ramadhan tiba ramadhan tiba
assalamualaikum, selepas beberapa minggu aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update, akhirnya aku kembali menulis. nak tulis apa pun taktau. so, cerita pasal bulan ramadhan je la. bulan paling mulia. alhamdulillah bertemu kembali kita di bulan ramadhan.
kalau cerita pasal bulan ramadhan, yang dinantikan adalah 'feeling'. ada satu rasa lain di bulan ramadhan berbanding bulan2 yang lainnya. selain menahan diri dari nafsu, bulan nie pun banyak yang gigih buat amalan baik masing2. bagus2 teruskan usaha korang. selain itu, ada jugak yang sedar diri dorang yang setan yang sebenarnya. hahahhhaa k gurau ganas sikit.
ramadhan baru tiba, shopping mall semua dah naikkan dekorasi raya dan lagu2 raya dah terngiang2. tapi satu yang aku perasan, radio belum lagi bukak lagu raya. banyak lagu2 yang mengenai bulan ramadhan. nice! aku selalu dengar cats fm (sarawak), walaupun ada yang request lagu raya, tapi dorang tak bukak sebagai tanda menghormati bulan ramadhan, kononnya dorang akan terima request lagu raya bila 10 hari nak dekat raya.
produk terbaru dari althea, next entry aku cerita panjang2 pasal produk nie. hahahhaha
life? macam biasa je, rasa busy tapi tak la busy, weekend masa untuk tidur banyak2 tanpa fikir pasal kerja. malas pulak nak update blog walaupun memang ada masa. tipu la kalau kata tak ada masa kan. mostly weekend aku sekarang guna untuk rehat, tidur atau tengok anime dan baca manga. lol. selain tu memang bukak jugak sosial media macam twitter. aku selalu scroll twitter.
bila cerita pasal life, life masing2 kan. lain orang lain cerita. *tetiba*
my advice *cewahh* walau apapun yang berlaku, hidup kena teruskan. kita ada pilihan, kalau satu jalan tutup meh la pusing atau cari jalan lain, gerenti ada punya. never give up okay!!
dah masuk minggu kedua bulan ramadhan, aku belum lagi jejak bazar ramadhan. hahahhahaa
so, korang dah jejak ke bazaar ramadha? mesti pergi tiap hari ka? waakakakkaa
thanks for reading,
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons