ALTHEA Bare Essentials | first impression

Saturday, 31 March 2018

aku suka skincare sejak terjebak dengan skincare. kali ni aku nak share pasal produk baru Althea. bagi sesiapa yang belum mengenali Althea, Althea adalah satu website online shopping yang menjual pelbagai jenis produk kbeauty (skincare, makeup dan sebagainya) dari bermacam jenis jenama.

assalamualaikum dan salam sejahtera~

ALTHEA Bare Essentials and first impression

seperti tajuk diatas, ALTHEA dah ada produk skincare sendiri yang diberi nama Bare Essentials yang juga terdiri daripada Contour Cleaser, Primer Water dan Fixer Cream. TAHNIAH ALTHEA!! so happy for you :)

Complicated skincare steps make your skin tired. so simplify and give your skin what it really needs. infused with nourishing and hydrating ingredients from nature. our 3-step skincare is all you really need to keep your skin at its most optimal and comfortable state. Don't just cover up anymore. -Complete your skin makeup with Bare Essentials. 

langkah penjagaan kulit (skincare) yang rumit membuatkan kulit anda penat. jadi, permudahkanlah dan beri apa yang kulit anda perlukan. terdiri daripada bahan yang berkhasiat dan berhidrasi dari alam semulajadi, 3 langkah penjagaan kulit inilah yang anda perlukan untuk mengekalkan kulit anda dalam keadaan optimum dan selesa. Jangan bersembunyi lagi. Lengkapkan mekap kulit anda dengan Bare Essentials.

cantik dan minimalist je setiap packaging produk Bare Essentials ni. serius aku jatuh hati dengan packaging macam ni. semua putih dan comel2 je. 

aku jugak sangat suka tema dan tujuan Bare Essentials yang meninggikan nilai bare skin atau kulit muka yang sihat walaupun tanpa makeup dan kulit sihat yang sesuai untuk makeup. "Great makeup starts from great skin". memudahkan, hanya guna 3 produk ni dengan 3 langkah je! so, tak perlu susah2 lagi buat 10 steps korean skincare.

first impression sebab aku baru guna ALTHEA BARE ESSENTIALS ni dalam beberapa hari. 

Contour Cleanser (RM23)
key ingredients | ice plant, lemon verbena leaf
dalam cleanser ni ada micro-particles yang lembut tapi efektif untuk exfoliate and remove impurities. sesuai untuk detox kulit dan membuat bentuk muka anda jadi slim. wahhhh, sebab ni nama dia Contour Cleanser. sangat menarik nama produk2 nie. serius. 

first impression;
aku dah guna Contour Cleanser beberapa kali, first, memang ada micro-particles, bau dia tak berapa kuat sangat dan fresh ada bau lemon sikit. berbuih kemudian lepas bilas rasa best macam hydrate lembap2 gitu. aku baru guna beberapa kali, tak sabar nak tengok apa jadi lepas guna berkali2 maybe akan dapat v face. hehehhee


Primer Water (RM43)
key ingredients | snow lotus, patented dewdrop technology
dua dalam satu, toner dan primer, melembut dan meratakan kulit muka serta menjadikan kulit muka glowing. so, guna ni macam toner la. siap ada primer, menarik kan?

first impression;
thick in consistency, botol tu ada stopper, packaging wise, aku sangat suka style botol tu. macam kaca tapi plastik yang berkualiti. bau pulak macam familiar, tapi aku taktau bau apa. hahahha. walaupun nie toner, rasa macam essense sebab ala2 cecair pekat tapi nie toner tau. pakai sikit je pun rasa muka dah hydrate dan lembut. paling penting, cepat sangat menyerap dan langsung tak rasa melekit. 


Fixer Cream (RM50)
key ingredients | trehalose, green tea, boabab tree
hydration untuk 24 jam. melembabkan kulit dan memberi kulit muka kelembapan yang diperlukan untuk mengekalkan rasa segar dan kelihatan bermaya sepanjang hari. fixer cream sebagai moisturiser. 

first impression;
again, packaging untuk Fixer Cream ni nampak exclusive sangat. cream rasa nipis tapi agak sticky dan ambik masa sikit untuk menyerap. tapi memang moisturise kulit. aku tak berapa suka bau dia. hahahhaha. bila pakai waktu malam, bila bangun pagi2 muka rasa lembap je, benda best untuk jenis kulit kering sebab kulit aku jenis kering. hehehe 


Mirror, Bare Essential Sample, Marble Tile aka coaster ❤

FAVOURITE!!
Bare Essentials Primer Water
sebenarnya, skincare paling aku suka guna ialah toner. aku tak pernah skip guna toner. so, aku rasa Bare Essentials Primer Water ni adalah antara toner yang aku suka sebab buat kulit aku moisture dan lembut lepas guna. rasa plump gitu. my new favourite toner laaaa. 



unboxing of ALTHEA BARE ESSENTIAL aka me struggling to unwrap everything 😂

💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧

apa yang anda perlu tahu tentang Bare Essentials, 
💧 made in KOREA
💧 dermatologist TESTED
💧 suitable for ALL SKIN TYPE (sesuai untuk semua jenis kulit)
💧 skincare routines for healthy looking and glowy skins (rutin penjagaan kulit untuk menjadikan kulit kelihatan sihat dan bermaya)
💧 high quality products with reasonable price (produk berkualiti dengan harga yang berpatutan)

you can get yours at
and get yourself some free cute mirror while stocks last!

ALTHEA KOREA
facebook | Althea Korea
instagram | @altheakorea


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

8 comments

  1. mama suka primer water tu. guna sebelum mekap. kira mcm setting muka dulu nak mekap. hehehe.. rasa mekap tahan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, memang sesuai guna sebelum nak mekap, yg best rasa lembut2 je muka lepas guna :D

      Delete
  2. Banyak betul skincare products yang baru-baru sekarang. Pening nak pilih dan guna yang mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pening jugak nak pilih skincare yg sesuai untuk kulit T^T
      tapi yg ni, memang best hehehhee

      Delete
  3. comelnya packaging diaaaa. rasa mcm berminat dgn toner tu, tpi kena habiskan toner yg tgh pakai sekarang ni ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel2 je packaging dia kan. BV pun memang minat dengan toner tu :D
      stok toner banyak2 XD

      Delete
  4. Lya memang ada plan nak tukar skincare since the one I use sekarang macam kulit dah immune so nothing changes dah. Pernah dengar pasal Althea ni, tengok harga yang BV review ni pon not bad. Okay, boleh masuk dalam list skincare that I might try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, boleh la try nanti, manatau sesuai :) lagipun memang banyak jugak brand skincare yg ada kat althea :D

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!