bila kemas rak buku

Thursday, 25 January 2018

entah berapa kali aku cerita pasal buku dalam blog nie. tapi jarang gila dah nak buat review untuk buku2 yang aku dah baca. rasa nak buat review tu memang ada. tapi tu la, rasa 'passion' aku dah makin malap. entah kenapa. lepas tu kecoh la nak meroyan kat sosial media lain yang aku takdak idea dah nak menaip kat blog. hahahhahaa. 

kalau part merapu, tu memang banyak la nak cerita. lolssss.

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua yang membaca.


berapa hari yang lepas, ada la mood aku rajin menyapu debu kat rak buku cenonet aku tu. tetiba mood rajin datang kan, bukan selalu. jadi, aku try la susun2 buku ikut fiksyen dan non fiksyen. rasa librarian sangat. hahhahaha

yang aku dapat, banyak buku belum aku habis baca sepenuhnya dan aku lupa isinya. nampak sangat kan betapa manusia nie mudah lupa *tetiba*. 

belek punya belek, sikit je rupanya buku yang aku ada. (so, layakkah aku digelar ulat buku?).
dan aku sedar, betapa sikitnya buku yang aku baca tahun lepas 2017. rasanya dapat dikira dengan sebelah tangan je kot (tak termasuk komik, manga). 

rasanya sekarang nampak la aku melekat ngan smartphone dan laptop. baca melalui skrin je. senang kan. tapi memang takdapat mengalahkan rasa pegang buku dan feeling hidu bau kertas. 

lepas tu, dapat tau, beberapa buku aku ada yang hilang tanpa kesan. entah siapa yang baca. harap buku tu dibaca dan bermanfaat untuk pembacanya. 

aku taktau dah apa aku nak cerita nie sebenarnya. hahahhahahhaa

tetiba bermain dalam kepala otak aku bagaimana wujudnya peribahasa "alang-alang penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". 

ok, sebelum post nie dipenuhi dengan ke-merapu-an. eloklah aku berhenti setakat sini sahaja. 
kbye. 

sikit je buku2 aku rupanya. takpernah kira berapa. malas nak kira sebenarnya. 
siapa yang rajin kira buku yang dia ada. memang hebat la. 

korang lebih suka buku apa? (fiksyen atau non fiksyen)
dan buku jenis macam mana yang korang suka kumpul jadikan koleksi?


see ya when i see ya lah
ilal liqa'

20 comments

  1. kira oklah tu ada jugak membaca buku, saya ni... hm malulah pulak nak cakap kan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha XD
      kira membaca jugak, baca blogpost :D

      Delete
  2. Replies
    1. BV suka dedua. tapi lebih kepada fiksyen jugak :D

      Delete
  3. Cutenya box pink.. Mmm kena beli rak baru tuk tahun 2018 pula, rak da full tu.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu kumpul buku banyak lagi baru beli rak baru. hahahaha

      Delete
  4. Samalah kita, baru inggu lepas terasa nak kemas rak buku. Syaza more to novel sebenarnya tapi sejak beberapa tahun ni dah jarang sangat beli buku. Niat nak beli dan baca tu ada tapi tak pernah buat sebab sekarang ni lebih banyak baca di Wattpad je. Physical book dah kurang nak pegang. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang rasa dah jarang beli buku jugak sekarang, niat memang ada. BV faham jugak tu :D physical book lebih best kan :)

      Delete
  5. tiap kli sy beli buku, sy akn catit tajuk, harga, semua dalam satu buku nota XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya! BV dulu pun pernah buat macam nie tapi utk list buku yg dibaca, lama2 hilang dah kertas/buku utk catit semua tu XD

      Delete
  6. kmk tahun lepas beli 2 buah novel jak hahaha kakya alu sik terbeli2 gik. baca buku pun dah jarang. tahun tok fkir mok beli fixi byk2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sama jak kita. kmk banyak beli komik XD
      mok juak la beli fixi banyak :D

      Delete
  7. Kira banyaklah buku tu. Akak kat sini satu buku pun takde :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa sokay, lepas nie boleh la beli buku :)

      Delete
  8. I memang suka kumpul, so banyak la buku kat rumah, nak jual sayang pulak hahaha

    ReplyDelete
  9. Dah kira banyak la tu nak compare dengan iolls. Hahaa. Lagi sikit buku dan malas gila membaca.

    ReplyDelete
  10. Ouh, tetiba teringat rak buku kat rumah yang sering diabaikan tu. Hukhuk berdebu habis.
    Tambah2 ruang buku yang ilmiah2 sikit. :P

    ReplyDelete
  11. Siqah suka both fiction dan non fiction. Cuma ikut mood nak baca yang mana dulu. Siqah tak kira jumlah buku yang ada kat rak buku cuma suka bila tengok buku berlambak walaupun banyak yang tak baca lagi. Hihi.

    Novel daripada author kegemaran akan disimpan sampai bila-bila :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!