assalamualaikum dan salam ramadhan~
aku baru nak update untuk bulan march ni. hahahahha banyak benda nak cerita tapi ni first time aku menaip fully kat henpon. aku guna app blogger. konon nak selalu update blog tapi tu la, makin malas nampaknya. ok2. start cerita.
birthday aku awal bulan, so pada 3rd march aku dapat sesuprise kek dari my cousin, aimi. excited giler dapat kek, dah tu comel pulaks. hahahhaha
cantik kan kek dia? suka kek minimalist macam ni~
then untuk birthday, aku beli hadiah untuk diri sendiri. aku beli switch lite. lama dah nak ada game console so yeah finally one of my wishlist come true.
aku pilih warna coral. teringat zaman blog aku warna coral dulu2. hahahahahah siapa yang masih ingat tu memang korang antara reader paling lama la. sebelum bertukar jadi black white dulu blog aku pernah warna coral ya. hadiah untuk diri sendiri selepas berhempas pulas stress kerja. hidup kena happy. nak hilangkan stress, kena la ada stress reliever kan, kalau aku game, anime dan manga. lain orang lain gaya dan citarasa.
pada 17th march, birthday mak tersayang pulak. excited nak beli kek. comel je kek dia, love you to the moon and back mak ❤️
macam tak percaya je tiba2 dah 26 tahun, kawan2 sekeliling ramai dah kahwin, berkeluarga dan sebagainya, aku masih lagi macam budak2 dengan anime, manga dan game BUT i don't really care about all of that. sebab as long aku happy dengan life yang aku ada sekarang. alhamdulillah.
saja upload gambar ni sebab kat gallery aku banyak gambar makanan je. hahhahahaha
FIRST TIME SWAB TEST COVID19
okay ceritanya, pada pertengahan bulan march, ada sorang rakan sekerja kitorang kena covid19, so semua pekerja lain kat office diarah untuk swab test, satu office tutup seminggu.
maka, pergi la aku dan rakan sekerja di klinik yang tertera dalam mysejahtera list untuk swab test secara percuma, berbaris la kami seawal jam 8. masa ni dah banyak yang berbaris dengan cuaca panas paginya. pukul 10 lebih baru settle. kena la cucuk hidung dan area kerongkong. sakit sekejap je, berair juga mata sebab part dijolok hidung tu terasa sikit pedihnya. hahahahha sis kuat.
dalam 3 hari jugak la tunggu result. alhamdulillah negative. semua la negative. maybe sebab dalam office pun kitorang pakai mask, walaupun tak keluar pergi mana2. takut gila masa tengah tunggu result, memang kuarantin sendiri kat rumah je. hahahah
benda ni best la makan, kalau makan dengan mushroom soup lagi sedap! dia macam roti tapi keras. tiba2 pulak cerita pasal makanan.
ok la, sampai sini je la cerita bulan march.
bulan march korang pulak macam mana? best tak?
sekian gais,
thanks sudi baca,
ilal liqa and see ya when i see ya lah~
Social Icons