apa je la benda yang aku buat waktu tengah quarantine nie kan? masa memula diumumkan quarantine/social distancing, aku merasa sedikit gembira sebagai introvert ini adalah masa untuk aku menyerlahkan bakat terpendam iaitu social distancing and enjoying myself doing nothing.

setelah beberapa hari dah masuk sebulan pun self quarantine dirumah. macam tak percaya je boleh cuti sebulan. cuti pun bukan cuti sangat, still ada kerja jugak kan bagi yang work from home. nak share jugak la benda yang aku buat semenjak self quarantine, pkp nie. tak boleh keluar rumah kan. so kena duduk kat rumah diam2 like a good girl i am. ahaks.

work from home
aku pernah teringin nak work from home. nak jadi freelancer kononnya. fully work from home sebab masa flexible tapi tanpa aku tahu, susah nak work from home kalau kau sejenis PROCRASTINATOR terhebat seperti aku. banyak sangat benda yang menarik perhatian aku dirumah. aku indoor type. jenis suka duduk rumah. serious banyak DISTRACTION kat rumah! bukak laptop nak buat kerja, then kena cari playlist best2 dulu kat spotify/youtube pun dah ambik masa sejam. buat kerja sejam dua, rehatnya sampai sepuluh jam, sempat nap, mandi dan baca manga. whutttt?

cleaning
bila kat rumah jarang keluar, of course hygiene adalah paling penting. asyik duduk dalam bilik je, dah kemas katil then messy balik sebab hari2 buat kerja atas katil. sis is messy but i cannot stand unhygienic practice. aku jenis boleh tahan beberapa hari tak keluar rumah menghadap cahaya matahari. aku pun boleh tahan beberapa hari tanpa nasi. tiber. aku paling sensitif dengan bauuuuu. kalau tidur ada hidu bau pelik2 aku boleh terbangun tau. entah apa kaitan dengan cleaning. lol

reading
asyik berjaga malam baca manga dan manhwa. rindu nak bukak reddit. sebab dulu selalu baca reddit dan quora kat office. hahhahaha

watching anime/kdrama/movie and youtube
issa must. walaupun dah subscribe netflix, kekadang je aku bukak kalau bosan. netflix aku rasanya adik2 aku yang banyak access. dorang bukak guna laptop connect hdmi to tv. aku selalu layan anime je everyweek ongoing anime. yes YOUTUBE, sekarang aku banyak layan korean cafe vlog, rasanya dah boleh jadi barista. lol

exercise
awal tahun haritu dah nekad nak exercise every week, siap beli skipping rope. ada la main skipping rope sekali dua dalam seminggu. minggu nie try buat plank pulak. tapi again, susah nak consistent sebab i can't taint my great procrastinator title. alasannya malas. can someone slap me real hard?!

sleeping routine
jangan cerita la, dah tunggang terbalik. tidur pukul 5am, bangun tengahari, then tidur balik sampai 3-4pm. rip my face. such an unhealthy life style. susah nak fix schedule eh sebab aku jenis apa eh? berjaga baca manga and manhwa sebab kekadang tak boleh tidur malam. malam lebih banyak ketenangan dari waktu siang, maybe sebab tu vampire suka malam kot sebab lebih tenang gitu with not much human noises, such a introvert la oir fellow vampire. hahhahaha

social media
twitter my main one rasanya sebab aku check current news semua dekat twitter. fb kekadang bukak kalau nak tengok situasi kawan2 dan keluarga terdekat. instagram jarang dah nak bukak sebab asyik ternampak manga spoiler je kat sana. hahhahahhaa. blog hari2 bukak sambil check awaiting comment moderation dan bloglist. feel free to exchange bloglist with me!

kena cari benda untuk dibuat setiap hari. walaupun rutin sama tapi kalau benda itu benda yang kita suka insyaALLAH okay je. kalau rasa diri sedih2 dan depressed masa nie aku nasihatkan jangan la bukak social media dan tengok filem sedih2, kalau rasa depressed cari la benda untuk dibuat macam belajar benda baru ke, cari hobi baru ke. anything for you to stay positive! feel free to chat me on twitter if anyone need someone to chat with :)
***************************

korang2 yang jauh dari family buat masa sekarang, semoga dipermudahkan semua urusan! stay strong and stay safe. jangan keluar rumah kalau tak ada benda penting! ingat family dan yang tersayang. we can fight this together! jyeaahh~
aktiviti korang masa quarantine pulak macam mana?
all the best for y'all!
thanks sudi baca!
ilal liqa'
stay safe, stay home~
assalamualaikum dan salam sejahtera
tak sangka tahun 2020 akan jadi tahun paling bersejarah dalam dunia sebab kemunculan coronavirus atau covid19 sejak december tahun lalu. siapa sangka secepat itu virus merebak hampir keseluruh dunia, betul2 macam dalam filem. tapi tu la, sebenarnya aku nak cerita tentang hidup aku pada bulan march SEBELUM RMO/MCO/PKP atau sekarang lebih mesra dengan nama 'kawalan pergerakkan'.

ambik adik kat sekolah. lama gila tunggu bebudak keluar sekolah. aku singgah satu kedai yang wajib singgah bila otw balik sekolah zaman sekolah menengah dedulu. lama sungguh dah tu! kedai tu exactly sama! dengan peti aiskrim dia. cuma dulu2 aiskrim lain sekarang aiskrim baru2. mengimbau kenangan betul. tauke tu pun masih sama! masih bukak stesen radio yang sama. macam balik kezaman sekolah menengah bila makan aiskrim depan kedai nie T^T
***********
awal bulan march banyak jugak benda terjadi tapi rasa tenggelam sekejap memori tersebut sebab sibuk dengan isu semasa covid19 yang melanda negara (hahahha ayat acah macam orang penting2 tapi kira aku penting jugak la sebab aku adalah aku tiberrrr). nak kena semak balik peristiwa yang terjadi dalam kotak memori.
my birthday. kitorang se-cousin celebrate seawal 1st march 2020 sebab hari ahad semua offday. then, kat office pada 3rd march 2020 pun ada birthday celebration, officemates belikan cake sepotong dan pizza! pastu balik awal sebab it is my birthday! lol
then 10 march, plan nak baiki kereta. dua hari sis ulang alik kerja pakai GRAB. dah lah mahal gila one way RM17 dari rumah ke tempat kerja! RIP my money. bila baiki kereta duit pun terbang lagi. hahahhahahha bulan march bulan sis kering. belum sempat RMO, duit dah susut. takdapat nak join panic buying. hahahhahhaa

selalu lepak tepi2 nie dulu sambil makan aiskrim sebelum teruskan jalan kaki balik rumah. rindu zaman sekolah! walaupun dulu malas nak pergi sekolah sebab banyak homework LOL
sebelum RMO dan start panic buying, ada antara kitorang kat office yang masih kerja. aku antara salah seorang yang masih bekerja, sampai syarat diperketatkan 13 march baru tak datang office dah semua. start kerja dari rumah. memula rasa heaven jugak la sebab tak kerja sangat, work from home tapi lepas beberapa minggu rasa lemau jugak la. hahhahahha

dah mention dalam post yang lalu. fallin love gila dengan casing nie. beli kat shopee. ambik masa jugak nak sampai rumah. barang dari china, adik aku siap pesan supaya sanitize dulu barang2 nie sebab perjalanan dia jauh XD

masa nie awal2 RMO tapi belum ada restriction yang wakil keluarga cuma sorang dibenarkan dirumah.

kalau tak silap nie kali terakhir keluar memalam sebab masa tu tengah hantar adik.
sekarang makin ketat dah kawalan pergerakkan. kena la follow rules social distancing dan restriction order buat masa nie sebab virus sedang merebak. kita taktau siapa2 je boleh kena sebab bukan boleh nampak dengan mata kasar pun benda tu kan. stay safe korang semua!
banyak benda berfaedah boleh buat sepanjang masa dirumah, tinggal nak buat ke tidak je antaranya ialah dalgona coffee! i am not a fan of coffee tapi ada jugak merasa sebab adik buat, tu pun sebab dorang mix dengan serbuk koko so jadi dalgona mocha kot XD banyak resipi boleh try masa quarantine nie.
march korang pulak macam mana?
dah cuba buat dalgona coffee/milo ke? hahaha
sekian ilal liqa'
thanks sudi baca!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons