life update | ramadhan dan life

Monday, 20 May 2019

ramadhan tiba ramadhan tiba

assalamualaikum, selepas beberapa minggu aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update, akhirnya aku kembali menulis. nak tulis apa pun taktau. so, cerita pasal bulan ramadhan je la. bulan paling mulia. alhamdulillah bertemu kembali kita di bulan ramadhan. 

kalau cerita pasal bulan ramadhan, yang dinantikan adalah 'feeling'. ada satu rasa lain di bulan ramadhan berbanding bulan2 yang lainnya. selain menahan diri dari nafsu, bulan nie pun banyak yang gigih buat amalan baik masing2. bagus2 teruskan usaha korang. selain itu, ada jugak yang sedar diri dorang yang setan yang sebenarnya. hahahhhaa k gurau ganas sikit. 

ramadhan baru tiba, shopping mall semua dah naikkan dekorasi raya dan lagu2 raya dah terngiang2. tapi satu yang aku perasan, radio belum lagi bukak lagu raya. banyak lagu2 yang mengenai bulan ramadhan. nice! aku selalu dengar cats fm (sarawak), walaupun ada yang request lagu raya, tapi dorang tak bukak sebagai tanda menghormati bulan ramadhan, kononnya dorang akan terima request lagu raya bila 10 hari nak dekat raya. 

akhirnya berpeluang try buat oden viral. resipi dan cara buat sangat mudah. dengan bajet rm30 dah dapat makan banyak2 macam nie. rasa pun memang umph kuah dia. pedas2 masam gitu.

produk terbaru dari althea, next entry aku cerita panjang2 pasal produk nie. hahahhaha

life? macam biasa je, rasa busy tapi tak la busy, weekend masa untuk tidur banyak2 tanpa fikir pasal kerja. malas pulak nak update blog walaupun memang ada masa. tipu la kalau kata tak ada masa kan. mostly weekend aku sekarang guna untuk rehat, tidur atau tengok anime dan baca manga. lol. selain tu memang bukak jugak sosial media macam twitter. aku selalu scroll twitter.

bila cerita pasal life, life masing2 kan. lain orang lain cerita. *tetiba*
my advice *cewahh* walau apapun yang berlaku, hidup kena teruskan. kita ada pilihan, kalau satu jalan tutup meh la pusing atau cari jalan lain, gerenti ada punya. never give up okay!!

dah masuk minggu kedua bulan ramadhan, aku belum lagi jejak bazar ramadhan. hahahhahaa

so, korang dah jejak ke bazaar ramadha? mesti pergi tiap hari ka? waakakakkaa

thanks for reading,
ilal liqa'


18 comments

  1. W'salam BV..
    Bila memanng begitu ada masa kita melayan mood malas dan buat apa pun ikut suka..
    Sis akan begitu bila terlalu penat berfikir dan baru lepas fasa stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sis, tapi masalahnya mood malas nie selalu sangat datang XD

      Delete
  2. Sedapnya oden! Nanti BV boleh share resepi tak? Pleeeeease ^^

    lenne | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti BV share recipe dia, senang sangat nak buat! :D

      Delete
  3. welcome back. it's been a while (dekat blog je la since we dm'ed each other some times XD). i only when to bazaar ramadan once and that's it hahahaha. i'm never going back into the crowds of people. it's hot and suffocating. i wonder how can all those people go there like every single day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ray <3 kannn, BV sekarang malas betul nak update blog, slump kot. dah masuk bulan june, tinggal beberapa hari lagi nak raya. belum lagi jejak bazar ramadhan yg diingini. XD

      Delete
  4. Oden viral! I bought all the necessary ingredient from Malaysia to Japan but I haven't had the chance to make it yet lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, bahan2 senang cari, boleh la buat kalau ada masa dan makan ramai2 best :D

      Delete
  5. kmk sekali jak peg bazaar kak hahaha sebab busy dgn exam plus kat kuching tok panasnya yarabi sik boleh bwk bincang dah rasa panas nya HAHAHA

    selamat berpuasa kak bv!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, mun bulan puasa nang panas ohh, sama juak ngan sibu. mun mendung nang rasa syukur gilak :D kmk pun ada pergi bazaar sekali jak ya pun nak kecik2 jak XD

      selamat berpuasa juak :3

      Delete
  6. Memang setiap hari jejak kaki kat bazaar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin betul. kalau BV memang takdapat berjimat kalau pergi bazaar :D

      Delete
  7. Salam Ramadan bv! tak sabar nak tunggu review althea. Bazar ramadan pun baru 3 kali jejak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan jugak eizz :D nanti BV review. kira banyak jugak tu, BV baru sekali jejak bazaar tu pun yg kecik2 je. :D

      Delete
  8. pergi bazar ramadhan malam2 beli tudung je. hehe. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan pergi bazaar, bukan setakat dapat beli makanan, shopping pakaian untuk raya pun boleh :D

      Delete
  9. hi BV! lama tk dtg sini. saya ni selalu nk update blog, tpi asal ada masa je mesti malas gila nk ampun hahaha

    ReplyDelete
  10. bv ambil gambar guna camera apa eh? and edit guna apa? sebab suka sangat tengok gambar-gambar dalam blog ni! hahaha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!