pesanan si apek

Thursday, 20 October 2016

Assalamualaikum
rasa lama je tak update. rasa je. hahahhaa. banyak je benda berlaku kebelakangan nie. baik buruk benda terjadi semua ada hikmah. cewahhh. pada hari sabtu lepas, aku dan mak berserta makcik keluar menguruskan beberapa perkara, antaranya adalah renew kad bank. dan yeahhh aku berjaya renew kad bank. nasib bank tu adakan hari sabtu untuk buat kad atm/debit baru. nasib takbanyak orang. :3 dan hari isnin pun kami keluar jugak menguruskan beberapa urusan. berapa banyak urusan daaa. memang banyak benda kena urus. T^T


dan pada hari isnin tersebut, mak aku mencari sorang apek yang selalu datang rumah lama kami untuk menjual barang2 kelengkapan rumah macam kerusi, kusyen, tilam, oven, peti ais dan sebagainya. apek nie hampir semua orang2 kampung kenal dia sebab dia ramah dan berjual barang secara hutang, konsisten datang tiap bulan. berpuluh tahun jugak la family aku kenal apek nie, sebab aku ingat dari kecik dia datang rumah kami dan rumah warga2 kampung yang lain untuk berjual pelbagai jenis barang. dan percaya tak yang umur apek tu dah 82 tahun sekarang.

sebab kami dah pindah rumah. mak aku cari la apek nie untuk bagitau dia yang kami dah pindah dan nak bayar hutang. cari punya cari, jumpa lah rumah apek nie. kami gelar apek nie "Ah Ping", ramai orang kenal dia tak kira lapisan umur. datang la rumah dia, dia ingat semua. ingat mak aku. ingat aku yang masih kecik dulu. tiap kali ah ping datang, bertempiaran lari masuk bilik. hahhahaha. dia ingat la mana2 kampung celah bandar dan orang2 kampung yang mostly islam. dia kawan tak kira bangsa. macam tak percaya je Ah Ping dah berumur 82 tahun, still sihat, still ingat kami.

dia nie banyak bagi pesanan. masa pergi rumah dia hari tu, apek tu pesan kat aku. jangan cari boyfriend dulu, cari kerja dulu. dah kerja bagi duit dengan mak. balas jasa mak yang membesarkan kamu sampai sekarang. see? nasihat yang sangat deep. nasihat yang hampir sama aku terima dari boss arwah bapak dan cikgu sains sekolah menengah aku dulu. semua adalah apek. maksud apek disini adalah lelaki cina yang agak berumur la. sama je style pesanan dorang :D


nasib baik aku takdak boyfriend. T^T
kenapa rasa sedih nie? kahkahhkahhhh. no la. aku rasa aku still terlalu muda untuk serius dalam sesuatu relationship. memang kekadang teringin la nak ada serius relationship. tapi aku rasa aku muda, still banyak benda aku nak kejar. apa kata aku bagi je komitmen sepenuhnya dengan keluarga dulu. well, family first kan. :) ada jodoh ada la kan. *segan pulak aku tulis benda macam nie. nak kecikkan jap. susah sikit orang baca. wakkakakka*

yang dah ada bakal suami/isteri tu tahniah. jangan lupa family yang sentiasa bersama korang sepanjang korang hidup didunia. yang masih mencari bakal suami/isteri tu, keep looking. inshaALLAH u will found the right one. yeahhh. :3 yang single, meh brofist dan high five sikit. bila nak buat album? *get my joke/pun? uhukuhuk

segan lak baca entry nie. bukan selalu bukak topik yang agak sensitif macam nie. eh sensitif ke? HAHAHHAHA

sekian,
ilal liqa'

10 comments

  1. i was like you, thinking I am too young for any serious relationship. Tapi bila sekarang boleh bundarkan umur jadi 30 tahun, speechless sangat. HAHA

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. :D takpe, ada masa lagi. boleh la mula cari sekarang :D

      Delete
  2. dah 82 tahun pun masih kuat ingatan :D

    tetiba teringat kedai cina yg dkt dgn rumah kitorang, dari kecik smpai besar selalu beli barang kat situ. dia pun ingat lagi muka kitorang masa kecik2 dulu, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang taksangka dia ingat lagi. macam takpercaya dia dah 82 tahun :D
      kannn. memang kalau tengok kita dari kecik dia ingat je :D

      Delete
  3. bergunaa pesanan apek tu, mak sy pon pesan jgn ikut trend kawen awal ni. hehe sbnanya mak taknak lepas lg kite kat orang. im single too jenis tak amik kisah port cinta haha. doa semoga jodoh kita baik2 insyaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. memang mak sy sendiri pun selalu pesan macam tu. :D yup, memang rasanya belum bersedia utk apa2 percintaan sekarang. hahahha. inshaALLAH. amin2 :)

      Delete
  4. Bagus nasihat tu. Walaupun betul, tapi orang zaman sekarang suka terikut-ikut dengan persekitaran.
    Tengok kawan ada pasangan, kita pun rasa nak pasangan padahal dari segi apa pun tak sedia. Last-last bila frust habis semua jadi mangsa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semua nak ikut trend kawen muda, relationship goal kononnya. better kalau dah bersedia. so, ikut diri sendiri la sebenarnya kan. :D

      Delete
  5. baik punya pesanan. teruskan berusaha untuk balas jasa ibu bapa yang penat membesarkan kita ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. inshaALLAH akan dapat balas jasa ibubapa :)

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!