REVIEW | Piolang 24K Gold Wrapping Mask

Friday, 26 October 2018

setelah berapa lama tak review benda berkaitan 'beauty', akhirnya aku ada benda nak review. kali nie nak review satu MASKER yang sangat 'rich'. rasa kaya bila guna mask nie. hahahhahaa. sudah tentunya aku guna sampai puas dulu baru review. jom baca apa yang aku boleh kupas dari review mask ini. cewahhh

bagi aku, mask adalah satu rutin skincare yang sangat menarik sebab mask ada pelbagai jenis, fungsi dan berlainan cara guna. pokoknya, mask adalah sangat menarik. sebab tu aku excited gila bila dapat Piolang 24K Gold Wrapping Mask nie.

asslamualaikum dan salam sejahtera~
Piolang 24K Gold Wrapping Mask Review

nie packaging dia. nampak elegant dengan packaging black and gold gitu. siap disediakan spatula comel. bekas tu bekas kaca, memang kalau part packaging kaca2 nie rasa ekslusif gitu. 

wahhh nampak tak?? bercahaya uolls. lol. mengandungi EMAS yang sebenar. emas pakai kat muka jadi mask. rasa kaya kan. 

diceritakan bahawa Cleopatra mengamalkan masker emas di wajahnya setiap malam untuk mengekalkan kecantikkan dan keanggunan dirinya. menarik kan. siapa tak kenal Cleopatra kena check wikipedia. antara wanita tercantik zaman dulu2.

tekstur dia macam mask biasa la. cuma sedikit cair dan cepat meleleh gitu kalau letak kat muka. letak nipis2 tapi tak terlalu nipis boleh la. pakai tangan je pun senang cerita uols kalau tak ada brush. spatula kecik tu berguna untuk cedok2 mask dalam bekas tu sebab tak berapa sesuai untuk ratakan kat muka. cepat meleleh mask dia.

cara penggunaan |
1. ratakan mask di muka yang kering menggunakan brush atau jari jemari pun boleh. no problem ikut suka hati dan keselesaan anda. 
2. selepas 10-20 minit, tanggalkan mask dengan perlahan bermula dari kawasan dagu dan keatas, atau ikut suka korang. tapi cara nie yang dorang recommend la. 

a screenshot from Althea website
ingredients / bahan-bahan utama |
💛 24K Gold - membersihkan kulit dan improves circulation?
💛 Snail Extract (ekstrak siput) - melembabkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit untuk mencerahkan parut dan melembutkan kulit. 
💛 Seaweed Extract (ekstrak rumpai laut) - kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar. 

muka excited pakai mask gold ðŸ’›

it claims to
👑hydrates and nourish skin (melembapkan kulit)
👑 purifies and exfoliate for smooth complexion (membersihkan kulit supaya kulit lebih lembut)
👑improvement of blackhead (mengurangkan blackhead)

based on the review by the user in Althea
👑 cleanse pores (membersihkan pori)
👑 glowing and healthy complexion (kulit nampak sihat)
👑 brighten skin complexion (mencerahkan kulit)


MY REVIEW

pros |
💛 senang nak kupas (peel) lepas kering sebab mask dia bukan jenis yang melekat gila2 macam certain mask yang boleh menangis bila nak kupas. lol
💛 muka rasa lembut dan lembab lepas guna. serius nie best.

cons |
💛 mask agak cair dan bila letak kat muka, meleleh-leleh gitu, kena cepat2 ratakan.
💛 bila kupas (peel), ada sedikit bekas2 keemasan tinggal di kulit. lol
💛 kalau letak nipis sangat susah nak kupas, kalau letak tebal sangat, lama jugak nak tunggu kering. so kena 'yang sedang2 saja'.

conclusion,
i like this mask. really. cuma aku tak berapa nampak lagi kesan yang ketara. cuma rasa kulit muka lembab dan lembut2 je. maybe kena guna secara consistent kot. idk.

product rate |🌟🌟🌟🌟 (good for all skin types and hydration is the key)
product price | 💲💲💲💲 (pretty pricey, but it is real gold tho)

please excuse my hairy hand. lol. the gold 'flakes' residue after using this mask. 'wow im glowing'

price (harga)
RM69

where to buy (mana nak beli?)
  ðŸ’›Althea Korea ðŸ’›


okay, aku dah guna emas sebagai skincare. korang bila lagi? wohoho
siapa suka beli skincare secara online? kita geng. XD

ilal liqa'
see ya when i see ya
thanks for reading!

11 comments

  1. I love the packaging. nampak cool gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, me too. rasa exclusive je packaging dia :D

      Delete
  2. best kan mask ni lepas pakai sekali je terus boleh nampak kulit moist

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! lembut dan hydrate je rasa kulit lepas pakai :3

      Delete
  3. Tak pernah dengar pula pasal brand ni sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun first time jugak try brand nie. korean brand jugak tu :D

      Delete
  4. hai BV ! lamanya rasa tak dtg ziarah T___T
    perhhh goldust bersinar emasssssss hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanyaaaa tak ziarahhh :D
      kannnn silauuuu XD

      Delete
  5. Teringin jugak nak beli mask ni hari tu tapi tak terbeli lagi haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!