cerita jamban

Thursday, 13 October 2016

Assalamualaikum
sorry la tajuk kali nie ada sedikit jijik. diharapkan sebelum membaca entri ini, sesiapa yang makan atau minum, sila la berhenti sekejap. lepas habis baca baru sambung balik ye. taknak la bertanggungjawab kalau makan sambil baca entri nie korang boleh jadi muntah hijau dan tekak pun loya2. hahahhaha. 


siapa suka guna public toilet atau tandas awam?

aku adalah seorang yang taksuka guna tandas awam terutama di shopping2 mall dan restoran dan mana2 kawasan awam la. ada yang bersih memang bersih, tapi ada jugak yang jijik sejijik jijiknyaaa. selalunya aku masuk mana2 tandas awam cumalah untuk adjust tudung dan basuh tangan. nak melepas dan membuang jarang sekali. kecuali saat darurat. kalau tak saat darurat memang rela aku tahan sampai kat rumah.

teringat masa masih belajar di poli. tandas di kolej kediaman. kira tandas awam la kan since semua student pakai tandas di kawasan yang sama. aku paling allergic (tak suka) orang yang suka guna tandas tapi takpandai nak bersihkan tandas. wargghh. manusia jenis apakah ini?


pernah sekali, pepagi masa nak tunggu turn guna tandas sebab nak melepas, lama menunggu giliran, pintu tandas tu pun dibukak, muncullah seorang senior yang sama aras yang aku tak berapa kenal, taktau nama pun, tapi muka cam lah. bila dia keluar, aku masuk la dalam tandas tu, perghhh, bau yak2 dia still ada, tak kisah la kan kalau bau je. tapi bila tengok dalam lubang jamban, wahhh, yak2 dia still ada ada sisa2 yg tertinggal dan bukan sedikit ya. HAHAHHAHAHAHAHHAHAHA. rasanya dia nie jenis sekali flush je dah tu blah. taktau pun yak2 dia tertinggal ke dia sengaja tinggal malas nak tunggu flush tu refill air. padahal paip ada je tepi tu kan. so, aku dengan tak relanya pun membasuh yak2 yang ditinggalkan tuannya itu. nasib baik jenis aku, kalau nak melepas, jenis bawak serbuk pencuci baju tu letak dalam botol mineral kecik. sebab aku taknak la orang yang nak melepas selepas aku terhidu bau yak2 aku kan. segan lah biarpun sama jantina kan. HAHAHHAHA. so, tiap kali aku ternampak senior tu, terus aku teringat dengan yak2 dia yang ditinggalkan. sian. sadis kan. belum lagi cerita bila takdak air. hahhahaha. nie bukan nak bukak aib. tapi nak bagi pesanan dan pengajaran. kononnya. 

so, jagalah kebersihan tandas awam walaupun tu namanya tandas awam dan bukan tandas dirumah sendiri. dah guna. pandailah flush ye. bukan flush je, kalau meludah kat tepi2 kawasan jamban tu, pepandai la simbah guna air, biar bersih. takkan nak biarkan orang lain pijak kahak dan air liur tu. ish. sama jugak bagi lelaki. aku nak bagi peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa.

mindset manusia rosak mengenai tandas awam. 
"tandas awam ada cleaner, so biarlah cleaner jalankan tugas dorang"
"takkan nak biarkan cleaner takdak kerja, makan gaji buta. so biar diaorang ada kerja"

jagalah kebersihan tandas awam. dan kebersihan diri anda sendiri. sebab setan suka orang pengotor nie. 

sekian,
ilal liqa'

17 comments

  1. samalah, kalau dgn orang ke, even family sendiri pun kite malu, mesti make sure semua bersih baru keluar. apedaaa minda kelas ketiga betul jenis biar je tinja bersepah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kalau biasa bersih kan rumah, takkan kat tempat awam takboleh kan? :D

      Delete
  2. Betul, ramai orang yg suka lepas tangan kalau ada cleaner/ pekerja. Sepatutnya, perlu timbul sikap empati dan bertanggungjawab. Hee, semoga saling mengingati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang patut ada sifat tanggungjawab. :D semua dah besar agaknya. :)
      ye, sama2 kita saling mengingati.

      Delete
  3. okay same situastion. byk kali terpaksa jadi 'cleaner' dulu kan sebelum guna toilet -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. public toilet selalunya kan. tu la takdak selera nak melepas T^T

      Delete
  4. Satu perangai Reen kalau pergi toilet awam, Reen akan jirus pasir-pasir atau kekotoran yang ada atas lantai. Lega keluar toilet bila nampak bersih. Tapi kalau dah ada najis dalam mangkuk jamban tu, idok le.

    Kalau mangkuk jamban hitam dek kerana tapak kasut pun Reen tak bersihkan. Kalau ada tissue in sya Allah akan lap.

    Kalau tissue yang mereka guna buang merata, jatuh kat lantai dalam tandas tu. Kalau boleh jirus tolak masuk lubang saluran air, Reen jirus. Kalau tidak, jirus mana yang boleh je.. aihh.. Geram.

    ReplyDelete
  5. kmk pn boh hrap lah maok guna tandas awam. tapi mun tandas dalam shopping mall okay sikit. kmk pn pernah temu dgn org gia hahaha

    ReplyDelete
  6. itulah. masalah orang kita ni, bila dh lepas, dia buat tak tahu je. sebab bahagian dia dah lepas. kita yang nak menyambung ni, bila masuk dalam tandas tu, adoi!! tak tahulah macamana jamban dekat rumah mereka ni. uiiii

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  7. betul, kadang jenis tandas yg lambat ngepam pon lagi dia buat tak kisah je yak2 dia, dah besar ni kena pandai2 jaga kebersihan. =)

    ReplyDelete
  8. mentaliti yang menyedihkan..cuba kalau mak ayah diorang yang kerja cleaner tu....=(

    ReplyDelete
  9. Tu la kan...masalahnya yang jenis tak jaga kebersihan tandas awam ni orang dewasa bukan budak kecik, betul tak? Mostly ha ha

    ReplyDelete
  10. suka dry toilet sebenarnya :D nak try buat kat rumah sendiri nanti. kadang2 tandas yg basah pun tak lalu nak masuk T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  11. Paling pantang kalau ternampak yakyak dalam lubang tandas. Rasa hidup terus tak indah untuk hari tu. Huhu. Siqah akan cuba tahan sebab tak suka pergi tandas awam nanye. Huu

    ReplyDelete
  12. Mana-mana tandas mesti akan ada kesan kekotoran.. mind set orang macam tu 'sebab ada orang tolong cucikan'.
    Apa dorang ni tak boleh ke jaga kebersihan macam dekat rumah. Kalau jaga elok silap2 boleh baring dalam toilet.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. hehe.. need come to read again. :D
    follow u dah

    ReplyDelete
  14. Paling tak suka dengan mentaliti yang "Ala.. cleaner ada kan, biarlah dia cuci.." Pergh!! Yang nie memang spesis pengotor tahap gaban..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!