july 2017 | stories x my life

Wednesday, 2 August 2017

Assalmualaikum,
cepat je masa berlalu. dah bulan ogos. so, nak buat la post summary pasal bulan July 2017. kalau ditanya kenapa aku buat post macam nie tiap bulan? jawapannya, sebab aku nak appreciate everything in my life. ada masa aku sedih, aku throwback balik la bila baca post2 bulan2 lepas pasal apa yang buat aku happy. hahahhaha. macam poyo je kan, tapi memang berkesan la untuk aku. kira ambik positive vibe dari posts di blog sendiri, sebab tak sepanjang masa kau happy. 

ok, let's begin!

bulan nie banyak keluar ngan mak dan nenek. tiap minggu rasanya. sebab banyak benda kena settle kan. selalunya aku malas je nak keluar rumah, tapi mengenangkan kalau keluar boleh la ambik udara hapak kat market jap. hahahhaha. k. chillex je la tengok perangai orang lain. takkan nak terperuk kat rumah je kan. walaupun aku suka terperuk kat rumah.  


dah start bullet journaling secara official. aku isi bullet journal tu secara monthly je. sebab dah ada planner aka journal untuk isi tiap hari. isi pasal 'highlight of the month', 'favourite', 'goals', 'grateful' dan lain2. macam2 boleh buat dengan bullet journal nie, jadi expenses tracker dan amal tracker pun boleh. be creative, cewahhh. 


pizza bunpizza
potato wedges gorengpepper sweets
makan seminggu sekali makanan macam nie boleh la kan. tetiba craving pizza. beli yang kat bakery biasa2 lagi sedap dari pizza hut, opss. hahahha. sebab pizza hut aku baru sekali je pergi. tu pun dah bertahun berlalu. lepas makan potato wedges goreng makan dengan mayonis dan sos cili tu, keesokkannya, jerawat masak kat bawah hidung. hahhahahha. besar pulak tu. obvious kan, apa yang kita makan memang nampak kat muka. jangan lupa minum banyak air kosong. minum secukup rasa la. terlalu banyak pun takboleh jugak.

dannnn, 
hari tu masa keluar ngan mak dan nenek, sempat singgah kat satu kedai jual souvenirs dari sarawak (orang sarawak sendiri pun masuk kedai souvenirs sarawak). banyak benda best aku nampak macam keychain, postcards dan so on. kalau ada rezeki, nanti boleh la beli dan buat giveaways kat blog. hehhheee. sebenarnya nak cerita yang aku beli gula2 lada. hahahhaa. sebab nak jugak merasa kan. bagi aku, okay la rasa dia sebab ada rasa peppermint dan sedikit pedas lada. bagi ngan adik2, ada yang kata tak sedap dan bagi balik kat aku. wahahhaha.  


takboleh nampak cermin besar dan clear sebab mesti nak selfie. ok. baju tu yang aku beli kat sgshop, baca post SINI. muat2 je. aku ingat bila pilih saiz L ada effect oversize sikit. hahhahaa. k.

#RoadToKonvo, hari Sabtu nie aku konvo. jumpa balik coursemates dan roomates. taksabarnyaaa.  tapi ada kawan2 yang tak dapat datang. sedih jugak la rasa. apa2 nanti la aku update kat blog kalau berkesempatan. Khamis dah berlepas ke Mukah. 



🍕  JULY FAVOURITES!  🍕

MOVIES ;
📺 Okja (2017) | aku memang teringin tengok movie nie lepas tengok iklan kat youtube, movie nie boleh tengok kat netflix, tapi aku download kat website lain. happy tak terkata lepas download. hahahhaa. bagi aku movie nie best jugak la, pasal khinzir mutan, first tengok iklan mati2 ingat benda tu HIPPO, badak, lebih menyerupai badak. ada jugak scene yang membuatkan aku hampir berjujuran air mata. 

📺 Fantastic Beast and Where to Find Them (2016) | lama dah nak tengok movie nie!!! cuma takdak peluang dan taktau nak download kat mana. terjumpa website download movie best terus cari movie nie. best jugak!! suka watak lelaki yang suka kumpul dan bela macam2 jenis beasts tu. tengok lama2, hensem pulak. hahhahahahha. k. suka magic2 nie, teringin nak tengok dia pergi jumpa harry potter, sama timeline kan. 


ANIME ;
🚩 Boku No Hero Academia S2 | aku memang dah follow anime nie masa mula2 keluar. sekarang masih ongoing. anime nie buat aku happy, ada jugak mentions pasal anime nie dalam post yang lepas2. walaupun aku ada baca manga dia, yang jalan cerita sama dengan anime, tetap excited menanti episode baru tiap minggu. suka dengan semua OST dia. plus ultraa!

🚩 Uta no Prince Sama (UtaPri) | hahahhaa akhirnya aku layan jugak anime nie. baru season 1. best laaaaa. suka suara Ichinose Takiya (Mamoru SAMAAAAA~). hensem2 semua, walaupun ada watak macam cringey sikit. tapi takpa la anime. 


SONGS ;
layan lagu2 BTS berbagai version kat youtube. aku banyak layan dari creator R E V E R I E. dia banyak buat lagu jadi CLOUD VER, MAGICAL VER, RAIN VER. dan banyak lagi. lagu2 yang rancak2 pun jadi soothing je bila dengar. my fav is SAVE ME (BTS) in Cloud Ver. 

GAME ;
memula aku addict dengan game BON BON CAKERY sebab boleh buat cake resepi sendiri lepas ada bahan. tapi lama2 bosan pulak sebab macam takda improvement. main pun biasa2 tunggu customer beli, train staff, promotion dan sebagainya. pastu uninstall. download HOTEL STORY pulak. best jugak. boleh besarkan hotel, susun2 kawasan2. macam2 la. excited main game nie sebab excited nak menanti hotel membesar. LOL. kalau ada siapa yang layan game nie boleh la add aku ye. nama bivichan. 

officially a RAVENCLAW~
dua tiga kali test, jawapan sama keluar walaupun kat lain2 website. last website test kat pottermore.com, so kira official dah kan. hahahhaha

ok, done. 

benda best yang korang makan, tengok, layan bulan JULY nie pulak apa? share sikit
Hogwarts house korang pulak apa?

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



💁 ads | KFC bucket murah


15 comments

  1. Gula2 lada dia ada rasa macam wasabi tak?

    haha bullet journal tu BV bawak pergi mana2 ke?

    kat website pottermore tu, nak click mana nk check kita group apa?

    hanisamanina.com


    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasa menyengat macam wasabi. ada rasa minty dan pedas lada sikit :D
      yup, bawak kemana2 je hahaha :D
      knea login dulu baru boleh check :)

      Delete
  2. Selamat berkonvo.. jom terjah entri ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html

    ReplyDelete
  3. hari tu tengok filem Life. best jugak lain dari filem alien yg lain

    ReplyDelete
  4. samalah tengah layan Boku no Hero Academia S2.

    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete
  5. Bestnya ada planner! Selalu tengok kat Youtube diorang buat planner, tapi tak terbuat buat haha.

    ReplyDelete
  6. wonder macam mana rasa gula2 tu.... xD

    ReplyDelete
  7. wahhhhh journal ! ana pon suke tgk cecantik aje kat ig.
    geram tengok diorang2 buat planner masing2.

    gula-gula lada ? tak pedas ke BV? berangin mcm mint tu je ea?

    haah betul2 ana pon suke beli pizza kat kedai bakery biase je hehe

    wahhhh selamat berkonvo BV! =)

    ReplyDelete
  8. Tahniah ~~ Selamat berkonvo :)

    ReplyDelete
  9. waaahhh not fair.... TT^TT dulu buat dapat Sly.. second dapat Ravenclaw Happy gila... pastu lain2 buat banyak kali, dapat Hufflepuff.. but m proud tho O.O ahahahaha

    nyesal bukak post ni.. alih2 nampak makanan TT^TT and I really need a collection of that kawaii tape TT^TT

    omgggggg... ingatkan BnP tadi.. ahahahahaha.. nasib Boku no Hero Academia XD mmg best cita tu <3

    ReplyDelete
  10. Suka Siqah tengok bullet journal BV. tengok jela, Siqah rasa x mampu lagi nak guna journal secara berterusan. Hihi.

    Baru je habis baca manga Koe No Katachi. Best! baca dalam masa dua hari je kat pejabat. Hihi. Nak tengok anime dia jugak!! Tak sempat lagi. Hii.

    Siqah pun suka buat Month Wrap Up jugak. BOleh nanti baca balik apalah yang jadi dalam hidup ni. Hihi.

    "ambik positive vibe dari posts di blog sendiri" ~~ Agree! :D

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!