random lah random

Friday, 25 November 2016

Assalamualaikum, 
okay ini adalah random post pasal life aku kebelakangan ini. well nothing much. malas nak buat post yang bertauliah. wahahhahaha. ada benda baik terjadi, ada benda buruk terjadi. yeahhh thats life. ada turun naik.

after a year trying, akhirnya adik aku yang batch 96 (setahun muda dari aku) bakal masuk diploma. walaupun result spm dia tak seberapa. tapi dia tak give up nak belajar. yeahhh. dulu masa lepas spm dia ambik sijil kat ipts dalam bidang oil and gas atas saranan arwah bapak. hebat. pastu dah habis setahun, masuk poli, dan sebab result spm dia agak kurang, dia terpaksa ambik pra-diploma (sains) selama setahun (2 semester). alhamdulillah, lulus dan berjaya masuk diploma in mechanical engineering. happy for you :3 belajar elok2. 

nijiro murakami as my phone wallpaper. my cute little cabbage roll. *cough cough* (nosebleed)

first time driving dalam keadaan jalan yang teruk, banjir, hujan

macam biasa, tiap pagi aku hantar adik2 pergi sekolah, sekarang kan musim tengkujuh, selalu hujan2. jalan raya yang menjadi laluan kemestian tiap pagi untuk hantar adik ke sekolah pulak dalam keadaan NAK buat jalan baru, sangat bagus. tapi yang sadisnya, jalan berbatu2 dan berlubang2. dan diwaktu pagi, maka banyaklah kenderaan lain nak turun kerja kan. sebagai driver beginner, agak nervous dan mengigil jugak aku lalu jalan macam tu dahlah hujan. kereta pulak bergoyang kemain rancak. mak aku kat sebelah mengucap tak habis2. adik2 aku senyap semua kat belakang. hahahhahaa. aku macam biasa, cool je. (padahal dalam hati, doakan semua selamat sampai). alhamdulillah, semua okay. 

beberapa hari kemudian, jalan yang sama, bahagian berlubang dan berbatu tu dah diturap dengan tar baru cuma belum complete kot. okay dah. tapi laluan yang lebih depan pulak banjirrrrrrr. whoahh, first time drive dalam banjir. seram nya aihh. hujan renyai2. semua kereta masuk laluan kanan sebab laluan kiri banjir agak dalam. mak aku macam biasa, berdoa kat sebelah, adik2 pulak suka tengok kereta lalu banjir. hahahhaa. aku memang berharap sangat kereta tak stuck kat tengah jalan sebab takut banjir tinggi sangat dan air masuk enjin bla bla kereta kancil kan. boleh tahan tinggi jugak banjir tu, nasib baik selamat lalu dan kereta okay. T^T

hari nie tadi, hantar dan teman 'orang nak sambung diploma tu' pergi medical check up kat klinik, dah sampai klinik, parking agak jauh, siap dah gores dan menang parking coupon lagi, tup2, isnin datang balik sebab jumaat takdak medical check up. berhuhu lah kita ye.

dan last day sekolah. happy aku. takpayah hantar dorang ke sekolah tiap pagi lagi. start cuti dah semua budak2. hahahhahaha. XD

aku taktau dah nak cerita apa. :3
semoga dipermudahkan urusan harian :)

sekian
ilal liqa'

31 comments

  1. hari ni pun mak ayah dah habis sekolah utk tahun ni, tapi diorg still ada masa kena gi kerja jugak T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh dedicated sungguh. :)
      sekolah dah habis utk budak2 je rasanya. cikgu2 dan pekerja still kerja lagi :D

      Delete
  2. Hebat la juga BV, Azwar ini lepas lulus lesen terus tak bawa kete. Lupa habis.. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun still a beginner :D kena selalu bawak kereta. nanti lupa :D

      Delete
  3. mun kmk nang diam & cool ajak time driving tapi dalam hati rasa mok nangissss huaaaa hahahaha tapi sikmaok tunjuk rasa takut lah konon tek hahaha semoga dipermudahkan urusan harian kita kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jak kita. mesti cool. tapi orang nak ngan kmk dalam kereta ya lebih2 jak. hahahhaa. inshaALLAH, semoga dipermudahkan urusan juak :)

      Delete
  4. Adik Mai pun baru nak masuk diploma Isnin nanti, hihihi. All the best tu adik BV.
    Seronok dah start cuti sekolah, meriah rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ye ke? thanks ya. :D
      memang meriah rumah kecoh dgn bunyi budak2 :)

      Delete
  5. semoga dpermudahkan jgk..selamat bcuti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya. inshaALLAH. selamat bercuti jugak :)

      Delete
  6. tahniah kat adik BV.. alhamdulillah teruskan usaha!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya. :D alhamdulillah, inshaALLAH. hehehe :)

      Delete
  7. wahh bestnyaaa hantar adik2 sekolah. sy adik2 membesar bersame je so takde rase kakak2 sgtlaa hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je. hehehe. memang membesar sama, tapi rasa kakak2 sangat since paling sulung XD

      Delete
  8. relax sikit dah cuti sekolah hehe

    ReplyDelete
  9. bila cuti dah start mmg best kan. hehe. btw busyra pun tak suka kalau jln berlopak, lubang dan tngok pulak masa tu hujan lebat. nak drive susah nau. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti start memang best. hehehe :D kan2. taksuka la jalan berlubang n apa semua tu. seram pulak T^T

      Delete
  10. Ohhh baru tauk udah hbis sklh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa sikpa, ya cuti utk miak sekolah jak kan :D

      Delete
  11. Tough nye die amek mechanical engineering.. Support adik ok :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya, inshaALLAH memang akan sentiasa support :)

      Delete
  12. Mesti seronokkan ada adik2. Hehee. I super lonely kat rumah kalau cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jugak. cuma kekadang tu rasa annoying jugak. :D

      Delete
  13. saya belum pernah lagi alami jalan berlopak, berlubang tu semua masa drive. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu. harap takkan lalui lagi jalan berlopak berlubang tu :D

      Delete
  14. hebatnya dpt buat mechanical engineering!
    haha, BV kakak yg baik. rajin hantar adik2 pegi sekolah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha memang. :D
      tapi bukan la baik sangat. tak jugak rajin sangat. wahahhaa XD

      Delete
  15. tapi apa la BV itu kira pengalaman manis la.. hahaha.. dah biasakan diri bawa kereta masa banyak2 ni bagus juga sebenarnya,tak adalah takut sangat nanti.. kita boleh faham,adui..teringat pula masa latihan memandu dulu lepas trafik dah hijau baru berapa saat hijau treler belakang dah hon kita. huhu (*tetiba teringat pula..hahaha)
    BV bawa kancil ea,kita wira..dah la besar huhu... rasa macam kekadang lalu mana2 jalan yg tak ada la kecil sangat rasa mcm boleh ke lepas..takut betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena biasakan diri memandu. tapi memang BV still takut2 sikit. paling2 bila banyak kereta. :D BV pun pernah kena hon kat trafik, baru beberapa saat tu. tak sabar betul.

      yup, bawak kancil. bawak kancil nie pun takut je nak masuk ruang2 kecik. hahahah entah macam mana nak bawak wira kan. all the best ya. :D

      Delete
  16. Alhamdullilah. Tahniah untuk adik BV :) Semoga sentiasa berjaya cemerlang bersama kakak sekali :)

    Suka cuti sekolah sebab jalan pergi kerja tak sesak. Hihi.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!