bila dah 'adult' kononnya, makin susah nak jumpa kawan2 lama. makin susah nak buat temu janji. mesti clash dengan aktiviti2 lain. adulthood sangat kannnn. ingat bila dah kerja, okay sikit rasa. rasa memang okayyyy, cuma ada something yang aku rindu, masa free yang banyak dan bebas stress. lol. bukanlah bermaksud kerja aku stress, cuma suasana tu lain. feel kerja lain dari belajar.
bila belajar, tanggungjawab kita cuma belajar dan cedok ilmu banyak2. kerja nie pulak, aku belajar banyak benda baru. kerja kena banyak usaha, kena kurang buat salah. walaupun bila bangun tidur tiap pagi rasa macam malasnyaaaa nak turun kerja, why i'm doing this? tapi ada benda sweet jugak. contohnya gaji tiap bulan. lol. fighting! bila merasa dunia 'adulthood' nie macam biasa je sebenarnya, best lagi zaman belajar, stress pun dengan ilmu je. wakakkaka.
assalamualaikum dan salam sejahtera!
minggu pertama, keluar dengan arawh dan aimi (kazen2 aka childhood friends). masa nie keluar lewat sikit, petang2. sambil jalan2 dan menhirup udara segar. lol. petang tu hujan2, pergi riverside pun hujan tengah renyai2, yang bestnya takda orang LANGSUNG. so apa lagi, ambik gambar banyak2. sampai malam keluar.
rasa pelik pulak bila jalan2 lepak2 sampai malam. rasa dewasa gila. HAHAHHAHA
malam bagi aku kira isyak dan so on la kan. bukan sampai lewat malam. nanti mak marah. XD
minggu kedua keluar bersama,
masa nie keluar awal sikit (lepas zohor) sebab nak balik awal sikit. keluar2 terus makan sebab aku tak makan lagi. konon semua nak makan benda ringan2 (rojak, canai, etc) last2 semua order sepinggan mee hong kong dan nasi goreng. cehhhh. makan kat kedai yang baru aku tau wujud. kena rajin discover kedai makan baru sebab boleh tahan sedap jugak mee hong kong dia.
lepas tu, jalan2 dalam shopping mall. hasrat aku hari tu nak beli seluar jeans hitam yang baru. sebab seluar jean yang aku selalu guna nie sejak zaman sekolah menengah kot. hahahahha. 6 tahun dah berlalu seluar tu masih utuh, cuma lusuh la sikit warna dan hujung dia. seluar kesayangan kottttttt.
tup2, kat mall almost semua seluar jeans jenis SKINNY. ada straight cut tu pun banyak untuk plusize dan terlalu besar. yang saiz cun banyak seluar SLACK. wth. so, tak beli la. icry. last2 duit habis kat makanan. hahahha k jk.
bersama seluar jeans kesayangan duduk diatas batu. hahahhaha
dulu selalu gambar macam nie. tetiba throwback buat gambar style sama.
riverside again. kali nie dah tak hujan dan bawak makanan. ala2 picnic gitu. nasib baik tak hujan.
kfc go bowl nie best sebab harga RM4 (RM3.70) dan ada banyak cebis ayam dan kentang dituang sos cheese dan mayonis secukup rasa.
pizzahut RM5 untuk TAKE me AWAY from this hut. lol
finally! lama dah teringin nak try yang gummy bear jenis nie. nasib jumpa dan siap ada cop halal (kat area jari aku cover). harga pun boleh tahan mampu milik. apalagi ambik satu. masa nie baru masuk satu kedai yang banyak barang import2. small market gitu.
aku suka try snacks, makanan2 dan air2 baru asal halal. aku suka makan sebenarnya.
kitorang sekazen (belah bapak), rapat sebab membesar sama2 sejak kecik, umur pun dekat2. rumah pun satu lot (tapi rumah satu2). sekarang aku dan keluarga dan pindah area lain, so jarang dah nak jumpa, dulu senang sikit sebab jerit2 ajak lepak melalui tingkap pastu lepak depan rumah. aishhh rindu zaman tu. sekarang jauh2 (tak la jauh sangat, 15 minit perjalanan) dan ada komitmen masing2. nasib baik ada whatsapp dan sosial media.
jom eratkan silaturrahim bersama kazen2 (cousin) dan keluarga anda.
korang pulak rapat dengan cousin sebelah bapak ke mak?
aku dedua bolehhhh. hehehehe cuma kalau sebelah mak malu sikit sebab banyak cousin lelaki.
sekian,
ilal liqa'
see ya when i see yaaaa!
Social Icons