5 tips nak cantikkan blog

Wednesday, 28 February 2018

siapa je yang tak suka blog cantik2 kan. makin cantik satu blog tu, makin rajin la yang singgah. betul ke? aku taktau, tapi rasa selesa la bila masuk dalam satu blog yang kemas dan menarik mata yang memandang. cantik itu subjektif. blog pun macam tu jugak. cantik sesuatu blog tu pun ikut orang jugak. cantik dan menarik yang kita nak tu. hahahhahhaa.

assalamualaikum dan salam sejahtera.


so, kali nie aku nak share sikit, tips nak cantikkan blog pada pandangan aku la. 
1. template blog
sekarang banyak dah template blog free yang cantik2, minimalist dan responsive. so, boleh pilih je ikut rasa yang sesuai. bagi aku, warna template blog memainkan peranan yang penting. sebab kekadang dari warna blog, kita tau owner blog tu macam mana (aku punya logik, hahahhaha kalau pink tau la perempuan kan). 

dalam memilih warna tema utama template blog, lebih baik pilih satu atau dua warna je. kalau banyak2 warna nampak terlalu meriah. aku paling suka tema blog yang minimalist, mudah nak baca post. dah pilih warna, memang nampak unik blog kalau ada warna tema tertentu. macam aku, warna hitam je sejak dari dulu. hahhahahaha, sekarang pun banyak dah blog tema hitam putih, jadi taknampak kelainan dari situ. nak lain dan unik, pilih satu warna yang jarang orang guna. mesti, bila orang masuk blog korang, teringat2 je. :D
2. header
bagi aku, header adalah first impression untuk blog. dari header, kita tau blog tu macam mana (selalunya lahhhh). kat blog header, banyak dah sedia letak tema blog macam lifestyle, review dan sebagainya. bagus tu sebenarnya. header yang cantik bagi aku adalah header yang simple dan header yang meriah dengan pelbagai design yang sesuai dengan isi blog. kalau gambar kat header terlalu crowded sampai taktau apa nak disampaikan pun tak best jugak. 

header, kena la sesuai dengan tema/niche blog korang. 
3. susun atur widget / gadget
widget antara benda paling penting dalam blog. blog yang cantik bagi aku adalah blog yang kemas susun atur widget. banyak mana pun widget korang nak letak kat blog, tak kisah pun, asal kemas. bila kemas, rasa best dan selesa je la baca entry satu blog tu.

balance. aku suka blog yang susunan widget dia kira balance la. kalau letak satu side je pun okay.  kalau ada widget lebih, taknak panjang2, letak kat area footer. asal KEMAS mata memandang. hahahhaha


4. gambar
gambar pun memainkan peranan utama dalam blog. aku suka gila dengan blog yang gambar post dia nampak seragam dan menarik. tak kisah la gambar ambil sendiri atau gambar google. aku suka blog yang saiz gambar kat post dia sama lebar dengan entry. ada blog yang gambar cantik2, tapi sayang bila bukak entry, gambar semua kecik2 saiz 'medium' dan 'large'. 

lagi bagus kalau gambar letak je saiz 'extra large', biar readers rasa puas hati tengok semua details dalam gambar. ambik gambar penat2, tapi bila letak kat entry kecik2 taknampak details. rugi la macam tu. takpun resize siap2 dalam photo editor jadi sama lebar dengan saiz lebar entry. macam aku, aku set setiap gambar jadi 700px (sama lebar post). bila upload terus letak 'original size'. hah, ambik gambar besar gedabak semua.

kalau gambar gerak2 (.gif), selalu saiz original dia kecik je kan, tu takpe sebab kalau letak besar2 gambar jadi pecah2. 

nak lebih cantik, boleh la edit2 sikit. jangan lupa letak watermark. part letak watermark pulak, bagus lagi kalau watermark yang simple2 je supaya gambar korang tak tenggelam dek watermark. 


credit

5. identiti blog
bagi aku, sangat penting blog ada identiti sendiri dan jugak blogger iaitu tuan punya blog. aku paling suka baca blog personal dan lifestyle. kekadang, bila masuk blog dan baca entri kat sesuatu blog, kita boleh kenalpasti macam mana identiti (sifat) seseorang blogger tu di alam maya (atau maybe real life) sebab bila menulis kat blog nie, dari hati terus ke keyboard.

url pun boleh jadi identiti sesuatu blog, header pun boleh. so, identiti blog nie tak lekat pada satu perkara je. bila reader/visitor mudah kenal penulisan/header/blog url atau sesuatu pasal blog seseorang blogger tu, kiranya blogger tu memang dah ada identiti blog atau blogger yang dah jumpa beberapa niche yang sesuai dengan jiwa dan menulis dengan ikhlas. so, kira ada identiti blog dah.  


💻💻💻💻💻💻💻💻


blog aku? pada pendapat aku, blog aku biasa2 je asal kemas dan asal menarik pada pandangan mata aku walaupun banyak publish entry tak menarik. hahahhaha. 

oh ya, kalau korang ada publish entry tentang tips2 yang hampir sama atau yang berkaitan, sila letakkan link di bahagian komen, nanti aku letak dalam entry nie sekali supaya boleh dijadikan rujukan bersama. cewahhh. sharing is caring :)

so, blog yang menarik pada pandangan subjektif korang pulak macam mana?


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah


42 comments

  1. Nice entry... btl header mmainkan peranan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, selalunya header yg orang tengok dulu masa masuk blog :D

      Delete
  2. template tu memainkan peranan penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, template memang penting untuk blog, kena pilih betul2 :D

      Delete
  3. Setuju!! dari hati terus ke keyboard ahahaha! ^^ nice sharing!!! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss! memang bila menulis dari hati terus ke keyboard kannn :D

      Delete
  4. Setiap kali nmpk vanilla mesti teringat BV! Budaksukavanilla nilah identiti blog BV :D

    Saya pun jenis suka baca blog personal jugak , tpi hritu ada terbaca org kata kurangkan cite psl personal life sbb nmpk mcm syok sendiri huhu tertusuk diri ini sbb diri sendiri pun jenis yg suka bercerita hal diri sndiri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cewahhhh, hahahhaha memang vanilla sangat dah nie XD

      tertiba rasa tertusuk jugak nie. hahahhahha biar la kita syok sendiri sebab bila banyak cerita hal personal nie, bagi BV semua nie kira macam memori2 je dan sebagai menghargai diri *tetiba hahahhaa.

      kalau yg personal sangat tu macam hal dalaman keluarga/kawan/kerja rasanya tu yang tak perlu cite kot. :D

      Delete
  5. Sama lah dengan saya BV hehe lebih suka baca blog personal & lifestyle

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayy! sama, rupanya banyak jugak yg suka baca blog personal dan lifestyle nie :D

      Delete
  6. BV ada identiti yg tersendiri tau.. sebut ja nama blog mesti dah kenal.. kalau mcm sy nie hahaha ada yg x penah jenguk pun blog sy huhu~~ btw thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg datang singgah blog nie je la yg kenal, ala blog awak pun best, mesti ada banyak silent readers tuuu :D you're welcome :3

      Delete
  7. Sy suka tmplate blog yg brubah2 sbb nk bg kejutan sikit 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka blog yg selalu ubah2 template sebenarnya. memang suprise sangat untuk readers yg rajin singgah kan :D

      Delete
  8. suka masuk blog yang kemas dan tak serabut mata nak membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laaa, memang blog yg kemas rasa best je nak membaca entry2 yg ada :D

      Delete
  9. Setuju dengan semua point BV kat atas, yes tema minimalist paling suka masuk blog tu sebab tak serabut di mataku. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, sekarang banyak blog bertema minimalist. memang suka masuk dan baca entry kan blog gitu sebab tenang je mata :D

      Delete
  10. setuju2 dengan apa yang dikata tu

    ReplyDelete
  11. I love your blog design! Hahaha. nak tambah satu lagi, pleaselah tulisan blog content bagi besar sikit. I've seen blog with this small teeny fonts that makes it hard to read that I give up and click x lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka your blog design Rasya! sebab BV pun suka warna biru :D betul tuuu, tulisan pun pentinggg sangat. memang give up je la dengan entry blog yg guna font kecik2 plus warna kelabu cerah T^T

      Delete
  12. Lepas baca post ni terus pegi besarkan image dekat latest post lol.
    Blog kak bv sentiasa di hati hehe.
    Tapi betul la. nina pun suka blog yang kemas tapi nak buat cantik-cantik macam kak bv punya tak pandai. Buat simple-simple pun jadi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good job :D alaaa terharu kitaaaa :3
      sekarang banyak dah template minimalist free, Nina boleh la try guna, tapi design blog Nina yg sekarang pun kira cantik dah tu :)

      Delete
  13. BV you’re my inspiration since i start blog lagi. love your b&w minimalist blog sampaikan i sukakan b&w bila tgk blog u but at the end pink colour is still my choice bila nak pilih blog theme color 😊🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. aigooo alaaaa terharunyaaaaa :3 BV rasa black and white nie memang sesuai untuk jiwa BV kot, hahahahha nice la, pink memang warna yg cantik untuk blog (blog BV nie pun pernah ada fasa pink jugak) :D

      Delete
  14. nice sharing ^^

    https://jajastollymolly.blogspot.my/

    ReplyDelete
  15. Totally agreed with all your points.

    Anyway, I really love your blog. Sangat cantik dan sangat kemas. Kalau nak minta tolong editkan my blog, boleh ke? Hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankssss for all your compliment :D
      boleh je, dm je BV kat memana (twitter/ig) nanti BV bantu apa yg patut, cewahhh :D

      Delete
  16. Setujuuu dgn semua point. Harap pembaca blog kita happy bila masuk membaca www.noormaizan.com.

    Meh baca tips kita pula, hihi http://www.noormaizan.com/2018/02/elemen-wajib-ada-dalam-sebuah-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, BV pun harap macam tu jugak :D
      boleh tak BV letak link tu dalam entry nie? :)

      Delete
  17. waaah, inspiratif sekaliii ini :) thank's!

    ReplyDelete
  18. yeah identiti blog paling susah nak cari antara semua. sebab selalu je overwhelmed bila bab ni semua ^_^! part nak cari templata saja mau berminggu2 cari, belum lagi nak kasi kaler...#saluteblogger!

    ReplyDelete
  19. Siqah setuju dengan semua points BV! Yesss!! Blog template paling susah sekali for me, hehe, sebab nak buat yang cantik dan kena dengan mata sangatlah susah. Itu yang asyik tukar blog header. Sekarang guna yang biasa je. Maybe will change later :)

    Blog BV kemas, saiz tulisan pun besar. Senang nak baca :)

    ReplyDelete
  20. satu lagi background! huhu, kalau pakai template yang jenis minimalist ni tak pe, sebab background putih... kalau yang jenis pakai template bunga-bunga lepas tu dengan tulisan kembang kecut, allahu... rasa berpinar kejap mata nak tengok.


    and blog warna blog selalunya ikut mood. kadang rasa macam nak comel... kadang rasa macam nak matang. lol. hahaha.

    header memainkan peranan sangat, kadang blog dah kemas, tiba2 dekat header.. macam turn off pulak jadinya.. hhuhhu

    ReplyDelete
  21. nice sharing BV.. busyra kalau masuk blog kemas mmg rasa tak mau left dari blog dia. hehe. rasa sedap mata memandang. blog BV pun cantik! kemas ja tngok. <3

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!