my first HERMO mini haul

Monday, 24 October 2016

Assalamualaikum
bukan sponsored post. dan nie first time aku shopping online kat website hermo. memula nak shopping kat althea tapi sebab skincare yang aku nak takda, so check dekat hermo, ada pulak, shopping kat hermo la pulak, hahahhaa. nak jugak share pengalaman aku shopping kat hermo. lama sebenarnya aku dah usha website hermo nie sebab banyak produk best. dan nie jugak merupakan kali pertama aku register hermo. so dapatlah rm15 sebagai user baru.

dapatlah kotak hermo. happy, macam bagi hadiah kat diri sendiri je 

flash shipping. memang cepat. dalam 1-3 hari kan. aku kat sarawak, so barang sampai dalam 3 hari. memang cepat la bagi aku. sebab selalunya ambik masa 4-5 hari jugak barang sampai. terbaik la hermo. boleh pilih shipping melalui poslaju atau gedex. aku pilih poslaju. sehari lepas order kat website, terus dapat tracking nombor melalui sms. bagus macam nie, senang aku track kan.

kalau kat semenanjung beli 2 produk dapat free shipping kan. tapi aku kat sarawak, so kena beli rm150 keatas baru dapat free shipping. tapi aku tak beli sampai rm150 ke atas pun. dapat code baucer user baru rm15 tu pun kira okay la bagi aku sebab boleh cover shipping rm12 ke sarawak. hahahhahaha. bijak tak? XD ohya, kalau nak guna code tu, mesti purchase rm100 ke atas.

pembayaran guna kad debit melalui molpay. mudah sangat wehh. bahaya betul nie, mudah tershopping online nanti nie XD harap aku sedar diri la.

dah sampai skincare yang lama dah aku wishlist. nasib baik ada rezeki. so beli la untuk gembirakan diri. yang aku beli ialah :

1. innisfree bija trouble facial foam - RM32
2. innisfree bija trouble skin (toner) - RM58
3. innisfree capsule recipe TWINPACK (greentea and aloe vera) - RM15

innisfree mask dan corsx power liquid tu free.

aku lama dah target innisfree produk nie sebab natural dan eco friendly. memula aku target green tea series, tapi sebab acne aku makin menjadi, TERpilih pulak bija trouble series pulak. harap berkesan lah ye. first time pulak pakai skin care memahal macam nie. hahahhahaha. harap berbaloi lah.

overall, my first Hermo mini haul memang terbaik. servis pantas. dan takdak problem masa nak beli. alhamdulillah. kalau ada rezeki lagi, nak je shopping kat hermo lagi dan lagi. meh siapa nak sponsor? XD gurau2. 

sekian
ilal liqa'

24 comments

  1. wahhhh ! tpi series barang yg beli kat hermo mmg cepat smpai rumah ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn cepat betul sampai rumah :D excited nak beli lagi XD

      Delete
  2. mmg terasa bg hadiah kat diri sgt..menarik plak tu kotaknya "Turnin beauty in one click.." fuh menarik tertarik you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. bila dapat kotak menarik macam nie terus rasa macam bagi hadiah ngan diri sendiri :)

      Delete
  3. Dah banyak kali shopping kat hermo. Memang cepat delivery

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV first time shopping kat hermo, memang menarik sebab delivery laju kan :)

      Delete
  4. kann best gila shopping kat hermo. haritu pun saya 1st time beli barang kat hermo, kemain banyak free gift dia bagi! shipping pun laju!

    sekarang hermo tgh buat sale, aaa tergoda tngok harga dia T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. memang best. lagi2 part free gift dan shipping laju tu. :D

      banyak sale tau. rambang mata tengok. harap kita kuat ye. hahhahaha XD

      Delete
  5. Replies
    1. memang seronok je shopping online nie. hehehe :D

      Delete
  6. Website yg wajib akak buka tiap2 hari sbb dia ada 'Attendance Point'. Ha3...dah buat 11x pembelian setakat ni kat Hermo. Rasanya dah smpai beribu labur kat Hermo (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tiap hari bukak tu. :D banyaknya dah buat pembelian. memang pengguna hermo yang tegar la akak nie kan. :)

      Delete
  7. kmk lamak dah maok try product innisfree tok tapi nktok tngah pakei product lain so sikdapat agik hahaha kak pls molah review lpas tok T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun muka gik bagus pake product lain ya teruskan jak dolok. hehhee :D kelak kmk polah review mun dah sebulan cmya makey nya :D

      Delete
  8. Uuuu *tahan diri dari pergi website hermo. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best dalam usaha tahan diri. hahahhaha. kena tahan diri sendiri jugak nie :D

      Delete
  9. Jenis online shop yang service pantas memang best.
    Tapi aku ada dulu memula servis pantas so aku recommend dekat member, sekali bila dah femes terus jadi lambat service dia, maybe tak cukup tangan kot.
    Takleh bagitau online shop apa hehehe.
    Harap Hermo dapat maintain service yang marvelous hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best servis pantas2 nie. harap la website hermo nie terus sediakan servis yang terbaik. rasanya hermo dah cukup terkenal dengan servis dia yang terbaik.

      share la online shop apa. boleh jugak usha2. hahhaha :D

      Delete
  10. dah lama usha barang kat hermo ni and wonder bout their services. Now dah tau dia okay boleh la proceed dengan gembira hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh sekrang boleh la shopping. memang bagus jugak service dia :)

      Delete
  11. hermo banyak buat sale sekarang i'm dying T.T

    ReplyDelete
  12. Sis camna nak dpt freegift dari hermo ye? Dia kata add sebelum check out tapi takdak pun sis help me 😭😭

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!