should i compare myself with others?

Sunday, 15 January 2017

Assalamualaikum
lama rasanya dah tak buat post tentang motivasi untuk diri sendiri. wuhuhu. sebab selalunya aku nie jenis kurang bermotivasi. kekadang memang perlu motivasi untuk diri sendiri


should i compare myself with others?
patutkah aku membandingkan diri dengan orang lain?

aku rasa, sikap suka membandingkan diri dengan orang lain nie memang takkan lari dari diri kita. jujur aku katakan, aku memang selalu bandingkan diri aku dengan orang lain. paling selalu, aku bandingkan diri aku dengan orang yang lebih baik, yang ada kehidupan yang lebih baik, kaya, cantik, bijak. outputnya, yang buruk, kekadang aku jadi manusia yang tak reti bersyukur dengan apa yang ada, aku mengeluh dengan apa yang terjadi, dan berangan alangkah bagusnya kalau aku ditempat someone itu.

THATS THE BAD THINGS bila aku compare diri aku dengan orang yang lebih baik dari segi kehidupan, kekayaan tersebut. dari segi baiknya, aku ada rasa nak improve diri sendiri. aku ada alasan nak jadi lebih baik dari diri aku yang sekarang. 

comparison is not a bad thing after all. 
bila terpandangkan orang yang lebih susah. rasa kena stab right in kokoro (heart), betapa aku patut bersyukur dengan apa yang ada, betapa bertuahnya aku dapat kehidupan yang lebih baik dari mereka yang susah2. aku patut rasa lebih bersyukur atas nikmat yang dikurniakan olehNya.

walaupun susahnya aku rasa sekarang, akan ada yang lebih susah. 
so, bersangka baiklah dengan penCipta.
akan ada the right moments for happiness.

kesimpulannya, 
perbandingan? ada baik dan buruknya, depend dengan diri kita sendiri macam mana. nak jadikan sesuatu yang positif atau negatif. elakkan hasad dengki dan over jealous sebab tu salah satu penyakit hati.

aku malas nak bagi nasihat 'jangan compare diri dengan orang lain' sebab, kita memang tak lari dari benda tu. jadi nak nasihat je, tukar minda tu jadi positif, compare boleh, tapi jenis positif le kan. yeahhh~

peringatan bagi diri aku jugak.
sebab aku sedar, yang bila makin berusia diri nie makin banyak benda yang aku tengok, dan makin pelbagai perasaan yang aku rasa. kekadang rasa semakin menipis sikap 'innocent' dalam diri. aku bukan lagi budak polos yang takfaham pasal kehidupan. so, aku memang nak jadi se-positif yang boleh la selagi ada masa menempuh kehidupan ini. cewahhhh. (ehem, tapi dalam positif pun kena beringat jugak)

done. self-motivation?

p/s : satgi blogwalking. mood blogwalking KELAUT minggu nie T^T

40 comments

  1. haa betul tu. lagi satu, when i compare myself with others (especially yang lebih pandai in studies) it'll make me feel like studying more to prove myself yang I can do what those people can too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan2. kekadang memang ada kebaikan compare diri dengan orang yg lebih baik dari kita, ada rasa nak improve :D all the best for you :)

      Delete
  2. hurmmm. compare.... dari segi positive tu boleh lah . tapi mun dari segi sik positive ya elak2 jak lah hoo :D

    mun compare sapa kacak gik ya giney haha... kmk selalu compare mana nak penting jak.. selalunya kmk just buat yang terbaik nak jadi yang lebih baik dari kmk yang sebelum tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bena ya, positif ya boleh la terimak, nak negatif ya moga dielakkan la. :D
      compare ngan dirik ka? hahahha. aok, compare nak penting2 jak la, inshaALLAH mun kita positif ada jak benda bait jadi. :)

      Delete
  3. Betul tu BV. Kadang2 memang tak nak compare dengan orang lain, tapi nanye akan compare jugak tanpa sedar. Harap kita boleh jadi sepositif yang mungkin. Yeahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. memang kekadang dalam keadaan sedar tak sedar akan compare jugak kan. inshaALLAH boleh. spread positive vibes~ :D

      Delete
  4. Comparison do makes us stronger to have a change but hopefully in a positive way.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh, that's the good thing about comparison :)

      Delete
  5. Kita manusia tak lari dr mbandingkan diri kita dgn orang lain tp tak boleh sampai kufur nikmat... Apa yg kita ada tak semestinya orang lain ada dan apa yg kita ada itu adalah keistimewaan buat diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. :) sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. ALLAH maha adil kan. nice one sis! :D

      Delete
  6. betul tu, sikap suka compare diri dgn orang lain tu memang tak dapat nak elak especially dalam pelajaran. but the better thing is compare ourself with our old-self supaya boleh berubah kepada yang lebih baik, mengikut kemampuan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kekadang ada baiknya compare diri nie. :)
      so kena pandai jadi positif la, kalau jenis compare tapi takbuat apa2 takbagus jugak. right, kena ikut kemampuan diri jugak.

      Delete
  7. agree, benda2 camni memang susah nak apply as it takes time. comparing is good if we look it in a good view, but don't let the comparison demotivated us. everyone has his own good and bad :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. setuju jugak. walaupun ambik masa, asal kita positif je kan. :) kalau dilihat positif memang baik la jadinya, kalau negatif lak sebaliknya.

      Delete
  8. Ya,kita memang tak dapat lepas daripada membanding hidup kita dengan orang lain. Malangnya,kita selalu bandingkan diri kita dgn orang yg lebih tinggi dari kita,bukan dgn orang yg lebih rendah dari kita. Bukan nak menghina org yang serba kurang,tapi kita kena jadikan orang yg serba kurang tu sebagai satu tanda aras yg kita lebih beruntung dri dia (*tapi jangan sampai sombong/riak pula) .

    kadang2 kita sibuk sangat bandingkan orang itu dapat lebih,bila la pula giliran kita dapat itu. Cth paling senang : Kahwin. Orang itu dah kahwin kita bila pula? Mungkin , ada sesetengah perkara,ditunda dahulu oleh Tuhan sebab yg lambat itulah yang terbaik buat kita. Kita kena bersabar,dan teruskan hidup. Jangan dipaksa dulu,tapi tak salah kalau nak berusaha utk ke arah itu. Apapun perancangan semua kita jalankan,hasilnya Tuhan yg muktamadkan.

    Risau pula bila kita dah banding2 ni,timbul rasa dengki dengan apa yg orang lain ada. Bila dah berdengki,itu tanda hati kita dah sakit. Bahaya tu. Hati pun rasa serba tak kena,hidup tak tenteram.

    Dan susah juga nak ubah perbanding kita dgn hidup orang lain secara positif. Ya la,syaitan ni suka sangat cucuk2 kita. Buatkan kita rasa sangsi dengan takdir Tuhan. Tak guna betul.. huhu. Maka,bila ada kelapangan waktu,usahlah kita terlalu mencari2 cerita hidup tentang orang lain. Tapi kalau tak dapat tahan diri juga,positifkan lah tentang apa yg kita nampak walaupun sukar.

    Sorry BV,kalau komen kita mungkin terkeluar dari topik yg BV sentuh. huhu

    Sekian. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kekadang bila bandingkan diri dengan orang yang lebih susah, dan kita lebih beruntung bukan bermaksud nak riak ke apa kan, just nak bersyukur dengan apa yang kita ada.

      setuju2. kita hanya mampu merancang Tuhan yang tentukan. bersangka baiklah dengan Pencipta kan. :)

      dengki pun satu hal jugak, tu la betapa pentingnya tengok nilai sesuatu yang positif bila dalam situasi macam nie kan.

      memang kerja syaitan menyesatkan dan memporak-perandakan hidup manusia. kannn, ada jugak bila masa kita rasa sangsi dengan takdir dan mengeluh la apa la. T^T istighfar la slalu2. moga dipermudahkan segalanya yg kita lalui dalam kehidupan nie.

      no problem. kira masih dalam topik nie. hhehehe :D thanks!

      Delete
  9. setiap orang jalan hidupnya tak sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena mensyukuri nikmat yg dikurniakan :)

      Delete
  10. ade baik dan buruk nye bile kite compare kan dengan org lain
    seeloknya jadikan sbg persaingan yg sihat & motivasikan diri jdi lebih baik dr dia

    xx www.atheeradayana.com xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2. jadikan sebagai persaingan sihat dan motivasi diri, diri sendiri je boleh ubah diri kan. :)

      Delete
  11. THUMBS UP! XD semuanya bergantung pada macam mana kita nak view satu situasi ihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. thumbs up jugak :D
      betul tu, semua bergantung dengan diri sendiri. nak jadi positif jadi la :D

      Delete
  12. fuh! kadang benda ni saya pun xleh nak elak...kadang time busy, biasanya saya akan lupa pasal semua benda ni. that is why i love to make my self busy...hahahhaha...alasan dia sebab tak nak fikir benda macam ni.
    tapi tulah, bila masanya even busy pun tak dapat jadi penghalang untuk semua ni..
    semua dengan erti kata compare diri dengan orang, rasa loser, rasa xberguna dan macam2lah...
    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, busy adalah antara salah satu cara nak lupakan masalah kejap. memang benda nie kekadang takboleh dielakkan, kita memang taklari dari compare diri dengan orang lain. tu la pentingnya pandang sisi positif dalam certain benda. hehhehee. kekadang ada jugak rasa macam loser dan sebagainya, tapi tu la, kena pandai pujuk diri. T^T

      Delete
  13. i always embrace the embarrassing things about myself so i dont really think about how others are better than me or yadda yadda.

    but i do felt like i am not good enough. but having to compare myself to someone else are kinda off point because obviously i'm different. everyone's different, in a good or bad way. either, we're still human. and we're never perfect. but we shouldn't stop striving for our best. so yeah, tu saja tazkirah sy untuk petang yg sejuk ini (hujan). sekian tq~

    hahahaha

    new: http://nothingmuchbutyeah.blogspot.my/2017/01/mirror-outfit.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. that a good things about u, u dont compare urself with others, but the bad things is u're seems to look down of urself. u shouldnt. like u said, human are never perfect so yeahhh, be confident okay. then, im agree! we should keep striving for the best and be strong and BE COOL. hehehe :D nice tazkirah ya. :D

      Delete
  14. Setuju dengan BV.
    Banding dengan yang lain memang perangai azali manusia, sebab tu kita boleh jadi spesies terhebat yang tinggal atas Bumi.
    Tapi masalahnya bukan pada perbandingan, tapi tindakan kita selepas itu.
    Kalau kita membanding lepas tu rasa down dan rasa tak guna, itu salah.
    Kalau kita membanding tapi lepas tu kita jadi bersemangat nak bersaing untuk jadi lebih baik, itulah yang eloknya. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tindakan selepas tu yang penting sebenarnya.
      yang menjadikan kita lebih baik, tu lah yg terbaik. cewahhh.
      patutnya, jadikan ia persaingan yg sihat la. :)
      betul2. :D

      Delete
  15. jangan selalu bandingkan diri kite dengan orang lain dik.. kite tak tahu, ade orang lain yg suke bandingkan diri die dengan kite plak.. be happy kay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. jangan selalu, tapi manusia memang taklari dari membandingkan diri dengan orang lain. :D be happy jugak :)

      Delete
  16. ya betul nak jadi positif bukan senag...lagi2 berhadapan dgn banyak mulut di tmpt keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, memang tabik la dengan orang yg boleh stay positif nie. sabar tu penting :)

      Delete
  17. kmk mg selalu bandingkan drik dgn org lain. nang selalu hahaha kadang2 rasa down lah juak,rasa drik tok sik berguna. agik2 mun ngga org yg dah ada kerjaya fuhhh jealous2. tapi gine nak molah,mun kita sik ubahkan drik & sik berusaha sampei bila pun sik kan berjaya. hahaha mcm nyindir drik jak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bena ya. kmk pun selalu juak rasa macam ktk. nang jeles la mun nangga siapa2 nak dah ada kerja tetap dan stabil jak kewangan. :D setuju2, mun sik ubah dirik nak sikkan dapat pa2. sama juak ngan usaha. benda bagus tk. kmk pun rasa mcm numpu ke dirik pun jak. hhahhaha. :D

      Delete
  18. saya pun selalu bandingkan diri dgn orang lain and yess, saya jadi kurang bersyukur sebab tu TT lepasni kena stoplah buat camtu, apa kata kita cari kelebihan pada diri kita yg orang lain takde kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, kena cari kelebihan pada diri sendiri. :D dan jangan selalu bandingkan diri. tapi tu la, kena fikir benda positif2 jugak. :)

      Delete
  19. bohong lah kan BV, yang kita ni tak pernah lari dari compare dengan org lain. busyra sndiri pun penah buat mcm tu. hmm. tapi bila fikir balik. ada yang lagi teruk dari kita. tetiba rasa bersyukur. hehe.

    ReplyDelete
  20. I agree with this .I also always compare myself with others . But, a positive comparison is good for us to move forward rather than have the bad intention right ?
    nice sharing dear =)

    ReplyDelete
  21. Bila kt banding2 dr ngan org lain akan membuatkan kt iri hati ... so kena berusaha lebih skit utk perbaiki diri kan ... hehehe

    ReplyDelete
  22. sameeee. I feel you guurrrll :(

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!