selepas beberapa bulan tak update blog ni sebab busy dengan life. last update bulan ogos, sekarang dah disember. hahahhahaha ada life eh sekarang??! ada je ni hah. cuma aku tak update blog la, dalam masa tu ada jugak aku update video kat youtube tapi tu la tak banyak cerita, life rasa macam a repetitive sequences walaupun banyak je benda berlaku. sendu2 je semua termasuk diri aku. tapi 2020 tak sesendu yang disangka agaknya(?)
random street and buildings in sibu |
assalamualaikum dan peace upon you~
nak update sini sikit life aku sejak beberapa bulan ni. hmm rasanya macam biasa je kot. hidup ni macam biasa la, ada part naik dan turun. part naik nak je share kat semua dan part yang turun malas pulak nak share. hahhahahha ops. so, aku nak share la benda yang buat aku bersyukur dengan 2020 walaupun 2020 terkenal dengan tahun pandemic dan kejatuhan segala macam benda.
things i'm grateful for 2020
1. finally accomplish my long time wishlist, a mirrorless camera. CANON EOS M100. pernah cerita kat <SINI> dan buat video kat <YOUTUBE>
riverside sibu by canon m100 auto mode |
2. new phone after 2 years. OPPO A53 - bought this one sebab nak upgrade phone lama aku yang 16gb 2gb ram, gara2 rasa macam takcukup nak install app yang aku nak dan aku nak main game. hahhahaha. harga dalam rm600 (sebenarnya aku nak cari phone yang lagi murah tapi tu la, syukur selalu jumpa phone ni sebab it match my aesthetic gittew). aku beli kat shopee, senang eh sekarang beli phone pun kat shopee. tapi kena sabar je la sebab menunggu lama sikit kan sebab shipping dalam hati dupdap excited nak pegang phone baru. alhamdulillah setakat ni puas je hati. yay!
by OPPO A53, sky around sunset. *the camera is not the best but sokay* |
3. start journaling again. aku dah start collect stickers, sticky note dan washi tapes balik. with a proper way this time. aku guna a6 binder. tak buat rules pun untuk journal kali ni. i'll write whatever i want.
4. started mobile game | Genshin Impact.i really love game where we can freely discovered the map and this one of it. open world game.
oh you need to teleport to the first mountain and activate the wind to fly then yeahhh im here https://t.co/Nm8qiQqka7 pic.twitter.com/JRGGmcLZKz
— bivi (@budakvanilla) December 19, 2020
5. able to travel thru flight once on september. masa tu aku dan mak tengah hantar adik aku sambung belajar kat KL. lucky sebab masa tu tak perlu kuarantin dan swap test bagai bila balik sarawak.
fly~ pic.twitter.com/IWnwugP1bH
— bivi (@budakvanilla) September 3, 2020
6. jadi bridemaids untuk majlis kahwin sepupu aku. penat weh handle majlis kahwin2 ni. alhamdulillah dah kahwin dah cousin aku. jangan tanya aku bila, sebab jodoh aku masih tak nampak. ahaks. doakan yang terbaik untuk semuanyaaaaaaaa amin.
done~ keut!
😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎
dan pelbagai lagi benda yang aku nak tulis tapi macam makin malas nak menulis panjang2. hahhahahaha. walaupun tahun 2020 tak seperti yang aku impikan tapi aku bersyukur sebab masih bernyawa dan diberi kesihatan tahun ini. rasa macam tipu je dah akhir tahun nak masuk 2021. self accomplishment untuk tahun 2020? hmm i read a lot i guess? hahhahah
thanks to all fronliners dan manusia yang berotak ketika pandemik melanda dunia. tanpa anda, dunia ini mungkin makin gelap. sentiasa amalkan social distancing di mana2 gais. kita masih taktau bila pandemik ini akan tamat. STAY STRONG and WASH YOUR HAND AND WATCH YOUR HYGIENE!
so, tahun 2020 korang macam mana? of course penuh ranjau onak berduri kan, seperti mana tahun2 sebelumnya cuma tahun ni lepas nyata sebab pandemik. sana sini dengar keluh-kesah dan berita negatif tentang negara, agama dan dunia. apa kata share pulak benda yang patut disyukuri tahun ini?
thanks for reading!
see ya when i see ya lah :3
oh my, how much i miss writing in this so called blog. how are you my dearest blog? nowadays, aku makin jarang update blog eh. did i skip a month? aku honestly taktau. hahahhahah just a lil bit of an update.
assalamualaikum dan anyeong haseyooooo~
being an anime/manga fan
beberapa minggu lepas kecoh segala media sosial terutama yang dah terjebak dengan dunia anime dan manga tentang website kissanime dan kissmanga yang dah ditutup. website tu sebenarnya illegal, yes i know, tapi aku lama dah kenal anime sejak tahun 2014 (tahun aku aktif balik tengok anime. bila tunggu seasonal anime/ove/movie selalunya website kissanime la aku bukak dulu. ahhahahah. so, ceritanya, website2 illegal ni akan ditutup sooner or later atas sebab japan dah memperketatkan copyright infrigment. sedih jugak la. sebab tak semua seasonal anime yang aku nak tengok akan available kat netflix dan youtube.
sekarang ni, aku cuma tau dua youtube channel yang share full episode anime secara free (they bought the license for these anime! i am truly grateful for this!!)
muse asia and ani one (jemput singgah channel dorang! follow dan support reramai)
aku rasa shopee app tu berhantu la (diri yang suka shopping salahkan app pulak hahhahahah). hari2 rajin scroll. kalau gaji lagi la. ada je benda nak beli. bulan ni aku serious shopping sakan. 4 benda dah diterima masih menanti 5 benda lagi. hahahhahahha total aku shopping kat 8 shop bulan ni. adakah ini disebabkan bulan ini adalah BULAN LAPAN? hahhahahhaa ok2, aku banyak beli benda kecik2 je, macam stationeries and etc.
gonna start journaling on a6 ring binder
yayyyy, bulan ni banyak beli barang untuk diri sendiri termasuk dah nak mula balik journaling. banyak washi tapes aku takpakai. aku pilih a6 sebab kecik dan mudah la decorate lepas ni. so far. teringin nak journaling balik lepas tengok youtube. hahhahahha dan lepas discover harga stickers serta stationeries yang murah2 kat shopeeeeeee!! ahhh tak sabar nak start journaling balik. yesss!
travelling to semenanjung malaysia with mission
pada hujung bulan ogos ni, aku akan berangkat (kau shiapeeee nak berangkat bagai lol) ke semenanjung atas urusan menguruskan adik aku si nisa sambung belajar. first sis in our small family belajar sejauh semenanjung malaysia, susah la kau nak balik raya dik hahahhahaha. sebenarnya agak takut jugak nak ke sebelah nun sebab sekarang kan musim pandemic. tapi kena la gagahkan diri. kami pergi bertiga, aku, si adik dan mak. may ALLAH ease everything for us. tumpang nervous for my lil sis yang nak sambung belajar. hahhahaha
sekian saja update kali ini! hahhahahahahhaha
aku sekarang rajin update video, tu pun sebab cousin rajin bawak keluar hampir tiap minggu. kalau tak memang kat rumah je la tempat aku. lol
ogos korang pulak macam mana?
best ke tidakkkk???
don't worry be happy!
thanks for reading~
ilal liqa'
see ya when i see yaaaa~
alhamdulillah, sepanjang MCO dan work from home, rasa jimat duit sangat sebab tak boleh keluar saja2. hahahahah so kita berbelanja secara online la. tapi ingat satu je, berbelanja dengan cara ukur baju di badan sendiri. dengan berbekalkan tips tersebut, jadi shopping je la.
sebenarnya, aku ada rules untuk diri sendiri yang tiap bulan bila terima gaji, aku mesti beli satu benda untuk diri sendiri yang aku boleh guna, nampak dan teringin. lol
lama gila dah aku teringin nak kamera mirrorless. ni antara entry2 yang aku pernah mention pasal kamera. hahahhaha
kipas susah mati (december 2013)
Top 5 kamera yang diingini (february 2015)
lazada contest (march 2017)
lazada contest (november 2018)
alhamdulillah.
tak lama lagi raya. stay at home je la geng.
setelah beberapa hari dah masuk sebulan pun self quarantine dirumah. macam tak percaya je boleh cuti sebulan. cuti pun bukan cuti sangat, still ada kerja jugak kan bagi yang work from home. nak share jugak la benda yang aku buat semenjak self quarantine, pkp nie. tak boleh keluar rumah kan. so kena duduk kat rumah diam2 like a good girl i am. ahaks.
kena cari benda untuk dibuat setiap hari. walaupun rutin sama tapi kalau benda itu benda yang kita suka insyaALLAH okay je. kalau rasa diri sedih2 dan depressed masa nie aku nasihatkan jangan la bukak social media dan tengok filem sedih2, kalau rasa depressed cari la benda untuk dibuat macam belajar benda baru ke, cari hobi baru ke. anything for you to stay positive! feel free to chat me on twitter if anyone need someone to chat with :)
korang2 yang jauh dari family buat masa sekarang, semoga dipermudahkan semua urusan! stay strong and stay safe. jangan keluar rumah kalau tak ada benda penting! ingat family dan yang tersayang. we can fight this together! jyeaahh~
kekadang rasa nak jadi budak2 balik bila tengok dunia orang dewasa nie. komitmen dan tanggungjawab di mana2. bila ada akal fikiran, banyak benda kena fikir. overthinking pun satu hal jugak. best jadi kanak2 yang tak fikir apa2. apa2pun alhamdulillah masih berakal!
Social Icons