march 2020 | before the restriction of movement order

Monday, 6 April 2020

macam tipikal orang yang suka bulan kelahiran masing2 aku pun turut begitu. aku suka bulan march sebab itulah bulan aku dilahirkan. tapi tahun nie banyak benda berlaku pada bulan march, benda yang kita tak jangka. macam corona virus sampai ke negara kita.

assalamualaikum dan salam sejahtera
tak sangka tahun 2020 akan jadi tahun paling bersejarah dalam dunia sebab kemunculan coronavirus atau covid19 sejak december tahun lalu. siapa sangka secepat itu virus merebak hampir keseluruh dunia, betul2 macam dalam filem. tapi tu la, sebenarnya aku nak cerita tentang hidup aku pada bulan march SEBELUM RMO/MCO/PKP atau sekarang lebih mesra dengan nama 'kawalan pergerakkan'. 


ambik adik kat sekolah. lama gila tunggu bebudak keluar sekolah. aku singgah satu kedai yang wajib singgah bila otw balik sekolah zaman sekolah menengah dedulu. lama sungguh dah tu! kedai tu exactly sama! dengan peti aiskrim dia. cuma dulu2 aiskrim lain sekarang aiskrim baru2. mengimbau kenangan betul. tauke tu pun masih sama! masih bukak stesen radio yang sama. macam balik kezaman sekolah menengah bila makan aiskrim depan kedai nie T^T

***********

awal bulan march banyak jugak benda terjadi tapi rasa tenggelam sekejap memori tersebut sebab sibuk dengan isu semasa covid19 yang melanda negara (hahahha ayat acah macam orang penting2 tapi kira aku penting jugak la sebab aku adalah aku tiberrrr). nak kena semak balik peristiwa yang terjadi dalam kotak memori.

my birthday. kitorang se-cousin celebrate seawal 1st march 2020 sebab hari ahad semua offday. then, kat office pada 3rd march 2020 pun ada birthday celebration, officemates belikan cake sepotong dan pizza! pastu balik awal sebab it is my birthday! lol

then 10 march, plan nak baiki kereta. dua hari sis ulang alik kerja pakai GRAB. dah lah mahal gila one way RM17 dari rumah ke tempat kerja! RIP my money. bila baiki kereta duit pun terbang lagi. hahahhahahha bulan march bulan sis kering. belum sempat RMO, duit dah susut. takdapat nak join panic buying. hahahhahhaa


selalu lepak tepi2 nie dulu sambil makan aiskrim sebelum teruskan jalan kaki balik rumah. rindu zaman sekolah! walaupun dulu malas nak pergi sekolah sebab banyak homework LOL

sebelum RMO dan start panic buying, ada antara kitorang kat office yang masih kerja. aku antara salah seorang yang masih bekerja, sampai syarat diperketatkan 13 march baru tak datang office dah semua. start kerja dari rumah. memula rasa heaven jugak la sebab tak kerja sangat, work from home tapi lepas beberapa minggu rasa lemau jugak la. hahhahahha

dah mention dalam post yang lalu. fallin love gila dengan casing nie. beli kat shopee. ambik masa jugak nak sampai rumah. barang dari china, adik aku siap pesan supaya sanitize dulu barang2 nie sebab perjalanan dia jauh XD

masa nie awal2 RMO tapi belum ada restriction yang wakil keluarga cuma sorang dibenarkan dirumah.

kalau tak silap nie kali terakhir keluar memalam sebab masa tu tengah hantar adik.

sekarang makin ketat dah kawalan pergerakkan. kena la follow rules social distancing dan restriction order buat masa nie sebab virus sedang merebak. kita taktau siapa2 je boleh kena sebab bukan boleh nampak dengan mata kasar pun benda tu kan. stay safe korang semua!

banyak benda berfaedah boleh buat sepanjang masa dirumah, tinggal nak buat ke tidak je antaranya ialah dalgona coffee! i am not a fan of coffee tapi ada jugak merasa sebab adik buat, tu pun sebab dorang mix dengan serbuk koko so jadi dalgona mocha kot XD banyak resipi boleh try masa quarantine nie.

march korang pulak macam mana?
dah cuba buat dalgona coffee/milo ke? hahaha

sekian ilal liqa'
thanks sudi baca!


26 comments

  1. tak pernah nak buat dalgona coffee lagi. marathon cita thai je dulu. dah mcm apa dah duduk rumah tak tengok apa yg terjadi kat luar tu haaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh layan drama thai ke? best tak? kan, bila asyik duduk rumah macam taktau dah apa kat luar. selalu update dengan news je :D

      Delete
  2. Hai BV stay safe ye.. tengok pizza tu teringat masa hari ke 11 RMO kami sekeluarga dah teringin nak makan pizza. tapi masa tu jam 8 dah tak boleh nak keluar dah. so kami order petang tu jugak dan pickup kat pizza hut store dekat dalam mall. Jujurnya rasa seronok dapat kelua walaupun sekejap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii Atikah! stay safe jugak :D kannn, haritu ada jugak keluar beli groceries sorang2 memang best sebab dapat keluar tapi sunyi pulak rasa jalan sorang2 XD nasib baik sekarang delivery/pickup foods ada kan.

      Delete
  3. Baca bv punya post, rasa makan kita kawan baik pulak! Hahaha. I pun suka March sebab my birthday hshshs. I have tried Dalgona Milo since I am not coffee drinker and it taste good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss, kawan baik di alam maya 😁 sama la kan, sebab my birthday jugak. BV belum try lagi dalgona milo, nak try jugak la lepas nie 😊

      Delete
  4. Wah blog Bv dah berwajah baru, so fresh! BV punya recap post tak pernah mengecewakan especially part makan tu! Semoga April (kalau PKP tak dilanjutkan) akan jadi a better month!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tukar template sebab yg lama ada malware 😭 hahaha asyik cerita pasal makan je kannn. masa reply komen ini ditulis, pkp masih dilanjutkan 😌 apa2pun yessss, semoga april will be a better month!

      Delete
  5. Dah buat dalgona..tpi versi tak berapa nk dalgona...maka namanya ditukr kepada terkona den😂😂

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhhaha resipi terbaru ke? memula buat tak jadi jugak sebab dalgona tu tenggelam 😂😂😂

      Delete
  6. I was hoping it would be better but it turns out the other way around.
    This month really is historical. I don't know how much longer we need to endure this but let's just try and stay strong. stay safe and take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr, everyone just need to stay home and follows the rules of rmo. you too! stay safe wherever you are 😊

      Delete
  7. Hai BV. Rindu kat BV! Stay safe kat sana taw. Happy belated birthday anyway! Hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak scha! stay safe jugak 😊 thank you so much 😍

      Delete
  8. Morning di hari PKP yang ke-22... ahahaa :"D

    Happy belated birthday BV... and jemput join my contest YANG INI jom! Tarikh akhir 15 April 2020 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa komen nie ditaip waktu petang. so good evening?! 😁

      thank you so much! harap dapat la join 😊

      Delete
  9. kmk bok jak try molah dalgona coffee ya marek kakk HAHAHA lol tapi sumpah nyaman. Dalam minggu tok kmk sik berhenti try baking try resepi baru. Nampak gilak sikda keja eh hahaha

    stay safe kak & happy birthday juakk!

    p/s: uuuuuu dah nampak baru dah blog tok hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, nang nyaman dalgona coffee 😊 dak family kmkorg sama juak, rajin baking mok polah roti, biskut macam2. bagus na rajin baking. kmk sik gilak, tukang nangga dari jaoh. hahahaha 😂

      you too and thanks again!

      aiseh well hahahah

      Delete
  10. May I know what phone are you using? Your photos are pretty decent + your editing technique macam masuk seragam dengan semua gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oppo a71k, mostly gambar edit dalam app vsco dan untuk blog edit balik dalam photoscape (resize, contrast and etc). guna yang sama since app vsco wujud so maybe sebab tu seragam 😂😂

      Delete
  11. I love March due to the same reason like you as well. Tapi itulah, not such a good March eh this year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, macam taksangka march tahun 2020 jadi macam sekarang :D

      Delete
  12. My march was pretty... mediocre except we get the chance to celebrate my nephew's birthday a few days before RMO started. Tu lah last keluar. Esok nak kena keluar beli barang dapur, entah kenapa rasa nervous, maybe sebab dah lama tak keluar kot.

    Dalgona dah cuba (masa mula2 consistency failed) tapi sekarang dah pandai dah, tak guna mixer, guna milk frother je. Cepat sikit siap. And dah try macam2 jenis dessert. Rasanya satu family pakat lawan perut dah kot haha
    Habis RMO ni semua overweight hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice, BV pun sempat keluarga dengan adik2 before RMO, kannn, bila lama tak keluar, nak beli barang dapur pun nervous. kena keluar sorang2 pulak sekarang :)

      kitorang banyak kali buat tapi guna mixer. banyak kali jugak failed tenggelam. tapi tak kisah sangat sebab sedap je XD bestnyaaa, BV paling suka part makan dessert. tak makan nasi pun takpa. hahhahaha

      Delete
  13. Saya pun suka bulan Mac!!! >_<

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!