sebenarnya lama dah rasa nak share pasal rutin penjagaan kulit, tapi ye la tak confident sangat sebab kulit muka aku pun bukannya flawless sangat. tapi nak jugak share, mana tau ada yang nak tahu kan. hahahhaha so let's proceed!
assalamualaikum dan salam sejahtera~
kulit muka aku agak kering, kekadang ada dry patches kat area bawah bibir dan kat tepi2 hidung. kulit kering paling tak best sebab sometimes bila pakai bedak/pact/foundation, muka jadi bercapuk gila. sedihnya. hahhahahhaa. tapi kali nie bukan nak cerita pasal mekap2. kali nie pasal penjagaan kulit muka.
aku sertakan sekali dengan sedikit review la untuk produk2 yang aku guna.
1. innisfree | greentea cleansing foam (1st step) 🍵
honestly, pencuci muka nie tak ada effect untuk aku. rasa macam biasa2 je. okay la sebab bila guna tak ada breakout, cuma kulit muka aku rasa sedikit kering lepas guna, rasanya nie sesuai untuk oily skin. aku suka bau dia. dah habis guna dah pun, nak beli lagi? no, sebab tak ada effect.
2. Himalaya | Moisturizing Aloe Vera Face Wash (1st step) 🌵
aku suka gila face wash himalaya nie, walaupun kat packaging kat sesuai untuk kulit kering, aku rasa kulit aku still kering bila guna. cuma nampak la sikit jerawat makin susah nak singgah kat muka. paling penting ada vitamin E (yang ternyata bagus untuk kulit), tiada paraben/sls/sles. satu benda yang suka jugak, kurang/tiada buih dan bila guna ada rasa sikit cooling sensation! how cool is that!. packaging wise, suka gila see through packaging macam nie, nampak isi dia, so, kita tahu bila produk nak habis, boleh ready duit siap2 nak beli yang baru. lol. nak beli lagi? YESSS, nampak effect jerawat makin kurang.
3. Skinfood | Premium Tomato Whitening Toner (2nd step) 🍅
aku dah pernah review toner nie (
here). dah habis guna dah pun. nak beli lagi? yes, kalau ada duit lebih. huhuhuhu
4. Laneige | White Dew Skin Refiner (2nd step) 💧
nie toner tau, aku suka sangat2 benda nie sebab kulit muka aku kan jenis kering, so bila guna toner nie je pun rasa dah
cukup moisturise. serious talk. serious! dulu sebelum pakai, aku perasan, area tepi2 hidung dan atas/bawah bibir aku ada kulit2 kering macam nak mengelupas2, bila guna toner nie, masalah tu makin berkurang. yayyyy! sebab adanya toner nie, kekadang aku malas nak guna moisturiser, hahahhahaha. tapi kena guna jugak la sebab taknak muka kering kan. nak beli lagi? yess, tapi mahal gila brand laneige. aku ada buat short review jugak (
here)
5. it's skin | Vitamin C serum aka VC effector (3rd step) 🍋
aku pun dah pernah review nie (
here). honestly, kekadang aku skip je serum nie sebab malas. hahahhaa. tapi selalu jugak la pakai terutama waktu malam. nie pun botol yang kedua, so kalau dah habis, memang ada niat nak beli lagi la sebab best.
6. Nature Republic | Green Tea Cream (4th step) 🌱
memula aku tak berapa suka green tea cream nie sebab aku jenis tak suka letak benda melekit kat muka. actually, i hate using my finger to put those cream (or serum/toner) on my face and i dont really know why, maybe sebab aku malas nak basuh tangan dan insecure takut tangan/jejari ada germs lol. lama2 aku suka sebab rasa muka kurang kering lepas guna. walaupun nama dia cream, tapi
tekstur ala2 gel tapi kira cream la sebab cepat meresap(?). bila first pakai ada rasa macam
heat sensation gitu. lol. ambik masa sikit nak menyerap, so aku suka pakai benda nie malam2. lama2 makin suka guna. nak beli lagi? yes ofcourse kalau ada duit. dalam website althea/hermo harga berpatutan RM30+, terkejut haritu pergi outlet harga dia RM60+ (omg dua kali ganda tu). better la beli online kan. wahhahahhaha
7. Himalaya | Moisturiser Cream 🍒
aku pernah cuba sekali je, letak kat muka, esoknya terus tumbuh jerawat. maybe tak sesuai untuk kulit muka aku. tapi aku suka bau dan bila sapu kat muka rasa sejuk2 gitu. agak berminyak, tapi okay la. pastu bagi kat mak aku, mak aku kata okay je :)
8. Freeman | Mint & Lemon claymask 🍋
aku suka mask nie sebab bila muka macam breakout sikit, dia boleh tolong bagi aku relax sikit secara mentally? hahahhahha.
aku suka bau dia dan best gila bila letak kat muka, ada rasa minty2 cooling sensation gituuuu. kekadang bila tension dengan jerawat nan seketul, aku letak je clay mask nie kat seketul jerawat tu. supaya dia chill sikit. hahahhaha. tapi
memang best la guna untuk jerawat, bila TERpecahkan jerawat, cepat2 letak claymask nie, biar dia chill and serap sisa2 jerawat? satu je la kekuranganya, agak drying for my skin. so kena guna moisturiser lepas guna. repurchase? of course lah!
9. Freeman | Charcoal Black Sugar mask 🍙
sebenarnya aku guna mask nie
ala2 scrub. guna bila rasa muka dah agak suram dan tak bermaya. serius bila lepas pakai mask nie,
muka rasa lebih berseri dan glowing. memula pakai macam mask tinggalkan untuk beberapa minit ikut instruction, lepas tu cuci. masa cuci la tu boleh ur
ut2 scrub muka sikit2 sebab dalam mask tu ada gula kasar yang agak halus la. masa tengah pakai
charcoal mask nie pun muka ada rasa heat sensation, best dan relaxing. jangan scrub masa jerawat tengah teruk, takut kulit muka luka.
aku pakai clay mask nie selalunya waktu malam (1 to 2 times a week). sebelum cuci muka dan buat step seterusnya. entah la, aku lebih selesa buat sebelum step2 cuci muka dan sebagainya.
💎💎💎💎💎💎💎💎💎
sebenarnya jarang aku buat full steps semua. hahahha sebab malas satu hal. tapi cuci muka guna cleanser tu antara benda wajib yang aku buat setiap hari dan aku jarang miss guna toner. dan yang lain tu, kekadang je buat. sebab tu la, aku sangat suka toner yang sangat hydate/moisturise.
dalam mencari skincare yang sesuai untuk kulit dan masalah kulit muka nie memang memerlukan kesabaran sebab tak semua benda yang orang sesuai guna, sesuai untuk kulit kita. alhamdulillah la, dalam skincare journey (cewahhh), aku ada la jumpa beberapa skincare yang sesuai untuk kulit muka aku dan ada jugak failed. setakat nie, aku stick dengan skincare yang ringan2 dulu la. masih lagi mencari produk untuk kurangkan pori dan bekas jerawat. (please recommend kalau ada yang korang tau)
the keys! benda nie yang kena amalkan kalau nak kulit yang sihat.
1. moisture/hydration
2. drinks a lot of waters (plain)
3. hygiene (bedsheet, pillowcase, makeup tools etc)
4. foods (eat less oily, sugary and dairy foods)
5. stress free
setakat nie, tu je la skincare routine aku dan produk2 yang aku suka guna setakat nie.
ada tak skincare yang dalam list nie, korang pernah guna? best tak?
recommend sikit skincare produk yang korang suka guna :D
sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah
Social Icons