sebelum habis bulan ramadhan, nak jugak up satu post pasal berbuka puasa di luar bersama kawan2. kawan2 sekerja. aku nie punya la banyak alasan nak makan luar sebab malas, pujuk punya pujuk, pergi jugak dengan kawan2 sekerja sebab takut dorang merajuk. hahahhahaha. so meh la baca dan tengok apa yang aku makan haritu.
assalamualaikum dan salam ramadhan~
Dads Cafe Sibu | Buffet Ramadhan
sebelum habis kerja, semua dah confirm nak berbuka sama2, so terus call/whatsapp tuan punya cafe untuk book meja untuk 4 orang. mesti reserved dulu sebab limited.
sorang dewasa RM12 | buffet makan sampai puas. serius cakap, harga tu murah gila untuk buffet makan sampai puas, dah la banyak pilihan makanan ala2 masakan kampung aka masakan mak. hahahaha. memang tak menyesal la kitorang berbuka kat sini.
rojak. antara benda fav aku nie. sebab boleh mengenyangkan dengan makan cucur tu. hahahhaa
antara lauk pauk yang disediakan. aku tak ambik gambar semua sebab malas. hahahhaa, aku ambik gambar benda yang menarik perhatian aku je. lol
suka tengok interior Dads Cafe nie, sebab hitam putih. my fav colour la katakan.
antara barisan2 menu buffet. nie depan meja kitorang je. belum lagi tengok sampai hujung.
makanan2 yang kitorang pilih. kira banyak dah nie. aku taktau nak makan apa dah bila banyak sangat lauk kena pilih. hahahhaa
nie je la lauk yang aku makan. sotong masak kicap dan telur hancur. sedap weh. terliur balik bila ingat. punya la banyak pilihan kan, makanan simple camni jugak yang aku pilih akhirnya.
dan aku pun ada ambik rojak. tu je la. hahahhahaha makan nie je pun dah kenyang gila2. kawan sekerja aku pulak pelbagai jenis lauk dorang makan, tabik spring betul dengan orang yang boleh makan banyak2 nie. memang best la bawak pergi makan buffet. kalau jenis aku yang makan sikit2 nie tak payah je la sebab cepat gila rasa kenyang. seronok je tengok orang makan banyak2. hahahhaha
🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲
bukan sponsored post pun sebab aku suka makan dan ambik gambar makanan (sorry gambar tak berapa cantik sebab hp cikai2 je). hahahhaha. walaupun orang sibu, aku taktau sangat tempat makan kat sibu sebab jarang explore. so, masa nie la first time aku pergi Dads Cafe dan rasanya nak pergi lagi la lepas nie.
warga SIBU yang nak pergi Dads Cafe boleh la cari kat google maps, restaurant nie kat area Sungai Merah. sekian.
🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲🍲
korang dah ke berbuka di luar bersama ngan kawan2 dan family?
kalau belum plan cepat2 sebelum ramadhan tamat.
aku dedua dah. ngan kawan sekerja kat Dads Cafe dan ngan family kat KFC. hehehhee
sekian
ilal liqa'
Ramadhan memang menyatukan kita sesama keluarga dan rakan-rakan... Tahniah lah berjaya dapat berbuka bersama rakan. LeYa pun dedua dah...hehe... Tapi seriously, murah giler harga buffet tu.. Kat KL, memang tak dapat lah harga macam tuh..
ReplyDeleteterliurrrr huaaaa >.< kmk dah slalu berbukak kat luar ngn kawan2. tapi ngn family sik hahaha sbb family kmk jnis yg beli makanan kat luar then mbak balit umh sbb sik tahan byk gilak org hahahaha -.-
ReplyDeleteAlahai, sikitnya makan BV. If it were me, astaghfirullah, memang penuhlah satu meja tu.
ReplyDeletewaaaaa.. nyaman jak rupa :)
ReplyDeletemurah teramat la BV ! dh la nmpk sedap je semuanya.
ReplyDeletenampak sedap sangat. jemput singgah ke blog ada entry terbaru
ReplyDeletehttps://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html