cendol pulut dan makanan lain

Thursday, 15 March 2018

selain cerita pasal lifestyle, personal dan beauty (ada ke?), aku suka cerita pasal makanan yang aku makan. sebab bukan selalu makan makanan yang sedap2 dan rare atau makanan yang perlukan perhatian aku. eh. hahhahaa

assalamualaikum dan salam sejahtera,
yes, kali nie aku akan cerita pasal makanan. pastikan korang dah makan sebelum proceed membaca post ini. 

Cendol Pulut
minggu lepas, ada kedai makan baru bukak dekat kawasan perumahan kitorang. nama kedai tu tertera bahawa cendol pulut adalah menu utama (ada jugak pelbagai menu yang lain). sebab video viral awek cendol tu, adik aku hampir tiap hari mention 'NAK CENDOL' dengan nada gedik, tapi lawak jugak la. beberapa lepas tu, dapatlah cendol dan merasanya jugak cendol pulut. 

CENDOL PULUT RM3.50, nie sebenarnya first time aku merasa cendol pulut. aku taktau nak expect apa. tapi dah nama ada pulut, memang ada pulut la. hahhahaha. rupanya, cendol macam biasa tapi ada pulut. sedap jugak. aku suka cendol nie sebab cendol yang best adalah cendol yang masih ada rasa manis (tak tawar) walaupun ais semua dah cair. (do know what i mean?), sebab ada jenis cendol yang ais banyak gila, tapi bila ais dah cair, cendol/abc jadi tawar rasa air kosong. hahahhaha

ROTI JOHN SPECIAL RM8 (ayam) - rasa sedap, special sebab ada cheese. cuma harga dia agak mahal la bagi aku sebab saiz dia tak la besar mana dan ayam tak rasa sangat. tapi memang sedap la.

adik2 aku ada jugak order makanan2 lain macam mee goreng dan nasi goreng ayam. range harga makanan lain dalam rm5-rm10, cuma tak berapa puas sebab saiz portion agak kecik, service okay2. kedai baru kan. maybe memang harga makanan sekarang kot. kalau dulu dengan rm2.50-RM3.50 dah boleh dapat mee goreng mamak sepinggan penuh. hahhahaha

aku dah pernah review KFC CHIZZA, tapi kali nie kfc chizza macam lain sikit. apa yang lainnya? masa nie aku tapau je kfc. macam taksangka la, lama jugak menu nie kat kfc. harap menu kekal la. 

ok, apa yang lain? bila bukak kotak kfc chizza tu, terkejut gila sebab besar dari chizza yang aku pernah order. hahahahhaha hampir penuh satu kotak. rupa2nya, dah ada crust tepi2 tu ala cucur, tengah2 baru ayam. agak terkejut la, yang best, crust tu rangup sangat dan ayam pun juicy, cheese pun penuh satu chizza. rasa nak beli lagi. entah la dorang dah tukar resipi ke apa. 

besar kan rupa dia. selalunya dalam setengah besar tu je :D

jambu air cicah kicap+gula+sambal belacan. rasa meleleh air liur menaip. aku suka jambu air nie, makan cicah apa pun sedap. hahahhaha. suka makan dengan serbuk asamboi dan asamboi merah. makan dengan kicap+gula+sambal belacan lagi laaaaaa. umphhh sangat.

pokoknya, aku suka makan. tapi makan untuk hidup la. bukan hidup untuk makan.

korang pulak dah cuba makan cendol pulut ke? suka makan apa? hehehhee

sekian,
ilal liqa'

10 comments

  1. Panas panas ni BV up pulak pasal Cendol pulut adohai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try cari esok2. :D
      BV sendiri pun terliur tengok gambar T^T

      Delete
  2. wah
    nampak lain macam pula chizza kfc tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak lain dan rasa pun sedikit lain.

      Delete
    2. rasa lebih sedap dari awal yang dulu?

      Delete
    3. sama je rasanya cuma lain part crust tu XD

      Delete
  3. Replies
    1. boleh la try kalau ada masa dan peluang nanti :D

      Delete
  4. dapnyaaaa BV terliurrr di buatnyaa

    ReplyDelete
  5. busyra suka sngt cendol pulut.. makan time panas2. alahaii.. hehe

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!