Assalamualaikum
dah beberapa bulan aku memegang lesen P untuk kereta. dan dalam beberapa bulan tersebut ada pelbagai pahit dan getir aku lalui sepanjang menjadi pemandu kereta. tak seberapa umum mengetahui yang aku jadi pemandu tak official untuk family. hantar adik2 aku sekolah tiap hari isnin hingga jumaat.
banyak benda aku nak cerita nie. bersedialah dengan popcorn ditangan dan mungkin sebotol air untuk mengelakkan dehidrasi lepas membaca post yang penuh ranjau ini. cewahhhh. hahahhaha kidding. tapi taksalah pun kalau korang nak buat. ayat nie saja sebagai pemenuh ruangan entry supaya tak kosong sangat. nampak sangat macam konspirasi penulis. ehem.
okay.
serius aku kata, bukan senang menjadi pemandu kereta manual. macam tak percaya, mula2 aku memandu dulu2 punya la bengap. rasa nak menangis jangan cerita la. banyak kali. banyak kali beb aku rasa nak menangis dalam kereta. masa tu beginner lagi. tiap pagi nak hantar adik sekolah kena bangun pukul 5 lebih. taknak lewat sebab kereta banyak.
aku ingat lagi, naik bukit, kat satu kawasan perumahan awal pagi dalam pukul 5 nak hantar adik pergi sekolah, tengah naik bukit, kereta mati tengah jalan dan terundur kebelakang siap langgar divider/batu rendah tepi jalan (tayar je langgar, sebab divider pendek kan). nasib baik takdak kereta lain kat belakang. masa nie serius rasa nak menangis. tapi chill, i'm cool person. wuhuhuhuhuhuhu. kereta okay.
hon takpayah cerita la. banyak kali kena. kena hon sebab makan jalan orang. kena hon sebab lambat jalan kat traffic light dan simpang. kena hon sebab salah laluan kat traffic light (aku nak belok, tapi tersalah laluan kat tengah dahlah kereta paling depan, terpaksa berhenti siap kena hon berkali2 sebab tak jalan2). masa nie banyak kali dah aku rasa nak give up dalam driving. tapi kalau aku tak drive siapa nak hantar adik2 gi sekolah kan? dalam masa tersebut, aku tak berani nak drive jauh macam ke pasar ke apa, sebab kereta banyak dan aku tak berapa pasti laluan mana. takut menganggu laluan pulak kan.
pernah terlanggar apa2?
pernah. tak sengaja terlanggar pokok bonsai pakcik aku kat depan rumah dia masa nak reverse, masa tu tak berapa pandai reverse. nak pergi bahagian kanan, tetiba ke kiri, masa tu kat kiri ada pokok bonsai, mulanya tak kisah sebab ingat ada daun je kan so langgar je la daun2 tu, padahal ada batang sekali dan kemek lah sikit kereta bahagian kiri. hahahaha (sedih sikit hahaha nie)
sekarang, aku dah lebih berani sikit (still ada sikit tu kan. hahhahaa). aku dah boleh potong kereta lain. aku dah berani potong motosikal. sebab dulu aku takut nak potong motosikal. dia slow aku pun slow jugak. aku berani sikit nak pergi pasar yang banyak kereta. aku dah tak berapa kisah orang hon (tapi kena kisah jugak takut ada apa2 kan).
walaupun dah okay sekarang. ada jugak benda yang tak beberapa okay aku hadapi.
macam masa aku memotong di laluan kanan laju dalam 60-80, satu lori di laluan kiri nak memotong sama, siap adik aku kata dia boleh gelak lagi kat kitorang dan memotong tak bagi signal kat depan aku. geram la memang geram. tapi chillex je. itu hal dia. asal aku memandu dengan selamat.
dan laluan simpang yang kecik.
kat laluan simpang yang kecik, ada kereta nak masuk dan keluar. kereta nak keluar berhenti di simpang, kereta nak masuk susah sebab laluan kecik, tapi boleh je sebenarnya. aku selalu nervous kat bahagian nie sebab kalau nak belok lebih2 stereng kereta tu keras. hahahhahaha. so selalu bila aku nak belok mesti muka pemandu yang berhenti kat simpang tu nervous jugak sebab dekat sangat. hahahhaa. pernah sekali, aku pandu macam kelajuan biasa (50-60), hari hujan. so nak belok kat simpang, rasanya aku brek macam biasa cuma lambat la, berdecit tayar kooooo, hahahhaaha, nasib baik tak terlanggar kereta berhenti kat simpang tu. pengajarannya, kalau hari hujan, bawak kereta slow2, brek awal2 kalau nak brek. jangan rasa terer sangat dah kalau dah pandai bawak laju2 :D
aku cuba memandu secara berhemah.
aku layan driver/rider di jalan raya seperti aku nak dilayan. saling hormat-menghormati. considerate.
kalau ada driver yang lambat dijalan raya, aku okay je. maybe sebab dia beginner, sebab aku pun pernah jadi beginner jugak. masa tu berani bawak gear 3 je, tak lebih dari 40kms. tapi kalau lambat dijalan raya siap sekejap2 nak brek sebab nak main handphone, rasa geram jugak. tapi tu hak dia maybe ada sebab. asal dilaluan yang betul.
kalau ada kereta lambat di traffic light pun aku okay je, sebab maybe dia beginner, kereta mati2 tiba2 kat traffic light, aku pernah rasa. kalau lambat sangat lebih seminit, hon je, maybe dia tertidur atau taksedar. kekadang hon bukan marah, tapi nak tegur kan. aku pun sebenarnya tak berapa suka kena hon, tapi kekadang orang hon nie untuk mengingatkan. tapi kalau hon tanpa sebab tu tak guna namanya. hahahhaha. kekadang ada jugak yang tak sengaja kan. be positive. aku belum pernah lagi hon orang. teringin la jugak. hahhahahahhahahhaa
bagi semua yang baru memandu dan nak ambil lesen kereta. jangan give up ya. begitu jugak ngan aku sendiri. sebab aku masih rasa, bukan mudah nak jadi pemandu berhemah nie. T^T
bagi driver pakailah tali pinggang di seat anda bukan tali pinggang di pinggang sahaja. hahahhahahah (lame joke). dan rider, pakai helmet tu pakai betul2, ingatlah orang yang tersayang.
aku masih lagi memegang lesen P. so kena memandu dengan berhati2 la. tak kira korang dah pegang lesen apa pun, kena la memandu berhati2. sebab kat jalan raya bukan hanya ada nyawa korang, tapi nyawa orang lain.
sebelum apa2 baca bismillah dan doa semoga dipermudahkan segalanya. inshaALLAH :)
sekian saja dari pemandu berlesen P.
so, korang driver/rider berlesen tak?
memori sepanjang jadi driver/rider apa yang korang paling ingat? share ler.
sekiaannnnnn~
Social Icons