RESEPI | Cheesekut

Friday, 28 October 2016

Assalamualaikum
kali pertama share resepi kat blog. tu pun resepi yang lama dah orang tau. hahahhahaha. cheesekut versi nie simple je, ada 3 bahan dan hanya 3 cara. taksampai sejam pun buat. :D tapi nie adik aku yang buat. tapi aku la yang bagi instruction. dasar pemalas. hahahhaha XD

RESEPI cheesekut mudah 3 bahan (no bake)

BAHAN cheesekut comel kita
1. cream cheese (50g)
2. susu krimer manis (400ml)
3. cracker saltcheese (2 - 3 bungkus)

first!
pukulkan cream cheese dan susu krimer manis sehingga sebati (susu krimer tu korang letak ikut suka. sebab aku nie jenis sweet tooth, memang tuang habis je. hahahha)

second!
susun crackers tu dalam mana2 bekas yang korang suka. (ohya, kalau korang nak cheesekut ala2 tiramisu, boleh lah bancuh nescafe dan rendam crackers tu sekejap2 dalam nescafe bagi ada rasa kopi2 tu, nak lagi kreatif, rendam dalam milo ke, air oren sunquick ke. hahahhaha. ikut suka la) dan kemudian letaklah adunan krim cheese ngan susu krimer manis tadi. ulang sehingga habis. atas sekali boleh hias dengan serbuk milo, nestum, oat, gula2 (ikut suka)

third! (last)
biarkan dalam peti sejuk sejam dua. atau ikut mana2 korang rasa okay. hahahhaha. kalau dah rasa keras sikit boleh bedal dah. semudah ABC bukan? sesuai la untuk santapan petang, pagi atau mana2 waktu, 

dah sampai 1 per 4 baru ambik gambar. hahahha. cepat betul adik2 aku makan. XD

macam kek lapis. adik aku letak rapat2 antara cream cheese dengan crackers saltcheese. memang best sebab rasa rangup2 crackers tu still ada. XD aku lebih suka yang pejal macam nie, daripada yang cepat cair dan meleleh tu, walaupun yang macam nie agak susah nak potong. memang sedap. yang suka cheese bolehlah makan banyak2. :)

baru buat semalam, hari nie dah habis. semua berebut nak habiskan last bite. raksasa semua orang rumah nie XD

walaupun resepi nie dah lapuk. tapi nak jugak update sebab sedap. hahahahha. 

sekian
ilal liqa'


26 comments

  1. Replies
    1. yup. boleh cuba lepas nie. resepi senang je :D

      Delete
  2. sedapnyaaaa. lenne pun guna biskut saltcheese tu kalau nak buat cheesekut hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. sesuai sangat kan biskut saltcheese dengan resepi nie :)

      Delete
  3. nampak sangat sedap & creamy taw BV :D dah lama tak makan dessert T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dan creamy. boleh je buat sendiri lepas nie kalau craving nak makan dessert :D

      Delete
  4. sedap ni! kalau saya suka yg ada coklat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2. kalau letak coklat lagi sedap. BV pun suka jugak. heheheh :D

      Delete
  5. aigoooo tedapnyeee!!! hehe nanti nak buat jugaklah. boleh buat kudapan sambil tengok tv! thanks for sharing, i loveeee cheeseee hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je cara buat dan bahan pun jenis senang cari. :D u welcome. BV pun suka cheese :)

      Delete
  6. resepi mudah dan cepat.. orang bujang boleh juga cuba buat resepi yang senang ini. cuma 3 4 bahan je diperlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. memang mudah dan cepat. dahtu sedap pulak. rugi kalau tak try :)

      Delete
  7. nyaman tok! kmk suka nya lembik sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bena ya. mun nya lembik sikit pun nyaman juak. :D

      Delete
  8. ktk tuang hbs setin susu ya kah kak? hahaha sik nak? manissss haha tapi mun kmk pun of course maok nak manis juak. kmk suka molah nya tapi bila mok potong ya kmk sik suka haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok kmk tuang habis. hahhahahha. nang manis. :D tuang ekot suka la nak XD bena ya, time nak potong ya susah sikit :3

      Delete
  9. Ya Allah sedapnya tengok!!!! bookmark page ni nanti mau tiru, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap XD
      kalau dah buat nanti update blog ya :D

      Delete
  10. Fuh, sedapnyaaaa. My niece pun suka buat, maksu dia je tak berapa nk rajin, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya niece. :D BV pun tak berapa nak rajin buat nie. adik2 yg rajin lelebih XD

      Delete
  11. I am soo malas nak baking - baking ni.. so i prefer beli jer. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Paling mudah dan simple nak buat..
    samalh macam akak.. malas ngn rajin je..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!