tiada semangat kesukanan?

Thursday, 24 August 2017

Assalamualaikum,
sekarang famous dengan SUKAN SEA kan? aku bersemangat jugak tengok tv masa hari pembukaan hari tu. yang banyak persembahan unik tu walaupun aku cuma jeling2 dan duduk depan tv beberapa minit. LOL.

aku adalah seorang yang pasif. aku rela duduk dalam rumah mengadap buku dan study dari bersukan. hahahha. bagi aku best sebenarnya bersukan nie, TAPI, aku nie jenis lemah(?) yang sangat tak sesuai untuk sukan. hahhahaha. tapi sebenarnya aku okay je bersukan. paling aktif masa zaman sekolah menengah la. pernah join sukan bola jaring untuk setahun dan taekwando untuk beberapa tahun walaupun masih bertali pinggang putih. hahhahaha memang takdak courage la nak upgrading. sebab tu aku rasa, sukan is not for me. walaupun ada masa, memang aku enjoy layan jugak bersukan nie. 

sukan dan semangat kesukanan?

walaupun aku tak bersukan, aku layan sosial media hari2 kot, layan berita terkini. dan sekarang banyak cerita pasal SUKAN SEA tu la. setiap hari ada je benda yang lalu kat wall fb dan twitter, berita2 yang menarik pasal SUKAN SEA nie. aku yang taklayan sukan sangat pun ada jugak tertarik nak baca.

aku happy bila ada atlet Malaysia yang menang. walaupun aku tak follow langsung sukan2 tu. hahahhaa. aku baca terus kat media sosial. 

aku sedih bila ada berita pasal fan Malaysia yang over dan ada yang kutuk Malaysia. aku follow jugak beberapa kes. baca media sosial. sedih sangat rasanya bila ada yang kutuk Malaysia. yang certain rakyat Malaysia pun ada yang jadi batu api. macam nie ka semangat kesukanan yang kita ada? SMH.

hati2 dalam share dan menulis benda2 yang melibatkan negara kat media sosial. jaga adab, bahasa kita. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. amalkan RUKUN2 NEGARA. hehehehe

dah nak menyambut hari kebangsaan dah nie. Malaysia Boleh :)

aku harap la semangat kesukanan dan hubungan baik antara negara2 yang bertanding kekal membara sampai bila2. 

p/s : jarang aku post pasal berita semasa nie. hahahhaha tetiba bersemangat kan. nota untuk aku sendiri jugak. manatau satu hari nanti aku tetiba lupa diri. 


🏇🏇🏇🏇🏇🏇🏇🏇🏇🏇🏇

siapa rajin layan SUKAN SEA sini? follow up tak berita2 SUKAN SEA dan apa berita yang menarik perhatian korang? share sikit :)


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

22 comments

  1. kann, skrg ni asyik nak gaduh dengan negara jiran je. perang keyboard.. Saya layan netball match hritu fuh puas hati bila pasukan Malaysia menang, Alhamdulillah.. Smooth je diorg main. Game lain kekdg saya tgk jgk kat fb astro arena tp tak setekun tgk match netball la ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pasal perang keyboard tu memang sedih la baca komen2 yg mengecam apa semua. BV tak tengok pun dorang main, cuma baca berita je. hahhahahha.

      Delete
  2. Betul BV serious sekarang mcm buli cyber berleluasa, orang buat salah kutuk habis-habisan, orang menang pun kutuk, orang kalah pun kutuk, kutuk negara lain, bahaya betul dunia media ni tak boleh dijaga. #bangkitbersama #sayasukasukan XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang budaya kutuk mengutuk tu dah jadi biasa kot. sedih tengok benda macam nie jadi, zaman je makin maju, akhlak makin kebelakang T^T

      #BVsukasukantapitakbersukan LOL #risetogether

      Delete
  3. totally out for the sukan sea. paling sik best, banyak jalan jammed olehnya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juak baca pasal ya. banyak yg layan sukan sea kali tk nak, semua berebut masok stadium :D

      Delete
  4. den takleh naklayan sebab tv problem (why now whyyyyyy) so kalau update pun tunggu dekat twitter je :') hahahahahahaha sejak masuk sekolah menengah memang malas ya ampun walaupun dulu main netball XD

    bila masuk uni je berjinak-jinak dengan silat, kalau tak memang takde apa lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang sedih tv problem. BV ada tv pun kurang layan. hahhahaha so, memang selalu baca update kat twitter n fb. sama la, malas jugak nak aktif walaupun join kelab sukan bagai. weheheh :D

      all the best! aktif2 selalu :3

      Delete
  5. I am a sports lover :D teringin nak pergi tengok live kat stadium tapi tak de rezeki this SEA games ni. just tgk mana yg mampu kat tv ajeee.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, nie mesti lagi bersemangat layan suka kat stadium kan. maybe next sukan sea boleh layan kat stadium. tengok kt tv pun dah berdebar2 apatah lagi kat stadium, mesti meriah :D

      Delete
  6. Akak pun baca sikit-sikit je. Malas nak baca benda-benda negatif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, BV pun baca lalu2 je sambil baca komen2 XD

      Delete
  7. minat jugak sukan... tapi loni xsempat nak tengok.. busy duk jaga mil sakit,

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan berita2 kat fb dan blog pun boleh. BV pun kurang jugak nak tengok sukan kat tv. harap la ur mil cepat2 sihat :)

      Delete
  8. kmk pun sik suka nak bersukan hahaha paling kmk bencik eh mun hari sukan time sekolah menengah dolok. dah wajib datang & ambik apa2 acara tapi kmk berusaha bena2 untuk escape ambik acara hahaha so dari form 1 sampei form 6 sik pernah ambik apa2 acara. tapi kmk suka lah main bola jaring, ya pun kadang2 jak haha

    kmk sik brapa catch up dgn berita sukan sea tok >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha pahal kita sama ka? kmk dolok nang malas mok join acara2 sukan sampey dak kawan2 pun nang dah tauk XD mun main2 camya jak okay la :D

      kmk catch up dari twitter n fb jak XD

      Delete
  9. Kak Hana tak minat sukan, tapi tetap teruja masa tengok berita Malaysia menang pingat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun takberapa layan sukan tapi memang terasa jugak teruja bila ada berita pasal Malaysia menang :D

      Delete
  10. Suka bersukan tapi malas nak tengok kat tv... Kikiki... Nak join baru best...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/25/pemakanan-untuk-penghidap-cyst-yang-sedang-hamil/

    ReplyDelete
  11. busyra tak minat sukan2 ni.. diri sndiri pun x bersenam.. haha.. pemalas!

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!