my 2019 | live my life?

Saturday 18 January 2020

kali nie nak share conclusion life pada tahun 2019. banyak benda dan pengalaman baru berlaku. yang pasti aku makin malas nak update blog walaupun dalam azam tahun 2019 aku ada tulis pasal nak update blog selalu. hahahah tapi takpa la kan asal ada update dalan sebulan. macam tak percaya cepatnya masa berlalu, tup tup dah nak masuk tahun 2020. tahun dimana masa kecik2 dulu selalu terfikir zaman kereta terbang. tapi biar belum ada kereta terbang, asal ada niat nak terbang. eh~


assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resolusi Tahun 2019? ada yang tercapai dan macam biasa ada je yang tak tercapai.


TRAVEL
pada tahun 2019, kali pertama aku travel naik kapal terbang. umur 24 tahun baru naik kapal terbang. perasaan? biasa2 saja, memula excited jugak la. tahun 2019 aku ada travel! yayyyyy, walaupun travel dekat2 je dalam malaysia. sis masih takmampu nak travel luar negara. 

pada tahun 2019, aku travel ke kuala lumpur, melaka dan sabah. awal tahun bulan februari pergi kuala lumpur dan melaka then pergi sabah bulan november 2019. dengan orang yang sama, my cousin. tahun 2020, dia dah nak kawen. so kena cari travel partner baru. hahahhaa



KERJA
genap setahun lebih dah kerja, still kerja yang sama. gaji masih ditahap minima hahahhaha. entah bila akan cukup gaji aku. dengan komitmen terhadap keluarga dan kehidupan. memang macam nie eh 'adulthood'? duit gaji mostly habis dengan komitmen?? setakat sehari je penuh dalam akaun, next day semua tinggal kupu2 XD

hahhahahaha tapi macam mana mampu travel? sebab berjimat gila2. plan 3-4bulan lebih awal sebelum travel. dalam 3-4bulan tu la berjimat. beli tiket flight paling awal sebab lepas tu baru semangat nak kumpul duit untuk travel. travel selagi mampu dan tak berhutang. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



MAKAN
aku dah ditahap berat badan normal dan aku makan je apa yang aku nak. dulu underweight. walaupun sekarang dah dapat bmi normal, still ada yang cakap aku kurus. ahaks. i don't care. as long aku sihat. tapi tu la, suka gila makan makanan manis. 

alhamdulillah berpeluang makan makanan sedap2. makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. 



EXERCISE
plan nak exercise setiap minggu tapi aku failed miserably. hahhahahhaa. tapi sengaja parking jauh dari bangunan tempat kerja adakah dikira sebagai execise? i don't know. exercise of the year, main skipping rope for 30 minutes. sekali tu je. hahhahahhaha. plan nak join 'fun run' tak menjadi.


BLOG
plan nak update seminggu sekali pun gagal. tapi asalkan ada sebulan sekali okay kot. i need to update more! nak update banyak pasal diri sendiri dan life. atau mungkin sedikit ilmu yang aku dapat. tapi tak menjadi sangat. azam bawak ke 2020, entah la. let's seeeee. 



HOBBIES, SKILLS?
tahun 2019, aku rasa aku makin aktif membaca? walaupun mostly baca kat app je, macam baca webtoon, manga, manhwa, quora, reddit dan sebagainya. social media kira membaca la kan? yeah? 

podcast, terjebak dengan podcast dan dengar podcast masa kerja. kalau tak aku memang tak layan sangat podcast. boleh ke fokus kerja sambil layan podcast? aku boleh je? ada je masa aku tak fokus dengan podcast, tapi don't underestimate minda separa sedar dan pendengaran kita dalam menangkap maklumat, ceh tiber XD

anime, rasa macam banyak gila anime nak kena catch up.argghhhh tiap season ada anime best. weekend aku sekarang macam  makin dipenuhkan dengan membaca manga/manhwa, sebab tu kekadang tertinggal anime ongoing sampai dua minggu atau lebih. anime marathon selalu on weekdays lepas habis kerja. sanggup layan anime sejam dua jam. hahahhaha.

tu je la kot, selain makin ok guna autocad, rhino3d dan IT related stuff. lol yang lain biasa2 je aku rasa. plan tahun 2020 nak tambah skills baru. hahhahaha

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

macam biasa, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. kalau ada effort semua boleh jalan kan. tapi tu la kita manusia tak lari dari kesilapan. kekadang malas jugak. hahahhahaha falsafah sis.

apa2pun, benda 2019 yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan pengajaran untuk diri sendiri. gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. 2019 banyak benda best terjadi, dan semoga tahun 2020 aku lebih best dari tahun2 sebelumnya. semoga makin berakal hendaknya. ahaha!

azam korang tahun 2019 dah tercapai semua ke?
keep living gais!!

see ya when i see yaaaaa!
ilal liqa'



25 comments

  1. tunggu gaji bukan main lama.. sekali dpt abs sume byr itu ini.. haha..
    komitmen byk mcm tu la..
    tp kalo dh target nk travel mmg kena jimat betul2..
    alhamdulillah merasa jgk travel..
    akk ni umo nk masuk 35tahun xprnh naik kapal terbang lg..
    apatah lg nk travel.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan, hahhahaha, kena pentingkan komitmen then baru kemahuan :D
      yup, alhamdulillah. takpe kak, kalau dekat2 pun boleh je travel, tak perlu jauh2 XD

      Delete
  2. tak pernah lagi dengar podcast tapi kalau I punya otak bila nak dengar ilmu memang kena fokus lah. Kalau buat time kerja jap lagi bercampur aduk pastu stress haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu fikir macam tu jugak, tapi kat tempat kerja sunyi gila. so kena ada bunyi2 sikit supaya tak sunyi. hahahhaa kekadang tak fokus jugak dengar podcast tapi ada la masuk sikit2 XD

      Delete
  3. First time I stumble upon your blog. Cantk sangat your layout. I'm Lala from Sabah btw, Nice to meet you!
    I pun spend banyak masa reading manga last year, do you know otakumole website? Tempat nak read more new manga especially for shoujo manga. Tapi sad news is last year suddenly the site went down. Dah tak boleh nak access. I don't know what happened.
    And hope you have a great year ahead!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss! simple is the best :D hi Lala, kita berjiran, BV from Sarawak and nice to meet you too! ahh BV selalu baca melalui app, jarang bukak website tapi BV selalu baca korean manhwa/webtoon kat website mangago and some manga too :D probably website tu takboleh bukak sebab copyright issues T^T

      thanks again and you too :3

      Delete
    2. Oh webtoon pun I read, but lebih on the romance side XD
      last time I also use app tapi macam ome only at website ada :(
      Yeah, so sad the website is down. Boleh nak learn japanese there. So I'm waiting for the website to up again. If ada in the future :D

      Delete
    3. sama la! webtoon yg romance banyak best :D ikr, some manga just ada kat certain website. wahh you learn japanese too? let's keep hoping that to happen soon!

      Delete
    4. Yes, tapi masi banyak nak study ni. Plan want to take JLPT N5 this year, tapi progress really slow not sure boleh or not hahaha
      Btw, have a nice day to you :3

      Delete
    5. ahh i wish nak ambil JLPT N5 too, tapi progress study nihongo masih ke laut. currently nearest JLPT test centre pun dekat KK rasanya. all the best for you! mesti boleh :3

      thankssss, you too :D

      Delete
  4. I never really had any specific goals because I fear that I won't be able to achieve it. Since I am the kind who always go for something on the spot or unplanned, things was better that way.
    But when I had one, I'll work on it till I got it. For now I am freelancing, does that consider as work as well? haha
    We're in the same boat. I have a lot to catch up when it comes to anime and manga. I'm almost 26 and still love anime. I'm not ashamed but happy with it. hehe
    I do hope 2020 will be different and better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun sebenarnya takbuat sangat goals atau azam tiap kali tahun baru. cuma macam basic stuffs yang nak dicapai, sebab i like to keep my option open. actually, i like your way better cuma kekadang BV cepat anxious kalau takda plan XD

      as long as you are doing something good for yourself, that's work i guess?

      high five girl!! me too, i love anime and manga so much. i feel youuuu. may ALLAH ease everything in 2020 <3

      Delete
    2. Aamiin. thank you so much. Let's just follow the flow and try our best to make it a colourful and beautiful journey. Can't wait to read your post in 2020.

      Delete
  5. Kalau tak pergi Jepun rasanya sampai bila-bila pun tak merasa naik kapal terbang lol
    Btw, baca manga dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha antara benda best bila belajar jauh2 XD
      baca kt app mangareader dan sometimes kat website kissmanga and mangago :3

      Delete
  6. Hai BV. Long time no see, lama gila tak singgah blog ni. Dulu blog awk la huda kerap juga membacanya. Biasalah kerja, memang rasa takde masa nak update entry, sama macam huda. Balik kerja rehat, dan susah buka laptop. Sekali buka laptop ha maka update la mana yg tak sempat update hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!! BV pun rasa macam tu jugak. makin jarang dah nak bukak blog dan blogwalking sejak ada kerja. kann, BV update blog ikut mood jugak sebenarnya :D

      Delete
  7. Hai BV ! Lama tak singgah sini. Yelah Fatin pun boleh dikatakan 2 tahun jugak menghilang dari blogger atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. But now here I am! Kembali semula sebab tiba-tiba rasa macam nak aktif semula berblog.

    Would love to hear more from you soon :)

    Love ❤︎
    Fatin Liyana | Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Fatin! wahhh lamanya menghilang. welcome back to blog! boleh je aktif berblog, asalkan ada keinginan kan :D

      you tooo! thanks sudi singgah komen :)

      Delete
  8. BV, at least dah kerja OMMO.. Semoga gaji cepat dinaikkan.. aamiin <3

    Anyway what the berat sama je? Hello..... berat Misa naik okay :'( tapi since dah berazam bulan2 ni nak start diet keto (jangan ikut) and also workout cardio XD I hope berat and figure pun cun mwhahahahahaha

    and tayah lah kita harus stop berangan nak naik kereta terbang.. Entah tahun bila mampu naik XD Tapi kan, I still berharap kereta terbang wujud XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh dah kerja T^T inshaALLAH aminnnn <3

      wehh kenapa diet?? naik banyak ke? diet keto tu tak boleh ikut whyyyy? semoga sentiasa sihat dan dapat figure serta berat diingini ye :)

      kereta terbang tak wujud takpe, asal kapal terbang sentiasa ada XD

      Delete
  9. Luv it! :) Wish you the best this year

    ReplyDelete
  10. azam 2019 kmk semua GAGAL HAHAHA hmm adalah juak azam yg besar alhamdulilah dah tercapai. tahun 2020 tok sikda azam idk why mcm sikda semangat mok molah azam so kmk go with the flow jak whatever lah janji happy hahaha. wish you the best utk tahun baru tok kak! join fun run kak sbb nang best plus ada medal gik so boleh lah collect hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha sampey juak semua gagal XD tapi nasib ada azam besar yang tercapai. alhamdulillah. aokkk ya bagus, go with the flow jak janji happy. kmk pun rasa macam ya. malas mok polah target tinggi2 kelak mun sik tercapai boleh stress oh XD

      thanksss hoping the best for you too! aok, tahun tk rasanya mesti join mana2 fun run. mok juak dapat medal nak kacak2 ya XD

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!