life aku macam biasa je. macam takda perubahan je walaupun keadaan pandemik didunia ada je berubah setiap hati terutama data mengenai hidup mati orang. seram tengok. walaupun tanpa pandemik ini, ada je yang mati tiap hari.
assalamualaikum dan salam sejahtera
an enthusiast life - macam biasa je, anime dan manga everyday. the best feeling is - bila balik kerja, dan ada anime/manga update. bila weekend pulak, sehari2 baca manga dan layan anime. what a bliss. aku macam nak buat satu entry pasal rekomen manhwa/webtoon tapi tunggu la kalau aku rajin. hahhahahaa tak pernah rasa diri ni otaku pun sebab aku jenis tengok anime/manga je, fangirling pun kat social media je terutama twitter, aku bukan avid collector (kumpul figurine, cosplay and etc). in real life, aku cuma cakap pasal anime kalau ada orang mintak rekomen dan pendapat je. paling cikai pun, aku guna wallpaper anime dan ada keychain tu je kot. hahhahaha
walaupun aku follow seasonal anime, tak semua yang aku tengok pun sebab rasanya sekarang aku lebih suka membaca manga.
aku dah habis catch up semua one piece anime gais! yayyy! 967~ nak catch up shingeki no kyojin pulak aka AOT. anime dah jadi mainstream ke gais? sana sini aku tengok spoiler anime terutama kat twitter? ke algorithm twitter je? hahhahaha
foods - bulan february ni, duit aku banyak habis kat makanan nampaknya. hampir setiap hari order grabfood/foodpanda kat office. ini semua pengaruh rakan sekerja hahahhaha. tapi serious murah bila order ramai2.sebab hari2 kejar voucher/promo dan diskaun~
aku obses dah dengan aductive spicy salted egg cornflakes ni gais! serious! aku beli kat shopee sebab so far tak jumpa lagi orang jual offline. lagipun paling murah aku jumpa kat shopee harga dalam rm13! selalu orang jual rm15 sm rm18 ss! ni bukan sponsored tau, aku seriously suka kudapan ni, rasa nak makan hari2. tapi agak mahal la nak makan hari2. kalau tengok movie confirm habis la. rasa dia macam pedas2, masin2 dan manis2. semua ada. kalau makan laju2 confirm tercekik. eh
teh c special kalau kat sarawak, kalau kat semenanjung jadi three layer tea. sekarang dah available dalam tin. kecik2 camni pun range harga dalam rm3-rm4. mahal siot tapi sedap la jugak. nak jimat buat la sendiri yer. yang ni rasa caramel, aka gula apong?
an attempt to cook something. aku bosan plus lapar so nak buat la kudapan guna tepung goreng serbaguna bestari (yang selalu untuk ayam tuuu) tapi aku guna fish ball, crabsticks dan sotong stick? dipotong dibelah dan digoreng bersama tepung serbaguna. sedap jugak~ kalau nak sihat dan sedap guna cendawan enoki dan pelbagai jenis cendawan lain pun sedap!
kuetiaw goreng papparich! sedap gila. dalam tu ada udang dan isi kerang. antara kuetiaw goreng paling sedap aku pernah rasa, kira berbaloi dengan harga dia dalam rm16. tak kedekut isi kerang langsung.
aku asyik cerita pasal makanan je kan. maybe sebab impression sesuatu makanan berkaitan kehidupan aku (padahal tu je la gambar yang ada kat gallery) semenjak jarang keluar jalan2 ni. hahahhahha
oh ya, aku ada buat satu video tentang apa yang aku buat bila free/weekend. tapi video pendek je la.
aku buat video secara suka2 je, teringin nak buat cinematic video tapi masih dalam plan. harap la ada masa buat benda ni, aku suka ambik video sebab ala2 macam 'live in the moment' kononya. masa dah berlalu tapi video sentiasa ada. boleh tengok berulang kali.
sebab aku buat suka2, rasa malu jugak la bila mintak orang subscribe. hahahhahah
❤❤❤❤❤❤❤
februari korang pulak macam mana? makan banyak ke berjaya diet?
Social Icons