Assalamualaikum,
and hi virtual friends of mine. i bet some of you might know what the fish is this post about. yes you right *nodding my head several times. yeahhhhhh! it is finally happen! wohoohohohoho, i'm so excited to tell you all about thisssss. can you feel how EXCITED i am?! can you feel it? hahahaha
i won 1st runner up in
TRAVELOKA contest! i'm seriously can't believe i've win. 1st runner up pulak tu. ohhhhhh emmmm geeee. i'm such a lucky ass. hahahhaa. i'm sorry. my heart still 'excited' till this moment. okay, let's start some stories.
macam tak percaya nama BudakVanilla ada kat situ. wuhuhuh *lompat bintang*
9 januari 2017. isnin.
yay! kucing kami 'menyek' dah selamat melahirkan 3 ekor kittens yang super comel. aku siap dah 'book' sekor aku punya. wahahaha XD si menyek melahirkan kittens tu pada tengah malam, dah la bawah katil aku pulak tu. adik aku kata, masa si 'menyek' nak melahirkan anak2 dia, dia nie bangunkan adik aku yang nak tidur kat ruang tamu tu, menyek geselkan kepala dia kan belakang adik aku, dan kemudian dok tercongak depan pintu bilik, kira nak bagi hint la yang dia nak beranak dah, nak beranak dalam bilik. dah disediakan kotak kat ruang tamu, taknak masuk pulak. so, sekarang dia dan anak2 bermaustatin bawah katil kat bilik. :3
okay, let's get to main story.
awal pagi dah hantar adik2 pergi sekolah. aku tertidur. hahahhaa. dasar pemalas kan. pastu terbangun pukul 11 sebab nak ready ambik adik2 dah. masa tu, banyak notifications masuk kat handphone, aku lupa off data masa nak tidur. malas nak check satu2. aku biarkan je sampai la masa kat satu traffic light, lama jugak. baru terdetik rasa nak check notifications satu2. tengok kat fb, fellow blogger ada tag aku dan suruh bukak email. okay. lampu hijau. letak phone dan jalan dulu.
sepanjang perjalanan nak pergi sekolah adik2 aku tu, rasa berdebar lain macam sebab dah teringat tarikh pengumuman pemenang contest traveloka adalah hari isnin tu tadi. pastu berhenti lagi kat satu traffic light yang memang lama gilsssss (sebab 4 simpang 2 jalur). dan check. yeahhh, 1st runner up. gumbiraaaaa sangat walaupun takdapat grand prize. sabar dulu. diam je dalam kereta. takyah excited sangat. hahahhaa. pastu, sampai sekolah, aku bagitau mak yang aku menang contest traveloka dan akan dapat coupons untuk flights/hotels berserta cash.
mak aku tanya2 la jugak. macam mana boleh dapat dan so on.
aku tanya ngan mak, boleh tak kalau aku travel luar negara?
kau tahu apa jawapan mak aku???!!
mak aku jawab, nak pergi ngan siapa? dalam negara je takboleh? dalam sarawak je ke? mak kata, bahaya pergi luar negara. sambil tu dia mengeluh kata kalau arwah bapak masih ada, memang dia takkan benarkan aku pergi jauh2. nak pergi ke Kuching tu je pun dia taknak aku pergi sorang2. aku gelak je. sambil kata, macam mana nak 'venture' kalau macam nie kan. hahhaha. bila bagitau dengan adik2 aku, adik2 pulak excited siap pilih tempat mana aku patut pergi. sambil pujuk2 mak aku. look, how protective moms could be.
sejujurnya, aku masih menanti restu (macam nak kawen pulak. wakakkaa) dari mak sebelum decide nak pergi mana. mak pun macam dah okay je sebenarnya. tapi ada la beberapa plan dalam otak. tempat2 aku nak pergi.
of course aku nak pergi JEPUN. my dream destination!. tapi aku takberapa pasti budget cukup ke tak. sebab masih google mana yang sesuai sebab jepun mahal. eh.
atau KOREA. sebab kononnya barang di korea lebih murah dari jepun. so aku masih membandingkan antara dua nie. jepun atau korea.
atau dalam negara sahaja T^T
aku masih berkira2 dengan budget dan mencari TRAVEL PARTNER (untuk menggila bersama) dan plan travelling ala2 backpacking. kira travel dalam keadaan jimat la. bila dah ada teman, baru serious merancang destination, itinerary dan sebagainya. yeahhh, i'm looking for travel partners. sesiapa berminat please contact me through email. cewahh.
coupons tamat pada end of JUNE 2017. so i need to plan before that time. so, kalau korang ada merancang nak travel this year and start planning, feel free to let me know. nak ikottt. wahahhaha :3
so, korang nak travel kat mana? kalau ada peluang, nak tak jadi travel partner BV (BV adalah seorang yang super-easy-going) ? :3
Social Icons