Assalamualaikum,
hello bellooooo, okay apa yang tragedi sangat tu? LOL tu acah2 je. well iolls kan suka mengGEMPAKkan suasana. takda tragedi sangat pun. tapi meh la follow cerita raya korban kita. wehehehehe. takbanyak best pun, cukup la sekadar memori. syukur la memori manusia takmacam memori kad yang ada limit 16gb lah apa lah.
hari merdeka 31 ogos 2017
genap 1 tahun arwah bapak meninggal. indeed we belong to ALLAH, and to Him we shall return.
hari raya aidiladha 1 september 2017
macam biasa, kami beraya macam biasa. yang lainnya, kawan elin (my sis) datang beraya dan bercuti di rumah. memeriahkan suasana wahahahhaha. meriah sikit rasa raya aidiladha tahun nie. walaupun aku macam biasa je la rasanya. makan je banyak XD
tragedi bermula dengan. .. . . .
petang raya tu dah plan nak melawat kubur arwah bapak. plan la bagai, dah siap berkemas, start kereta, panaskan enjin. kemain aku selfie dalam kereta masa tu, tetiba phone jatuh dan tetiba lampu amaran(?)/emergency(?) yang kiri kanan tu terkelip2. lol, punyalah lawak taktau macam mana dah nak tutup dia, kecoh kejap adik beradik ngan mak, mak siap plan nak bawak bengkel. HAHAHHAHAHA. aku kata jangan dulu nanti kena gelak baru tau. pastu mak call pakcik aku (abang kepada mak) dan rupanya cara nak tutup dia tarik je button ada bentuk segi tiga atas stereng. LOLOLOLOLOLOL.
next, otw dahhhh, kereta bergerak atas jalan raya. aku perasan, meter suhu kat dashboard, tak drop2. mendadak terus stay kat H (hot) dan feel bawak kereta pun dah lain macam. aku cakap ngan mak kat sebelah, macam biasa mak iolls nie jenis terlebih terkejut, terlebih nervous, suruh berhenti terus dekat jalan raya masa tu jugak. masa tu kat traffik light, takkan nak menganggu laluan orang kan, so aku kata rilex dan cari tempat sesuai tepi jalan raya. bila dah jumpa berhenti la (depan kat kawasan traffik light tu jugak tapi ada kawasan sikit tepi tu) dan yang penting tak menganggu arus jalan raya. mak terus call pakcik2 (abang2 kepada mak). hahahhahah. dah agak masalah sebab air dalam tangki radiator kurang dan hose bocor. lepas isi air, terus follow pakcik aku pergi bengkel sebab dia nak tolong belikan hose baru dan pasang terus. batal la niat hari tu nak ziarah kubur sebab hari dah nak senja. tu je la tragedi nya. hehehhehe
awal2 kereta tu dah bagi amaran walaupun tak sengaja tertekan lampu amaran tu XD
kalau hari raya, mak memang selalu buat daging masak hitam, rendang ayam dan kuah kacang. bagi aku nie menu biasa kami masa raya. yang lain sikit masa tu, rendang ayam mak buat banyak kuah kali nie, selalunya kering sikit tanpa kuah, dua2 stail pun sedap. memang kenyang makan berkali2. daging masak hitam macam biasa la, semua suka dan paling cepat habis.
tak sarawak la kalau takda kek lapis sarawak. hahhahahaha joke. sedap kek lapis yang belah kiri (cheese cake & red velvet(?) tu walaupun beli kat market harga rm10. seronok makan. tup2 dah habis. rasanya orang rumah nie sendiri yang habiskan. wahahahha. takpe, boleh beli lagi sebab orang jual kek lapis kat market memang tiap2 hari ada. bukan untuk hari raya je.
🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨🍨
tu je la cerita raya haji aku tahun nie.
lama dah aku tak tengok orang sembelih lembu korban. kalau ada pun bukannya aku berani sangat tengok. hahahhahahha
cerita raya haji korang pulak macam mana?
makan apa? (huhuhu sibuk nak tau korang makan apa kan)
sekian,
ilal liqa'
Social Icons