my switch lite and first game card | benda wajib tahu sebelum beli

Monday, 12 July 2021

hi, it's me bv, budakvanilla or whatever you my real name is. i'm back with minimal post in this humble blog. ahh i miss writing nonsensical things in the blog.

assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam dah vaksin ke belum?

okay, pada bulan march yang lepas. aku ada beli nintendo switch lite untuk diri sendiri sebagai hadiah untuk diri sendiri la kononnya. aku lama dah teringin nak nintendo switchs sebab game console sounds interesting. aku bukanlah seorang gamer yang tegar, aku main game for fun je la. to be honest, im not that good at games. lol tapi just do whatever you want okayy, it is your life. you do you as long as it is a good things for your life. ahaks. 


nintendo switch lite ni banyak warna tau, susah nak pilih warna apa. memula aku nak kuning tapi bila tengok coral ni teringat pulak warna tema time blogging dulu2. hahhahahha, so aku pilih coral.

details 
beli mana - shopee (otakuya)
harga - rm850+
set - supplier set (import from japan) kalau maxsoft set (warranty malaysia harga dia lebih mahal)

perkara pertama yang aku buat bila ada switch ni ialah, nak decorate comel2. hahahhaha dalam seminggu2 tu la aku survey benda comel2 kat shopee untuk switch lite ni. hhahhahaha

first, download game free yang availabe kat nintendo eshop. yup, ada je game free. tengok la game macam mana yang korang suka. most of the free game perlukan internet connection tapi ada je yang tak perlu macam deltarune, pokemon cafe mix dan etc. kena pandai cari. hahhahaha

benda first yang aku beli, bag casing supaya senang nak bawak kemana-mana dengan selamat gittew. warna pink pulakk. semua sebab taktau pilih warna. patut aku beli yang warna hitam je. wahahhaha tapi dia ada bagi freegift button cover sakura. terasa comel la jugak. lol

and the button cover to enhance the cuteness so you can game with style lol. untuk casing pulak aku pilih warna hitam. memang tak lari daripada warna hitam la.

game pertama yang aku beli untuk switch lite. aku pilih game yang boleh main untuk long term, macam game yang still relevant untuk jangka masa yang panjang. game yang tak pernah habis kononnya. hahahhahah. game ni mostly pasal decorating your island. macam the sims la cuma kau collect villagers yang comel2 sambil decorate island. setakat ni aku dah main game ni selama 150 hours. hahhahahha

total damage -
pink casing - rm25.90 (rm34.91 include postage) - on5_delfhr shop
sd card 128gb - rm54.16 (bought on sale ori price rm65) - impulse.gaming shop
joycon button cap - rm7.99 (rm13.79 include postage) - ddt0663.my shop
full black casing - rm19.99 - xiaoyinren.my
animal crossing new horizon game - rm180 (bought on sale ori price rm199 - impulse,gaming shop

sebenarnya aku ada beli 2 jenis lagi cartridge game. lain kali pulak cerita. hahhahaha

BENDA yang wajib tahu SEBELUM beli Nintendo Switch / Nintendo Switch Lite


1. Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite ni berbeza tau, yang lite version mostly untuk handheld je, dia takdapat cabut macam Nintendo Switch biasa dan Lite version takdapat guna kat tv macam biasa. untuk aku, it is a perfect switch sebab aku jenis suka handheld game je, tak guna pun nak guna tv sebab guarantee mak aku marah main game kat tv. hahhahahaha plus screen Lite version lebih kecil. dua2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. 

2. Harga game kat Nintendo mostly lebih mahal dari harga game kat pc/phone etc terutama physical game (cartridge card), harga selalunya rm150++, tapi kalau digital version boleh je dapat harga yang murah kat Nintendo Eshop, boleh tunggu sale dan sebagainya. benda best yang best bila guna digital version ialah tak perlu insert card game everytime kau nak main game dan setiap kali beli game digital version boleh collect points. point tu boleh guna untuk beli game lagi kalau tak silap. 

3. SD Card is a must kalau kau jenis suka beli/download digital version sebab storage space Nintendo Switch ni cuma 24.9GB. game paling ringan pun selalunya dah 2GB keatas, paling besar aku pernah download ialah 20GB game Fortnite tu pun belum dia minta update lagi. 

4. untuk some game yang ada Online play atau bila kau nak main online bersama kawan-kawan dan sebagainya, kena SUBSCRIBE membership Nintendo Switch Online. dia ada option individual atau family membership. basically kena bayar bulan-bulan bila nak main online. roughly sebulan ialah rm19 (ada option 3 months and 12 months, price ikut currency country yang korang dah register kat website/switch). TAPI ada je yang tak perlu subscribe membership bagai bila nak main online macam game FORTNITE, kena rajin research la. 

🎮🎮🎮🎮🎮🎮🎮🎮

so, before nak beli Nintendo Switch kena fikir elok2. hahahhahha

btw, Nintendo Switch dah ada version baru, with OLED one?? improved screen? IDK yang aku suka pasal version baru ni dia ada warna putih.

game game jugak, jangan lupa benda seharian yang lain ya. jaga diri secara fizikal dan mental gais. buat benda yang boleh buat korang happy mentally okay! rehat dan hobi itu perlu. 


korang main game tak? tak kisah dalam phone ke laptop~

thanks sudi baca, 
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'





12 comments

  1. Comelnya casing! Dulu rasa nak beli tapi sekarang sebab dah lama sangat odl dah tak larat nak hadap 1 more screen

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat nak decorate guna casing comel2. hahahah faham, odl memang memenatkan jiwa dan raga. semoga terus kuat ya :D

      Delete
  2. comelnya! kawan kita pun ada beli nintendo gak, dia punya kaler hijau, pun cute. Tapi dia beli kat kedai harga sampai 2k taktaula tu dah include game sekali ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe dia beli yang switch limited edition, harga switch limited edition memang mahal dan warna lebih rare dari yang lain :D

      Delete
  3. Nampak ramai orang main Animal Crossing ni, nak try tapi tulah tak ada switch lagi :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak main boleh la start saving beli switch :D

      Delete
  4. Bila tengk orang beli dan main, teringin juga nak beli. Tapi, memang sedar diri yang diri ni tak pandai main games. So, memang tak belilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, tu pun BV main game yang senang2 je macam animal crossing, tak stress nak menang bagai hahahha XD

      Delete
  5. seeing people owning one, I'd love to have one too but soon realised I'm not really good at games. Plus, I doubt I'll use it for a long time. hahahaha But it looks fun tho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm not good at games too tapi tu la teringin nak beli. hahhahahah sekarang walaupun jarang sentuh tapi ada masa best jugak layan animal crossing chill2 :D

      Delete
  6. thank you for thissss. i memang ada fikir fikir nak beli game tapi like nak yang handheld je. just to do something on my free time. memang fikir nak yang lite ni je but i literally have zero knowledge about gaming so this is so helpful. boleh la pasni aim natang nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, best benda ni sebab boleh focus ngan game je tak macam smartphone. hahahha BV pun baru2 je main game kat switch lite so tau sikit2 je. boleh je godek2 sendiri sebab kat youtube banyak share pasal game switch lite tu la terjebak. hahhahaha

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!