TIPS TRAVEL | cara terpantas ke KLIA

Thursday, 19 September 2019

aku baru tahu ada cara paling mudah dan terpantas untuk pergi ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport). melalui train. pernah jugak terbaca kat google pergi ke KLIA melalui KLIA Express atau KLIA Transit, tapi aku tak research banyak sebab ingatkan mahal naik train. kalau tak memang senang la nak plan untuk next trip ke Kuala Lumpur, aku dah tahu, so aku nak korang tahu pulak, incase ada sesiapa nak tahu. lol ok done with that.

assalamualaikum dan salam sejahtera~
kali nie aku nak share tips travel pasal -


KLIA express
bayangkan satu hari nanti, korang tetiba nak pergi ke KLIA nak jemput orang atau nak naik flight atau nak hantar orang  atau sejenis yang sesuka pergi airport (lol ada ke jenis macam nie?) secara pantas dan menjimatkan masa. sekarang dah ada satu cara mudah untuk korang 'booking' KLIA Express/Transit  iaitu melalui website Traveloka, salah satu yang best adalah harga ada murah sikit daripada harga biasa, sebab kalau2 dapat KLIA express promo deals kan. lagipun, Traveloka nie memang rajin bagi promo. hahahhaa

cara-caranya ialah : 
- booking KLIA Express kat website traveloka
- pergi ke KL Sentral, dari situ dah boleh nampak KLIA Transit
- masuk je pintu, akan ada yang 'lead' korang untuk ke KLIA Express
- voucher yang korang terima melalui emel boleh digunakan any train schedule yang penting dalam tarikh yang sama. (yang nie best sebab asal tarikh yang sama, masa tak kisah)
- kalau semua ok, boleh masuk, scan je barcode dan tunggu train.



KLIA airport transfer
selain KLIA express untuk ke KLIA, sekarang ada juga airport transfer to KLIA, untuk memudahkan urusan sesiapa yang baru 'touch down' KLIA dan nak pergi ke destinasi lain macam hotel, hostel, rumah atau memana korang nak. yang nie sangat memudahkan urusan jugak sebab boleh booking kat website Traveloka jugak, kekadang harga memang berpatutan ikut jenis kenderaan yang korang 'book' berbanding Grab.

cara-caranya ialah :
-  bukak website traveloka, set masa nak pick-up dan boleh pilih nak naik kenderaan apa. naik kereta, minivan atau sebagainya. website traveloka akan bagi list beserta harga. tinggal nak pilih je. senang nak buat plan, book awal2, so, kalau sampai KLIA tinggal tunggu orang jemput je lagi.
- dah 'touch down' KLIA, ambik luggage apa semua, don't worry kalau lambat pun driver boleh tunggu.
- of course, driver akan hantar sampai ke destinasi yang korang 'book' kat traveloka. yeah!
nak lagi faham boleh la terus ke website traveloka.

nie ha kebaikan guna 'book' transport melalui website Traveloka

Private Transport
- available 24 hours
- driver boleh tunggu walaupun flight delay
- tiada lagi berbaris panjang2 di airport
- pick up point yang selamat dan memudahkan
- pasti akan sampai ke destinasi
- all inclusive price termasuk driver, minyak, toll, parking dan taxes. 

Public Transport
- harga yang berpatutan
- ikut masa flight korang atau lebih awal, ikut korang laaaa
- arah/jalan/routes drop off point yang strategik dan fleksibel.

kalau korang ada something nak tanya, chat atau call je pihak Traveloka, 24 hours customer service. so no worry la!

untuk korang yang nak try naik train atau apa apa private transport, aku recommend search dari Traveloka. tak ada dah nak charge tambahan bagai. semua dah include and boleh jadi murah bila ada promo. sangat mudah, so korang boleh la decide awal2 itinerary atau set masa awal2 kalau nak travel ke mana2 melalui KLIA atau untuk ke KL. sangat memudahkan sebab semuanya dihujung jari.


kalau aku pergi KL lagi satu hari nanti, memang guna website Traveloka je la. senang. book flight, hotel, airport transfer semua dari situ. senang cerita kan. hahhahahhaa. lagipun, hampir tiap minggu dapat promo code dari Traveloka, excited je baca email notification dari Traveloka.

hahhahaha, banyak pulak sembang. sekian saja tips travel daripada aku. saja share2 supaya senang la nak travel dan buat peringatan untuk diri sendiri kan.


arghhh nak pergi KL lagi. texas chicken. i miss your refillable drink. lol

korang ada tips travel tak?
share laaaa~

thanks sudi baca,
sekian, ilal liqa'

6 comments

  1. Baru tahu Traveloka ada semua promo ni. The KLIA Transit thingy is new to me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, senang dah lepas nie kalau nak ke klia terus tak perlu redah jam 😂

      Delete
  2. saya nak gi KLIA memang selalu naik KLIA express je. sebab takmau parking kereta kat airport, mahal xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah gila kan, sekarang dah boleh book kag traveloka 😆

      Delete
  3. Biasa kalau dari Melaka saya naik bas terus sampai KLIA hehe tapi kalau kat KL memang saya akan guna KLIA Express or Transit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah lagi rupanya guna KLIA Express or Transit kann, senang nak travel bila dah tau 😁

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!