may 2018 | life update and ramadhan

Friday, 8 June 2018

beberapa minggu dah tak bukak blog, ramadhan dah di penghujung. cepatnya masa berlalu. alhamdulillah, diberi lagi peluang untuk bertemu ramadhan pada tahun ini. dah habis pun bulan may, dah masuk bulan june. hampir setengah tahun 2018 dah. apakah pencapaian anda setakat ini? *speechless* lol

it is been awhile since my last post on this blog. i miss ya!
sorry kalau bulan puasa post gambar makanan. sebab aku suka ambik gambar makanan dan ada cerita di sebalik gambar makanan. hahahhaha

assalamualaikum dan salam sejahtera


selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat beramal kepada semua umat islam di dunia.  azam aku pada bulan puasa tahun ini adalah. hmm, aku dah buat list dah tadi. tapi delete balik sebab aku sedar, aku nie suka tangguhkan semua benda dan suka keep my options open walaupun selalu buat list. lol. beramal dan buat kebaikan la selagi mampu, bukan hanya pada bulan ramadhan nie je. maybe bulan ramadhan nie boleh jadi asbab kita perbanyakkan amalan kan. so, yeah. 

bulan may aku agak busy sebab kerja kot. kekadang balik rumah terus rasa nak tidur. bukak blog ada je, tapi tu la, nak update blog malas. ada masa sikit, aku blogwalking walaupun kekadang tak tinggalkan apa2 komen. adulthood is tiring.

banyak benda aku belajar sejak bulan may nie. banyak benda aku nak share tapi belum berkesempatan. macam nie lah perangai orang yang suka procrastinate semua benda ye dak. hahahhahaha. blog rasa sunyi gila sebab post bulan may pun sebijik je. traffic blog pun berkurang walaupun aku tak kisah sangat pasal tu.

nie lunch pertama aku dengan rakan sekerja, makan nasi campur. punya la excited tengok sambal tempe goreng. makan tu je la dengan sayur. habis nasi sepinggan hari tu. kira makanan sihat la tempe2 nie kan. aku suka tempe! kalau tak silap, harga nasi campur nie rm4.50. mahal ke murah? idk.

masa nie community work kat masjid. lepas gotong royong, acik2 kat masjid ajak makan sesama. nasi lemak dia best tapi pedas sikit sambal tu. siap ada kuih muih lagi. lawak je perangai makcik2 pakcik2 kat masjid sebab asyik suruh ambik gambar beramai-ramai. part paling best lepas penat2 gotong royong adalah makanan free yang sedap2. lol

bila keluar dengan family pulak, sempat singgah satu kedai makan popular yang banyak franchise dia iaitu SCR (singapore chicken rice), aku punya menu pilihan adalah butter chicken. not bad la ayam tu sebab ala2 ayam popcorn dicurah butter. sedap jugak. boleh repeat kalau makan kat tempat sama :D

teh botol tapi dalam kotak.
sedap jugak cuma aku tak berapa suka teh MELATI (jasmine) sebab rasa minum perfume. 

FAVOURITE ❤ 


米津玄師 MV「Lemon」
LEMON by Kenshi Yonezu


Kenshi Yonezu (米津玄師) - Haiiro to Ao + Masaki Suda

aku minat Kenshi Yonezu sejak first time dengar lagu Peace Sign (BNHA opening) masa airing dulu2. rasanya tak pernah miss opening Peace Sign tu. hahahha. pastu, terjebak dengan Daoko, ada pulak lagu featuring dengan Kenshi Yonezu iaitu Uchiage Hanabi (OST anime), dan lagu Sand Planet. so, bla blaaa blaaaa. hahahhahaa

🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶

kalau cerita pasal anime, rasanya makin panjang la post nie. hahahhaha
cepatnya masa berlalu, dah masuk bulan june dah setengah tahun 2018.

asyik dengar sales guardian/watson di mana2 especially social media, belum ada beli apa2 lagi, hahahhaha. rasanya kalau aku ada beli apa2, mesti aku ada cerita kat blog nie. tengah google2 baca review barang yang aku nak beli (barang2 dalam wishlist). sekarang banyak dah cawangan watson/guardian yang baru bukak kat sini. barang2 pun makin up to date. yeahhhh!

walau apapun yang berlaku, keep moving forward, learn from the past and keep living!

sekian
ilal liqa'

8 comments

  1. lama sik singgah blog ktk kak! hihi
    mun ktk peg scr agik try ktk makan mushroom mee kah mun sik salah kmk hahaha lol maka kmk slalu order ya boleh pulak lupak nama >.<

    share pasal kerja ktk kakkk. teringin juak kmk mok baca hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mushroom mee??? wahhh mok juak cuba kelak mun ada singgah scr gik :D

      kelak kmk share. hehehhee :3

      Delete
  2. For me, kalau nasi campur macam tu je, 4.50 macam mahal sikit. Tapi tak tahulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada rasa mahal sikit sebab lauk pun sayur dan tempe je XD

      Delete
  3. 4.50 untuk nasi campur? murahnya!!!!!!
    mana nak cari nasi murah tu kat shah alam ni. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu depend dengan lauk2 yg kita pilih sebenarnya :D

      Delete
  4. harga 4.50 utk lauk tempe goreng dgn sayur agak mahal sebenarnya hiee.
    i love butter chicken! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun rasa ada mahal sikit :D
      yayyy, sama! :3

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!