raya aidilfitri tahun 2020 lain macam sikit sebab kita masih dalam CMCO (conditional movement control order), masih dalam quarantine bersyarat la senang cerita. ziarah menziarahi sesama ahli keluarga tak digalakkan sangat. tapi alhamdulillah raya tahun ni macam biasa je bagi aku sebab memang beraya tempat yang sama, tak perlu merentas desa bagai. family semua kat satu tempat. alhamdulillah.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
jujur aku katakan raya pertama, macam raya biasa2 je. ada family dekat2 datang memeriahkan suasana. kitorang masih beraya macam biasa cuma tak pergi ziarah kubur dan tak pergi ziarah rumah keluarga serta kawan2 sangat T^T
raya pertama, macam biasa baju kitorang sefamily memang sepasang je. alhamdulillah ada baju raya beli online kat shopee je semua. berpatutan dan mudah. nasib baik baju dan tudung sempat sampai sebelum raya.
raya keberapa? agaknya ketiga? keluar dengan para sepupu selepas hampir sebulan lebih tak lepak luar semasa tempoh pkp. kiranya ni kali pertama kitorang makan luar sesama semenjak MCO dilaksanakan. lama gila beratur kat sushi king. macam biasa, the new normal. kena amalkan social distancing, pakai mask dan check suhu pastu ada had masa pulak sebab ramai berbaris menunggu kan. kenyang jugak hahahahah
banyak2 jenis sushi. aku jatuh cinta dengan inari sushi (beancurd). walaupun apa2 toppings atau fillings. aku tetap suka dengan inari. hahahahha siapa suka inari sushi kita geng!!
finally merasa jugak black sugar milk tea xing fu tang ni. hahahhahah rm13.90 untuk satu cup ni. sedap jugak laaaaa. hahhahaha
cantik betul character ni. walaupun keluar, kena ikut jugak SOP (masa ni SOP satu kereta takboleh lebih 4 orang, kena balik before 10pm dan tinggalkan no phone, nama dan suhu etc). kena la ikut semua kan untuk keselamatan diri dan keluarga serta orang sekeliling.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
tak sempat pulak gambar menu2 pagi raya sebab busy dengan apa entah. hhahahah menu kitorang sama je tiap tahun, ada je daging masak hitam dan rendang ayam. masih ada kek lapis dan sebagainya. rasa macam raya biasa2 je. syukur~
raya tahun ni, syukur sangat masih dapat berkumpul dengan ahli keluarga. masih rasa meriahnya raya walaupun kita masih berjaga-jaga. semoga semua berada dalam lindungan-Nya. walaupun ada yang jauh dari family, boleh la gunakan teknologi seadanya, boleh videocall dan sebagainya.
untuk student pula, all the best untuk online learning korang, dan bagi yang bekerja, stay safe juga!
aku still dapat duit raya tahun ni. hahahahahhaha terharu sis.
raya korang pula bagaimana?
dapat duit raya lagi ke?
thanks for reading,
see ya when i see ya~
ilal liqa'
selamat hari raya aidilfitri..
ReplyDeletesyok nye raya bersama sushi.. haha
walaupon raya tak mcm bse tp tetap nk memeriahkan raya dgn cara tersendiri kan.. =)
selamat hari raya aidilfitri jugak :D
Deletekannn, memang semua ada cara sendiri nak feel raya untuk tahun ni :)
SELAMAT HARI RAYA!! Bagus entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
selamat hari raya jugakkk :D thankss for follow :)
DeleteSalam Syawal <3
ReplyDeletetak pernah tahu xing fu tang ada cake macam tu? cantik bentuk dia~
salam syawal jugak :D BV pun baru tau jugak sebenarnya. entah ada ke tidak dalam menu :3
DeleteSelamat hari raya, BV. Maaf zahir & batin. Seronoknya dapat makan sushi masa raya :D Akak lama dah tak makan sushi :(
ReplyDeletesedapnya sushi tu. selamat hari raya.. masing2 sambut raya dengan cara sendiri. meriah juga yang ootd tu hehe
ReplyDeletesalam lebaran ! raya su biasa-biasa je... this year rasa seronok sikit sebab dapat bergambar lelama, kalau tak nak salam bermaafan pun belum tentu sempat sebb jiran dah datang nak beraya
ReplyDeleteWah banyak aktiviti BV raya ni. Sushi is life! Haha. Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!!! Serious craving sushi skrg. Where I live, sushi tastes like sand. Blurgh europe sucks
ReplyDeleteSelamat hari raya BV. Duit raya masih lagi dapat 😚😚😚 raya tak gi mane-mane sangat, setakat rumah sepupu sepapat yang dekat-dekat je lepas tu lepak rumah sendiri.
ReplyDeleteselamat hari raya BV ! perhhhhhh sushi sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa!
ReplyDeletekitorang pun raya biasa-biasa je tahun ni. muhasabah diri hehe