kali nie nak share conclusion life pada tahun 2019. banyak benda dan pengalaman baru berlaku. yang pasti aku makin malas nak update blog walaupun dalam azam tahun 2019 aku ada tulis pasal nak update blog selalu. hahahah tapi takpa la kan asal ada update dalan sebulan. macam tak percaya cepatnya masa berlalu, tup tup dah nak masuk tahun 2020. tahun dimana masa kecik2 dulu selalu terfikir zaman kereta terbang. tapi biar belum ada kereta terbang, asal ada niat nak terbang. eh~
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resolusi Tahun 2019? ada yang tercapai dan macam biasa ada je yang tak tercapai.
TRAVEL
pada tahun 2019, kali pertama aku travel naik kapal terbang. umur 24 tahun baru naik kapal terbang. perasaan? biasa2 saja, memula excited jugak la. tahun 2019 aku ada travel! yayyyyy, walaupun travel dekat2 je dalam malaysia. sis masih takmampu nak travel luar negara.
pada tahun 2019, aku travel ke kuala lumpur, melaka dan sabah. awal tahun bulan februari pergi kuala lumpur dan melaka then pergi sabah bulan november 2019. dengan orang yang sama, my cousin. tahun 2020, dia dah nak kawen. so kena cari travel partner baru. hahahhaa
KERJA
genap setahun lebih dah kerja, still kerja yang sama. gaji masih ditahap minima hahahhaha. entah bila akan cukup gaji aku. dengan komitmen terhadap keluarga dan kehidupan. memang macam nie eh 'adulthood'? duit gaji mostly habis dengan komitmen?? setakat sehari je penuh dalam akaun, next day semua tinggal kupu2 XD
hahhahahaha tapi macam mana mampu travel? sebab berjimat gila2. plan 3-4bulan lebih awal sebelum travel. dalam 3-4bulan tu la berjimat. beli tiket flight paling awal sebab lepas tu baru semangat nak kumpul duit untuk travel. travel selagi mampu dan tak berhutang. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
MAKAN
aku dah ditahap berat badan normal dan aku makan je apa yang aku nak. dulu underweight. walaupun sekarang dah dapat bmi normal, still ada yang cakap aku kurus. ahaks. i don't care. as long aku sihat. tapi tu la, suka gila makan makanan manis.
alhamdulillah berpeluang makan makanan sedap2. makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
EXERCISE
plan nak exercise setiap minggu tapi aku failed miserably. hahhahahhaa. tapi sengaja parking jauh dari bangunan tempat kerja adakah dikira sebagai execise? i don't know. exercise of the year, main skipping rope for 30 minutes. sekali tu je. hahhahahhaha. plan nak join 'fun run' tak menjadi.
BLOG
plan nak update seminggu sekali pun gagal. tapi asalkan ada sebulan sekali okay kot. i need to update more! nak update banyak pasal diri sendiri dan life. atau mungkin sedikit ilmu yang aku dapat. tapi tak menjadi sangat. azam bawak ke 2020, entah la. let's seeeee.
HOBBIES, SKILLS?
tahun 2019, aku rasa aku makin aktif membaca? walaupun mostly baca kat app je, macam baca webtoon, manga, manhwa, quora, reddit dan sebagainya. social media kira membaca la kan? yeah?
podcast, terjebak dengan podcast dan dengar podcast masa kerja. kalau tak aku memang tak layan sangat podcast. boleh ke fokus kerja sambil layan podcast? aku boleh je? ada je masa aku tak fokus dengan podcast, tapi don't underestimate minda separa sedar dan pendengaran kita dalam menangkap maklumat, ceh tiber XD
anime, rasa macam banyak gila anime nak kena catch up.argghhhh tiap season ada anime best. weekend aku sekarang macam makin dipenuhkan dengan membaca manga/manhwa, sebab tu kekadang tertinggal anime ongoing sampai dua minggu atau lebih. anime marathon selalu on weekdays lepas habis kerja. sanggup layan anime sejam dua jam. hahahhaha.
tu je la kot, selain makin ok guna autocad, rhino3d dan IT related stuff. lol yang lain biasa2 je aku rasa. plan tahun 2020 nak tambah skills baru. hahhahaha
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
macam biasa, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. kalau ada effort semua boleh jalan kan. tapi tu la kita manusia tak lari dari kesilapan. kekadang malas jugak. hahahhahaha falsafah sis.
apa2pun, benda 2019 yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan pengajaran untuk diri sendiri. gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. 2019 banyak benda best terjadi, dan semoga tahun 2020 aku lebih best dari tahun2 sebelumnya. semoga makin berakal hendaknya. ahaha!
azam korang tahun 2019 dah tercapai semua ke?
keep living gais!!
see ya when i see yaaaaa!
ilal liqa'
Social Icons