raya aidilfitri tahun 2020 lain macam sikit sebab kita masih dalam CMCO (conditional movement control order), masih dalam quarantine bersyarat la senang cerita. ziarah menziarahi sesama ahli keluarga tak digalakkan sangat. tapi alhamdulillah raya tahun ni macam biasa je bagi aku sebab memang beraya tempat yang sama, tak perlu merentas desa bagai. family semua kat satu tempat. alhamdulillah.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
jujur aku katakan raya pertama, macam raya biasa2 je. ada family dekat2 datang memeriahkan suasana. kitorang masih beraya macam biasa cuma tak pergi ziarah kubur dan tak pergi ziarah rumah keluarga serta kawan2 sangat T^T
raya pertama, macam biasa baju kitorang sefamily memang sepasang je. alhamdulillah ada baju raya beli online kat shopee je semua. berpatutan dan mudah. nasib baik baju dan tudung sempat sampai sebelum raya.
raya keberapa? agaknya ketiga? keluar dengan para sepupu selepas hampir sebulan lebih tak lepak luar semasa tempoh pkp. kiranya ni kali pertama kitorang makan luar sesama semenjak MCO dilaksanakan. lama gila beratur kat sushi king. macam biasa, the new normal. kena amalkan social distancing, pakai mask dan check suhu pastu ada had masa pulak sebab ramai berbaris menunggu kan. kenyang jugak hahahahah
raya kelima, cousins ajak jalan lagi sebab nak photoshoot bagai. haahhahaha tapi last2 keluar malam. men-sushi lagi la hendaknya sebab sushi kan best. lol. makseh lanjeee. jangan jerak lol.
banyak2 jenis sushi. aku jatuh cinta dengan inari sushi (beancurd). walaupun apa2 toppings atau fillings. aku tetap suka dengan inari. hahahahha siapa suka inari sushi kita geng!!
finally merasa jugak black sugar milk tea xing fu tang ni. hahahhahah rm13.90 untuk satu cup ni. sedap jugak laaaaa. hahhahaha
dapat egg cake fillings dia PEARL! or orang sekarang gelar bubble. hahahhaha pelik tapi sedapppp. cantik gila bentuk dia. kitorang dapat free. entah kenapa free. lol rasa macam waffle or bahulu.
cantik betul character ni. walaupun keluar, kena ikut jugak SOP (masa ni SOP satu kereta takboleh lebih 4 orang, kena balik before 10pm dan tinggalkan no phone, nama dan suhu etc). kena la ikut semua kan untuk keselamatan diri dan keluarga serta orang sekeliling.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
tak sempat pulak gambar menu2 pagi raya sebab busy dengan apa entah. hhahahah menu kitorang sama je tiap tahun, ada je daging masak hitam dan rendang ayam. masih ada kek lapis dan sebagainya. rasa macam raya biasa2 je. syukur~
raya tahun ni, syukur sangat masih dapat berkumpul dengan ahli keluarga. masih rasa meriahnya raya walaupun kita masih berjaga-jaga. semoga semua berada dalam lindungan-Nya. walaupun ada yang jauh dari family, boleh la gunakan teknologi seadanya, boleh videocall dan sebagainya.
untuk student pula, all the best untuk online learning korang, dan bagi yang bekerja, stay safe juga!
aku still dapat duit raya tahun ni. hahahahahhaha terharu sis.
bila dalam tempoh quarantine ni, makin menjadi mood online shopping sebab kita takdapat keluar kan, takdapat window shopping so hari2 layan shopee, hahahhaha aku tahu bukan aku sorang je yang hari2 scroll shopee sepanjang tempoh pkp. so, terjadilah shopping online dan mengenal erti penantian satu penyeksaan. terutama part menunggu parcel datang.
assalamualaikum dan salam sejahtera~
alhamdulillah, sepanjang MCO dan work from home, rasa jimat duit sangat sebab tak boleh keluar saja2. hahahahah so kita berbelanja secara online la. tapi ingat satu je, berbelanja dengan cara ukur baju di badan sendiri. dengan berbekalkan tips tersebut, jadi shopping je la.
ada dua benda yang aku beli yang membuatkan aku excited menunggu berminggu-minggu. keyboard with mouse and a camera!
sebenarnya, aku ada rules untuk diri sendiri yang tiap bulan bila terima gaji, aku mesti beli satu benda untuk diri sendiri yang aku boleh guna, nampak dan teringin. lol
spend on myself (april)
keyboard and mouse tu aku beli sebab semenjak work from home, MOUSE yang aku guna untuk laptop tetiba rosakkkkkk pulak. nak beli kat kedai komputer, semua tutup masa awal MCO dulu, so solution utama ialah beli online. semenjak stay kat rumah, ada duit lebih, dah lama teringin nak keyboard wireless comel tu since dia boleh sync dengan laptop, tablet dan phone, bila terfikir boleh la menaip di blog sambil baring. eh. hahhaha finally, dapat Keyboard Logitech K380 in pink!
aku keliru nak beli antara warna pink dan putih. so pilih warna pink sebab laptop dan tablet aku dah putih semua. beli dengan harga yang berpatutan kat shopee logitech. dalam rm93.88, kira murah daripada seller lain sebab banyak aku survey ada yang sampai rm100+
comelkan?! bestnyaaa bateri yang dia provide boleh tahan sampai dua tahun. boleh chill2 sampai menaip. demi mu blog. cewahhhh k dah boleh jadi keyboard warrior berjaya. hahhahahhaha
spend on myself (may)
aku beli camera yang lama dah aku nak. lama dah lama dah aku teringin nak kamera. dua tahun lepas pernah ada dalam wishlist lazada contest aku masa tu menang voucher rm600, plan nak beli camera tapi duit tak cukup lagi plus voucher ada tarikh expired. so, masa tu aku pilih tablet je.
tahun ni, alhamdulillah ada rezeki nak membeli. duit dah cukup. sebab kedai kamera tutup dan aku sebenarnya dah survey harga kamera yang sama lama dah kat kedai, agak mahal daripada beli online. lol. dah lama decide nak beli online, dah lama dalam cart. akhirnya dapat jugak proceed payment. hahahhaha
banyak free gift. aku beli dalam harga rm1620+ kat shopee dengan warranty 2-3 years.
aaaayooo so prettyyyy la my first camera. next target tetiba teringin nak memacam lens. hahhaha
dulu2 aku target mirrorless camera from
canon M10
then canon M100
latest canon M50
sepanjang masa camera2 tersebut dalam wishlist, aku banyak gila tengok video2 unboxing dan reviews kat youtube. kekadang ulang2 benda sama. smartphone canggih2, latest??? who cares? aku nak camera. lain orang lain citarasa.
tujuan utama aku nak beli camera canon m100 adalah photography. selain tu, aku tertarik dengan cinematography (videography). lepas ni boleh la upload gambar cantik2 kat blog dan jugak duit yang aku ada cukup2 untuk beli canon m100. so, angkat je satu sebab lama dah teringin kan. duit sendiri, usaha sendiri. alhamdulillah!
satu je la best, lebih murah beberapa ratus dari beli kat kedai dan dapat banyak free gift. yang paling tak best adalah part menanti parcel datang kat rumah. lagi2 barang mahal macam kamera. dua minggu menanti, dua minggu aku tidur tak lena, mandi tak basah sebab takut barang tak sampai. hahhahaha rasanya hari2 semak tracking number. lol
sepatutnya seminggu je boleh sampai, tapi disebabkan MCO dan lambakkan pembeli online, so lambatlah delivernya. dah lah tracking number tu tak update2. stress aku menunggu. hahahhaha basically, kamera ni adalah barang paling mahal yang aku pernah order secara online. mesti la nervous menunggu kan dan sedikit excited.
nanti aku buat full review untuk kamera ni. sekarang masih testing2 dan discover new stuff. masih noob.
alhamdulillah.
tak lama lagi raya. stay at home je la geng.
aku ada buat unboxing video dalam bahasa sarawak. lol
cringe dengar suara sendiri.
bagi aku kalau ada keinginan terhadap sesuatu, ada peluang beli je.
of course kena buat blog post tentang bulan ramadhan. dah masuk seminggu kita di bulan ramadhan. kalau tak silap kita bermula pada 23 april. masa tu PKP tahap ke-4 pun dah diumumkan. agak berbeza ramadhan tahun nie dengan pelbagai 'rules'
assalamualaikum dan salam sejahtera~
tahun ini tiada merasa kemeriahan bazar ramadhan. tapi alhamdulillah masih berpeluang merasa bulan ramadhan kan. tapi walaupun takda bazaar ramadhan, banyak je yang buat bazar ramadhan online mengikut daerah masing2. dengan option cash on delivery. foodpanda dan grabfood pun masih ada kan.
walaupun tak boleh berkumpul dengan kawan2 dan saudara jauh2. stay strong everyone. we can do this as long we stay at home.
selamat menyambut bulan ramadhan ya kawan2!
semoga ramadhan tahun nie penuh rahmatNya unruk kita semua.
first day ramadhan. banyak terima sedekah daripada jiran tetangga dan family yang duduk berdekatan. alhamdulillah, walaupun musin social distancing kan, atleast boleh pergi sorang2 yang dekat2 tu kan.
entah iftar hari keberapa. lagipun nie bukan gambar by aku. adik aku yang rajin ambik gambar makanan berbuka. iolls berbuka hanya fikir nak minum air je. hhahahahahha
that one time aku buat sambal tempe versi pemalas. beli tempe then goreng, then beli je sambal udang yang dalam tin tu pastu letak sikit asam dan air, pastu letak tempe yang dah digoreng tadi. sambal tempe versi pemalas is doneeeee! kalau letak ikan bilis mesti lagi sedap.
cousin aku rajin betul bersedekah masa bulan ramadhan nie. eh tak ramadhan pun memang suka bersedekah pizza dan sebagainya. moga dimurahkan rezeki sistur kiteeee.
sepanjang bulan ramadhan tahun nie, aku bersyukur dapat puasa dirumah dan dekat dengan family. walaupun takda bazaar ramadhan (kalau ada pun aku bukan jenis suka pergi bazar LOL) tapi terasa jugak kemeriahan puasa dengan bazar online. banyak yang berjual makanan secara online. sempat jugak la sekali order satay secara online. nak order foodpanda, takbanyak pilihan kat area aku maybe sebab agak jauh dari pusat bandar. so, alhamdulillah ada certain peniaga ada option cod.
sorry la kalau publish post nie siang2. hahahahha
semoga puasa kita tahun nie penuh amalan. inshaALLAH
Social Icons