favourite things | washi tapes

Friday, 19 May 2017

Assalamualaikum,
hello earthlings! rasa macam rajin je nak update blog. banyak benda aku nak cerita. tapi tu la, nak buat ayat tu agak membosankan sebab aku nie jenis suka ayat hiperbola, kekadang rasa menyampah dengan ayat sendiri yang memang hanya propa je lebih kan. tapi apa boleh buat, memang asalnya aku memang macam tu. eh. nie takda point nak cerita. (ayat makin jadi tunggang langgang. nangis la cikgu bm baca)

okay, kali nie nak cerita pasal benda yang aku suka.
aku suka stationeries, alat tulis, buku nota, WASHI TAPES. 
aku suka mana2 benda decorative, artsy dan cute.
tanda aku adalah seorang gadis yang tipikal. hahahhahha

 kalau ada yang gembira bila terima hadiah macam makanan, makeup dan sebagainya. aku gembira kalau ada yang bagi stationeries dan buku. hahhahaa. serius. semestinya kau gembira bila ada yang hadiah something yang disukaikannnnnn. tipu la kalau tak gembira bila terima hadiah. 


kegunaan washi tapes untuk aku nie banyak sebenarnya. tapi buat masa sekarang memang untuk journaling dan planning. untuk hias planner je. dan aku rasa aku nak start bullet journaling. nanti aku buat satu post kalau dah start.

aku rasa, ramai je stationeries addict yang memang suka kumpul dan buat collection pelbagai jenis washi tapes. aku pun teringin nak kumpul washi tapes banyak2. tapi slow2 je la sebab ada yang mahal dan aku beli yang murah2 je dulu. aku suka washi tapes sejak sekolah menengah. sebelum tu aku memang dah suka dengan tape plastik yang ada macam2 corak tu. tapi washi tapes lebih menarik sebab senang koyak dan tak perlu penat2 guna gunting kalau malas. nak cari gunting pun kekadang jadi satu hal jugak bagi aku. hahahhaa



what is washi - Washi (和紙) is a style of paper that was first made in Japan. Washi is commonly made using fibers from the bark of the gampi tree, the mitsumata shrub (Edgeworthia chrysantha), or the paper mulberry, but also can be made using bamboo, hemp, rice, and wheat. (wikipedia)


kegunaan washi tapes nie kebanyakkan untuk decorations, menghias. 

🌵 hias planner/scrapbooking/journaling

🌵 hias benda DIY kotak, gelas, botol, etc

🌵 kekadang pun ada yang guna washi tapes untuk dijadikan lukisan tampal. (tak perlu pakai gam dah, beli washi tapes berwarna, koyak2 tampal2 jadikan lukisan)

🌵 sebagai hadiah untuk stationeries addict macam aku. hahhahaa

🌵 banyak sebenarnya, malas nak taip2 satu2, so secara generalnya memang untuk menghias la. 


🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵🌵

kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku kira hanya beginner dalam kumpul washi tapes nie, collection kecik2 je. dah tu kekadang sayang gila nak guna. hahahhahaha

so, siapa suka washi tapes jugak? 
sama ler kita :3

see ya when i see ya lah,
sekian,
ilal liqa'



14 comments

  1. 2 tapes oone set masking tape yg dlm kotak tu awak beli kat mna ? saya suka tgk bnda-bnda cm ni gak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat kedai stationery biasa2 je. BV pun suka jugak benda macam nie. hehhehe :D

      Delete
  2. Masing2 ada minat tersendiri..macam saya la...saya suka duit lama..tapi dapat kumpul sikit je....mak kata,watpe la kumpul kan....yela,,mne thu pelaburan untuk masa akan datang ke kan...
    klo dulu suka stem,sebab sekarang jarang dapat stem dah stop dah.kalo dulu suka buku,sekarang still suka,tapi kekangan duit menghalang.hahaha

    kalo bole mcm2 hobi nak ada...
    hobi terkini,buat kraft daripada tanah liat (air dry clay) dan keychain drpi perler beads.pernh dengr tk?


    jemput singgah..ada contest lazada http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. sy suka benda comel so washi tapes pun consider as benda yang comel haha samalah kita rasa macam tertarik nak start bullet journal!

    ReplyDelete
  4. lamanya tak melawat BV.. rinduuu. hehe. btw cute nya la tapes tuuu. hehe

    ReplyDelete
  5. Comelnya washi tapes BV! Teringin gak nk beli washi tape ni tapi memandangkan saya xde planner so rasa mcm tak function je.

    Tpi i do love stationery yg comel2, haha saya suka gila masuk kedai buku sbb bnyk alat tulis comel. Pastu slalu kumpul buku nota comel2 xD ni pun dlm plan lagi nk beli buku nota kt shopee, situ murah2! <3

    ReplyDelete
  6. kmk salu mun pegi bookstore nampak benda tok mesti lamaaak pikir sbb balit kelak mun dah beli bukan maok pakei pun sbb takut habis ya sik maok pakei hahaha mun notebook salu kmk beli,nampak nak cute ajak trus ambik :D

    ReplyDelete
  7. Airah selalu jgk tgk washi tape ni kt kedai tapi xprnh beli lagi.teringin jgk nk guna sbb bru jinak2 dgn planner semua ni hehe

    ReplyDelete
  8. Ada jugak beli washi tapes dan sukaaaa corak warna cecomel, tapi selalunya akan beli sticky notes tanpa sebab. 😅😅😅 So, rasanya I'm more into collecting sticky notes kot compared to washi tapes. Hehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah beli washi tape sebab tak pernah jumpa pun hehe.

    ReplyDelete
  10. Haritu jumpa ig account jual washi tapes. Rasa tempted gila nak beli. Btw, you should really shares the decorating stuff you've done with these. Kasi ilham sikit. Ingatkan washi tu just like some fancy words je, rupanya bahasa jepun.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  11. kalau tetiba datang mood rajin tu, pandailah tangan tu nak decorate tapi hasilnya... semak 😂

    ReplyDelete
  12. dah lama dah tak beli benda alah ni. Masa dulu dulu rajin deco diary dengan tape ni. For me it looks vintage tho . Kalau frauananas, suka pen colour colour :p lagi lagi yang got glitter tu. rasa macam dreamland angats bila menulis. kay bye hahahaha

    ReplyDelete
  13. Comel washi tapes BV! Adalah tetiba projek BV nanti kang dengan washi tapes yang ada tu. hee. Siqah tak pernah beli washi tapes. Ada beli snicker notes je. Itu pun tak habis sampai skrg. Hahaha.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!