akhirnya aku berpeluang menjejakkan kaki ke sabah, negeri di bawah bayu pada bulan november. plan berbulan awal walaupun sejujurnya kitorang tak decide itinerary sangat. buat secara kasar je dan follow the flow nak pergi mana.
assalamualaikum dan salam sejahtera
sabah trip 4D3N (atau sejujurnya 3D3N) sebab kitorang pergi malam dan balik pepagi. aku akan cuba muatkan segalanya dalam blog post nie, soooo this gonna be a long journey lol dan banyak gambar!
8 november 2019 (DAY 1)
pepagi tu kitorang masih kerja, aku kerja halfday, aimi (my cousin) and dina (aimi's colleugue) full day. dalam pukul 6pm dah pergi airport. trip kedua naik flight, sakit gila telinga aku kali nie. hahahhahha. dah sampai airport kk dalam pukul 10, terus dapat kereta sewa check in Monaco Boutique Hotel dan tapau dinner kat mcD. awal2 dah cari mcD. sepanjang trip kitorang drive sendiri dan guna google map.
9 november 2019 (DAY 2)
hari nie banyak aktiviti mostly exploring tempat menarik di kundasang. perjalanan daripada kk ke kundasang ambik masa 2 jam, so kitorang start gerak pukul 6.30pm, cuaca hujan tapi tak lama lepas tu okay je. cabaran naik kundasang jalan okay je bertar cuma jalannya bersimpang siur. hahahhaha aku yang tak mabuk jalan rasa nak mabuk tengok jalan raya dia walaupun bukan aku yang drive.
fefeling kat new zealand. walaupun gunung kinabalu dilitupi awan kita tetap cool! |
desa dairy farm
opening hours 8am - 5pm (entrance fee per person rm5)
tempat yang wajib pergi bila ke kundasang sebab view dia macam kat oversea. new zealand. masa kitorang pergi, sampai dalam pukul 8.40am sebab on the way naik kundasang hujan, time tu some area kat kundasang pun ada hujan2 sikit, alhamdulillah dah sampai desa dairy farm tak hujan lagi, tapi angin kuat gila. view pretty nice walaupun sebahagian gunung kinabalu dah ditutupi awan. yang best banyak kawasan boleh ambik gambar.
dan segala macam gambar. aku beli wonda coffee sarawak tu kat 7eleven |
merasa jugak icecream, aku pilih natural. rasa dia macam yogurt masam2 sikit. kitorang tak turun tengok lembu, bagi susu untuk lembu dan etc sebab semua jenis taktahan bau. aku jenis yang boleh muntah sebab bau pelik2. hahahhaha so i don't wanna risk that.
giant strawberry! |
mesilou highland strawberry farm
opening hours 8am - 5pm (entrance fee per person rm3)
like i mention earlier, kitorang tak decide sangat itinerary, so kali nie cari tempat menarik area dekat dengan desa dairy farm, search google map, jumpa mesilou highland strawberry farm, tapi takdapat depend dengan google map sangat sebab bila dah masuk mesilou village kitorang jumpa jalan mati. hahhahaha tapi last2 ikut signboard, ada je kat area village tu. nak turun ke kawasan tu agak curam sebab tanah dia takda pavement lagi.
banyak kawasan untuk bergambar |
comel je kawasan dia, banyak jugak tempat bergambar jugak. bila nak masuk ke kawasan strawberry farm, kena cuci tangan dulu. kawasan strawberry farm dia kecik je. ada banyak jenis strawberry korea, japan dan holland. tapi masa kitorang pergi tu dah takbanyak strawberry dah. mungkin bukan musim atau dah banyak orang petik. sebab nak jugak merasa strawberry, kitorang beli strawberry yang dijual rm13 mix, harga ikut grade strawberry. makan cicah ngan coklat. sedap jugak.
bw bus restaurant
dah pukul 11 lebih, kitorang memang dah plan nak makan kat sini sebab tempat makan dia unik dalam bas. ada entrance fee jugak rm5, tapi jumlah tu dapat redeem dengan makanan atau item. so, kitorang makan secara order, kawasan dia ada buffet jugak.
aku order Grilled Chicken Chop (with blackpepper sauce) RM18.90 + Galaxy Butterfly Kiss RM6.90. kemain nama drinks dia. hahhahah
sabah tea
perjalanan ambik masa sejam dari bw bus restaurant, masuk kawasan nie tak berbayar. tapi ada satu tempat kat atas tu berbayar kalau nak naik. canopy walk, rm5. tapi kitorang tak naik pun. just jalan2 area ladang teh dan beli teh sebagai souvenirs. masa kitorang pergi, laluan kenderaan kawasan masuk dia masih diperbaiki, so agak teruk jugak la. aku beli beberapa teh biasa dan satu teh strawberry. dia ada pelbagai jenis sabah tea tapi yang menariknya fruit series, strawberry, vanilla, passionfruit, lemon dan sebagainya rm12, aku beli yang strawberry sebab kat luar sana jarang ada teh strawberry.
seriously memang sedap teh strawberry dia, my family love it ahhahaha. bila bancuh, semerbak bau teh strawberry. menyesal jugak tak grab banyak XD nak cari online, takda pulak. huhuhu
culvert view
sampai sini dalam pukul 3. kalau tak silap, nie kawasan baru buka tahun 2019, attraction dia adalah tempat bergambar atas cermin menghadap gunung kinabalu dan pelbagai lagi. selain tu, tidur dalam culvert. kitorang stay semalam kat sini sebab nak merasa tidur dalam culvert. hahahhaha. bagi pelawat biasa, entrance fee rm10 kalau tak silap, dapat redeem air minuman jugak. tapi sebab kitorang stay sini, tak bayar la maybe dah include dengan accommodation.
dah masuk, kemas2 barang, baring2. tertidur sebab cuaca sangat besttttt sejuk2 gitu. hahahhaha, bangun pukul 5.30 dan sesi bergambar dan lepas tu plan dinner.
sleeping in a culvert, view from the door :D |
sayap ayam wak ali
banyak yang reccommend beli sayap ayam wak ali, so kitorang dinner sini. kawasan dia biasa2 je, tapi ramai jugak yang singgah beli. rasa chicken wing dia woowww, masa nie hidung aku dah start buat hal. macam flu sikit2 sebab sejuk kot. hahhahaha tapi ayam panggang dia sedap, sambal pedas dia curah atas ayam tu. aku tak berapa sangat pedas T^T so sepatutnya sambal asing, tapi sebab sedap dalam 3 ketul jugak aku makan walaupun pedas. yang lain makan dengan nasi + sup ayam. dorang kata sup ayam dia sedap gila.
breakfast ar culvert view |
10 november 2019 (DAY 3)
plan nak island hopping. so yeahhh. kitorang bangun awal dalam pukul 5.30am. pukul 6 kiranya terus gerak ke kota kinabalu, tapi terlupa nak bagitau masa check in, so terpaksa tunggu dorang bukak kaunter. lepak2 kat hall sekejap tunggu kaunter depan tu bukak. sepatutnya ada breakfast untuk dua orang. tapi kitorang plan jalan terus. tapi akak kat hall tu suruh bancuh kopi siap sediakan breakfast untuk kitorang sementara tunggu orang bukak kaunter depan tu. menunggu la sambil layan clear view gunung kinabalu. feeling jugak. hahhahaha dalam pukul 7.20am baru gerak keluar dari culvert view. terus ke kota kinabalu dan jesselton point.
kundasang to kk ambik masa dua jam. kitorang sampai jesselton point pukul 9am, kira laju jugak tu sebab kitorang sempat singgah stesen minyak bagai. hahahhaha. sampai jesselton point tak sempat jenguk kaunter, sorang pakcik terus heret kitorang tanya nak pergi pulau mana. terus kena heret kesana kemari, plan confirm situ terus.
rm33+rm10(life jacket)+?? total RM50 untuk dua buah pulau, kitorang pilih sapi island dan manukan island. boleh pilih sampai pukul berapa. aku pun dah confuse jugak kenapa rm50. hahahhaha sebab pakcik tu kemain bercerita promote segala benda. parasailing la apa la. nasib baik jiwa kental dan memang tak berani naik, so tolak je la segala promotion. lol
untuk pulau pertama dorang decide pulau sapi. pulau sapi nie bersih je air dia, aku first time pergi pulau so jenjalan je la tak mandi tak berenang sebab sis mana pandai berenang wakakakkaka, itu gunanya life jacket kannnn. sewa tikar kat pulau nie rm10. tak boleh bawak tikar tu ke pulau lain. so kiranya satu pulau rm10 la kalau nak sewa tikar. better bawak tikar sendiri atau sewa siap2 kat jesselton point.
pulau manukan pun air dia jernih je, cuma ada sampah2 sikit. tapi ada je area yang bersih. kat pulau nie hati2 sikit sebab ada biawak. hahahhahah ada jugak terserempak ngan biawak masa nak sewa tikar. kat sini baru plan nak mandi sikit2. sebab takpandai berenang, berendam pakai life jacket la. aku tak berani main jauh2 sebab takut. lol jealous gila ngan orang pandai berenang siap menyelam.
pukul 2 balik ke jesselton point dan check in hotel. sampai hotel terus mandi dan ready nak ke imago mall. serious imago mall besar gila. aku sampai sesat cari atm machine. lol. aku tak beli apa2 kat imago mall sebab ingat nak memborong kat pasar filipina. lepas tu, cari car wash sebab nak hantar kereta sewa dalam pukul 9 lebih. punyalah kitorang berpusing cari car wash, last2 jumpa! jam 9 gerak pergi pasar filipina.
kat pasar filipina aku beli keychain sabah dan makanan beserta ikan bilis sabah. ikan bilis sabah terkenal sebab murah dan berkualiti so kena la beli. dah beli semua cenderamata dan makanan dari sabah. beli makanan dan tapau untuk makan kat hotel. sampai hotel, get ready, mandi dulu dan pergi dobi. dalam pukul 12 baru makan. padahal esoknya kena bangun awal sebab flight awal pukul 6am.
11 november 2019 (DAY 4)
seawal jam 4.30am dah ready nak ke airport. sengaja book hotel goldenhill sebab dekat dengan airport dan free airport transfer. kalau flight awal pagi, kena siap2 bagitau kat kaunter seawalnya. sampai sibu dalam pukul 7.15am. book grab dan balik rumah. yayyy! until next journey!
kitorang pergi bertiga, semua perempuan dan boleh share bilik dan drive sendiri, guna google map je semuanya. walaupun kekadang ada je salah jalan, jangan gabra dan relax je. nasib baik aku bukan driver untuk kali nie sebab kereta myvi auto.
🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊
SABAH TRIP itinerary
day 1
- flight sabah to kk (7pm)
- check in Monaco Boutique Hotel
- tapau dinner at mcD
day 2
- check out
- 6.30 am off to kundasang
- desa dairy farm
- mesilou strawberry farm
- bw bus restaurant
- sabah tea
- check in culvert view
- napping
- dinner at sayap ayam wak ali
day 3
- check out
- jesselton point (island hopping)
- sapi island
- manukan island
- check in goldenhill hotel
- imago mall
- car wash
- pasar filipine
- tapau dinner
- dobi
day 4
- check out
- 4.30am head to airport via airport transfer provided free by hotel
- reached sibu at 7.15am
🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊
meh kira bajet-
rent car rm100 seorang for 2 days include gas
kitorang book kereta sewa kat https://www.nhelzyrentacar.com, book axia tapi dapat myvi. kira lucky kot. untuk masa dua hari rm240. rate kereta axia rm120 sehari, kalau lebih 2 hari dapat discount.
accommodation rm110 seorang for 3 night
first kitorang book culvert view rm170 semalam include breakfast for two, book awal sebab takut habis awal sebab limited kan. book kat whatsapp, sebab dapat contact melalui fb page. hotel lain, guna website agoda. pepandai la cari hotel yang sesuai dengan bajet. both hotel dalam rm80 semalam.
total budget aku untuk trip nie dalam under rm1000 tapi guna rm700 for everything and guess what?! i did it :D maybe sebab takbanyak shopping lol dan pergi taklama sangat.
rm150 = flight return (beli masa promo airasia)
rm110 = accommodations for 3 night
(rm240+rm60)/3 = rm100 - car rent + gas for 2 days
rm50 = island hopping (2 island)
rm300 = foods and souvenirs / entrance fee (boleh jimat lagi kalau kau bukan kaki shopping!)
aku ada buat video sikit. ada upload kat igtv jugak. ambik semua pakai phone, masih noob. hahahhaa
overall, sangat best trip kali nie sebab dengan kawan2 yang spontaneous! walaupun cuma bertiga tapi rasa meriah je, harap dapat pergi sabah lagi suatu hari nanti! sebab rasa banyak lagi tempat nak explore kat sabah.
thanks to aimi dan dina sebab bawak sis travel hahhahahah~
korang dah pernah travel ke sabah?
fav tempat travel korang?
fav tempat travel korang?
thanks for reading!
ilal liqa'
see ya when i see ya lah~
wah bestnya g sabah 😩
ReplyDeletealhamdulillah, memang best sabah banyak tempat yg menarik 😊
DeleteBestnya! Memang dalam list kundasang for next year travel.
ReplyDeleteyayy boleh la pergi next year, kundasang memang tempat wajib pergi kat sabah!
Deletebestnyaaa! bucket list ni!
ReplyDeletememang best! semoga tercapai bucket list! 😉
Deleteughhhh time kmk peg sia dlok blum ada gik culvert view ya huwaaaaaa dah lah kacak tmpat ya hmmmmmm. bestnya ktk sempat ambik gmba kat pulau sbb time kmk peg sia nang hujan lebat siap ribut agik HAHAHAHA alu xda mood mok bergambar or mandik gik.
ReplyDeletekak kat shopee ada strawberry tea ya hahaha kmk mok beli sbb ktk padah nyaman hehe
aok tempat baruk bukak, nang kacak la view gunung kinabalu, agik2 masa bangun pagi. alhamdulillah, masa kmkorg pergi ria time nait kundasang jak ada hujan sikit2 😊
Deleteserious la shopee ada, kmk search google sikda 😂 nang nyaman lagipun nang jarang mok jumpa teh strawberry. mok beli juak lok rah shopee 😂
kacak2 gamba ktk. ktk edit pake apa? hihihi
ReplyDeletethanks! edit pake vsco then collage,resize, watermark dalam photoscape, kadang2 kmk pake 'deepen' and 'brighten' dalam photoscape juak👍
DeleteI’ll take this as a guideline sebab dah lama plan nak pergi kundasang jugak. Thanks for sharing! Gambar semua lawaaaaa 🤩
ReplyDeleteno problem it is my pleasure to share!! thankssss, gambar banyak edit :D
Deleteralit baca pengalaman BV ni..rasa macam kena paln p sana laa :-)
ReplyDeleteboleh la plan lepas nie, banyak tempat menarik kat sabah :D
Deletei'm enjoying all the photos u edit. haha serious suke !!
ReplyDeletethankssss! excited edit gambar travel :D
Deleteu did great as always.
Deletewahhhh bestnye BV!!!! gambar semua cun-cun BV snap + edit! ohsemnya!!!!
ReplyDeletesabah memang best!!! thankss, excited edit gambar travel :D
DeleteCantiknya! Me and my family always talk about visiting Sabah for its beautiful country but takde rezeki lagi.
ReplyDeleteBut I did bookmark this post for future reference because you cleverly compiled everything into one simple post.
Senang orang nak take note.
And the video is very beautiful and inspiring too.
yess, sabah sangat cantik. semua ada dari tanah tinggi ke pulau2 😉 i actually want to make more blog post, tapi tau diri nie suka procrastinate, tu la buat sekali je dalam satu post 😂
Deletethanksss!
I never been to few places walaupun I'm at Sabah ni hahaha
ReplyDeleteNak try the strawberry next time. Dulu nak go but tak da chance nak naik kundasang.
And talking about island, last year December pun ada plan but also tak jadi juga. Banyak nak explore island kat sabah. Even as a sabahan, masih juga tak tahu banyak pasal my own place. hahahaha I feel like traveling at my own place lepas tengok your pictures.
I will explore more more at Sabah now.
you're so lucky since sabah banyak tempat menarik. teringin pulak nak explore kundasang lagi sebab banyak lagi tempat belum pergi.
Deletevisiting island is a must sebab banyak island yang cantik2 di sabah. 😁
Seronoknya dapat ke Kundasang and those islands. Teringin juga nak pergi!
ReplyDelete