keluar negara. tiber. tinggi impian aku ni ahahhaha, gais tak salah ada impian. impian menjadikan hidup kita lebih bermakna dan bertujuan. gittew.
so, aku nak share la destinasi impian aku kalau dah boleh travel seluruh Malaysia.
screenshoot from naturallylangkawi.my |
1. Langkawi
Pulau Langkawi, pergi pulau la main kat pantai, berenang tengok batu karang. (padahal takpandai berenang) Island hopping dan bergambar di statue helang. makan2 dan sebagainya. makam Mahsuri dan mengenali lagenda di pulau langkawi. tidak lupa juga kepada gamat gais gamat.
2. Johor
Danga Bay Park dan Legoland - dedua ni ala amusement park gitu. pastu kalau dah boleh travel negara jiran, boleh pergi singapura seharian dan jejak Universal Studio. huwaaa nakk travel please~
IPOH OLD TOWN. source - findingbeyond.com |
3. Ipoh, Perak
Lost World of Tambun - nak main air dan dengarnya kat sana ada hotspring. aku suka main air ni tau walaupun taktau berenang (be right back nak belajar berenang dulu). Oldtown Ipoh, kawasan bangunan lama yang menarik, boleh la pergi cafe2 hipster yang letops kat sini.
dah pernah pergi sekali, rasa nak pergi berkali-kali sebab atas ni sejuk hahahha |
4. Sabah
rasa nak repeat pergi sabah lagi sebab dulu macam tak puas sebab pergi 4 hari 3 malam je. ahahhaha banyak gila aktiviti kat sabah. nak sejuk2 dan chill boleh pergi kawasan gunung, nak panas2 dan main air boleh pergi pulau2 dan main kat pantai.
perkampungan di tengah bendang. source - jelajahmaya.com |
5. Kedah
dekat ngan langkawi~ sawah padi. entah kenapa bila fikir pasal kedah mesti teringat sawah padi. adakah ini agenda semata? teringin nak homestay kat rumah kampung di tepi sawah padi. ada ke homestay macam ni kat kedah? eh pokoknya banyak la tempat menarik kat malaysia ni. best bila jalan2 sambil mengenali budaya tempatan ni. nak travel pakai trains jugak. aduh banyak wishlist aku ni.
inshaALLAH boleh travel lagi nanti~
🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫
cara aku simpan duit nak travel ialah dengan survey harga tiket tiga atau empat bulan sebelum travel. aku suka kalau plan lebih awal berbulan2 sebab senang nak kumpul duit. tak la sekali harung kan duit habis kan. sebelum buat semua benda ni kau kena cari travel partners dulu, boleh jadi kawan2 terdekat atau family. lagi ramai lagi best sebab meriah dan boleh jimat terutama part accommodation. hahahhahaha cara orang lain2. ada yang lama dah simpan baru travel. yang penting jangan berhutang untuk travel. eh
bulan pertama - survey harga tiket, kalau murah dah boleh beli. better beli tiket flight untuk pergi balik terus. bila dah ada tiket flight maka lebih bersemangat nak plan itinery dan mencari tempat yang menarik untuk dijelajahi. lagipun kalau beli awal selalunya memang lagi murah daripada beli last minute.
bulan kedua - survey accommodation, cari harga yang berpatutan sesuai dengan destinasi/itinery. lagi baik kalau dekat dengan kawasan2 tertentu macam lapangan terbang / kedai makan dan stesen etc. tempah terus semua accommodation sepanjang korang travel.
bulan ketiga / sebagainya - buat itinery dan rancang perjalanan secara details. boleh je buat awal2. tapi kali ni better lebih details macam boleh rancang la nak makan apa dan nak singgah mana. jangan lupa kira jugak caj2 pengangkutan lain macam grabcar/bas/kereta sewa dan sebagainya. prepare awal2 duit makan dan duit shopping.
bulan berangkat ke destinasi - dah boleh relax sebab semua dah prepare tinggal nak jalan2 dan menikmati je lagi. ahahaha
aku teringin nak travel sorang2. sebab rasa la adventure gittew kan. agaknya boleh survive tak? aku dah la introvert lol |
boleh introvert travel sorang2. automatik tak jadi introvert sebab orang2 yang kita tegur tu bukan kenal pun. haha
ReplyDeletesaya kalau travel pun plan. tapi plan cincai. pernah travel berdua dekat cameron highland cuma cari tempat penginapan je. stay dekat hostel campur2 dengan mat salleh. best! sewa katil je. lepas dah check in tanya member, nak pergi mana ni? huhu je la. time tu la nak google tempat menarik dekat cameron 🤣😂
hahahha BV pun fikir macam tu sebab tak kenal berani la kot XD
Deletememang best jugak kalau travel tak plan ni sebab ikut flow mana je lagi best kalau member jenis on je hahhahaha
Lambat lagilah
ReplyDeleteKes pun masih pecah rekod
kan, setakat ni hampir hari2 kes cecah 20k T^T
DeleteHabis semuanya tergendala and tak jadi. I hope everything will be better someday. Can't say the word soon because we'll never know how soon we'll recover from this pandemic.
ReplyDeletekan, sedih bila fikir balik. we all hope for the same thing. may ALLAH cepat2 redakan pandemik ni >..<
DeleteاَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† . Stay safe and take care okay.
DeleteYa Allah,anggkat lah wabak covid ni.Kalau covid ni habis memang nak gi travel ngan kawan2 huhuhu
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin. cepat2 la wabak ni pergi, nak travel T^T
DeleteHopefully one day covid ni lesap terus dari muka bumi ni. Rindu nak travel. Sempat la honeymoon kejap lepas kahwin haritu. Now dah ada anak kecil, teringin sangat suatu hari nanti nak bawak my small family pergi bercuti.
ReplyDeleteBy the way, menarik belaka destinasi yang BV share untuk pergi travel tu. Legoland tu best !
amin ya rabbal alamin. inshaALLAH akan boleh travel dengan family jugak satu hari nanti~
Deleteentah bila boleh jejak Legoland, masuk dalam wishlist dulu :D
kampung abang ipar kat kedawang, langkawi. memang dekat area-area bendang. kitorng duduk kat homestay area-area situ, petang-petang jalan amik gambar kat bendang. cantik! langkawi ni walaupun dah banyak kali pegi situ sejak kecik, perasaan excited dia tu masih sama seronok!
ReplyDeletekalau dah boleh travel, saya nak gi sabah!
bestnyaaa, teringin nak pergi sana! langkawi dah lama masuk top list nak travel.
Deletenak pergi sabah lagi, serius banyak tempat best kat sabah!
Langkawi dah nak bukak dahhhh..hehe..tinggal tunggu boleh rentas negeri je lah
ReplyDeleteBoleh rentas negeri je, plan nak pergi Langkawi jugaaaa
kan, harap dapat la rentas daerah, lama dah tak travel.
DeleteBiasa join group tapi sorang pun x kenal…enjoy juga
ReplyDelete