Assalamualaikum
aku sebenarnya taknak pun post something macam nie. tapi aku kena ingat rasa aku sekarang. aku kena ingat moment2 sekarang. kini aku rasa betapa pahitnya kehilangan seorang yang kita sayang teramat dalam hidup. hilang perginya takkan pernah ada ganti. innalillahiwainnalillahirojiun.
Hassan Bin Kiprawi
17 ogos 1965 - 31 ogos 2016
perginya seorang lelaki yang aku gelar BAPAK.
BAPAK yang melahirkan dan mendidik aku menjadi anak yang berguna.
BAPAK yang cuba memenuhi segala keperluan dan permintaan aku.
BAPAK yang sangat baik kepada anak2nya, isterinya, keluarganya, kawan2nya dan orang yang dikenalinya.
BAPAK yang jarang marah dan suka buat kelakar
BAPAK seorang yang paling aku sayang didunia dan diakhirat.
perginya bapak akibat kanser paru2. aku baru tahu pada bulan march 2016 (bapak dan mak dah tahu awal tahun). bapak banyak kali ulang alik ke hospital untuk kimoterapi. mak la peneman bapak paling setia. bapak selalu batuk. dan tiap kali bapak batuk, sakitnya memang terasa. aku sedih bila tengok dan dengar bapak batuk. tiap kali aku doa moga kurangkan kesakitan bapak. kalau boleh biarlah bagi aku rasa sakit tu. sebab aku taknak bapak rasa sakit.
21/8/2016 (Ahad)
kat rumah, bapak stay dalam bilik. terbaring lemah sepanjang hari. selalunya walaupun bapak sakit, bapak selalu baring kat ruang tamu, sambil tengok tv ngan kami adik beradik.
23/8/2016 (Selasa)
pakcik dan mak aku bawak bapak ke hospital sebab bapak aku macam lemah dan bapak kena tahan dekat wad sebab demam dan lemah.
hari2 kemudiannya, keadaan bapak aku agak kritikal, pakai oksigen sebab bila dia batuk, dia rasa takboleh bernafas. dia boleh bercakap. nak baring pun susah sebab dada dia sakit kalau baring. mak aku lah yang jaga dia di hospital sepanjang masa. tukar ngan aku dan adik bila mak nak mandi dan tukar baju kat rumah je. bila aku jaga, bapak memang banyak tanya pasal adik2 aku. banyak family dan kawan2 yang dah mula melawat bapak. mak selalu menangis dah sebab sedih la kan.
30/8/2016 (dalam pukul 2pagi)
masa tu, hujan dan angin. guruh berdentum dan kilat. aku memang dah berjaga beberapa hari sebab takdapat tidur dan taknak tidur. lepas tu mak aku whatsapp kata bapak aku mengigau sebut nama aku suruh tutup pintu, tutup TV, jangan bukak laptop dan main handphone. ALLAH, sedihnya aku rasa, memang menangis la aku. aku kerap menangis sejak bapak aku sakit. takla nangis depan orang. nangis sorok2 je la. menangis dalam toilet menangis masa nak tidur. paling taktahan bila jaga bapak kat hospital, memang sedaya upaya aku tahan diri dari menangis. sedih sangat tengok keadaan bapak.
31/8/2016
aku tidur. terjaga sekejap. pastu dalam pukul 8.45 pagi. mak aku ada whatsapp suruh kemas baju seluar dan tudung mak sebab mak nak tukar dan mandi. mak suruh aku temankan dia kat hospital. belum lagi aku balas. pukul 9 pagi. aku dah sedar, cuma masih baring2 kat katil. tetiba dengar suara menangis. suara nenek dan adik aku menangis. dan terdengar jugak suara nenek aku bagitau, "tan, bapak kau dah sikda tan"
aku memang tergamam sekejap. macam takpercaya. tangan aku bergetar pegang handphone tengok jam. memang sedih sangat aku rasa. macam takpercaya. dada aku rasa sakit masa tu. aku rasa secara fizikal sakit dada. berkemas semua pergi hospital. aku menangis lagi bila ternampak jasad kaku bapak aku kat katil hospital. bapak family datang melawat. boss bapak aku, iaitu doktor yew (chinese) tu pun ada, mesti dia sedih sangat sebab dia anggap bapak aku macam adik dia dah. dan boss tu banyak bantu family kami sepanjang masa bapak aku bekerja dengan dia. sepanjang bapak aku sakit, dia banyak kali call aku suruh aku kuat, suruh aku berani dan kalau perlukan duit dan ada masalah bagitau dia. memang tak terbalas jasa doktor yew boss bapak aku.
dalam rasa sedih yang teramat. entah kenapa aku ada rasa lega. lega sebab bapak aku takpayah menanggung rasa sakit lagi. bapak aku dah tenang di alam sana. ketika semua rakyat malaysia sibuk menyambut hari kemerdekaan. bapak aku merdeka dari sakitnya. merdeka dari dunia yang penuh dugaan. ALLAHUAKHBAR. ALLAH maha Besar. yang Berkuasa menghidup dan mematikan makhluknya.
terima kasih kepada yang sudi melawat. terima kasih kepada yang sentiasa menasihati. terima kasih kepada yang memberi kekuatan. terima kasih semua. tak terbalas jasa korang. semoga ALLAH balas dengan kebaikan.
Surat Al-Baqarah [156] - "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return."
doakan kami sekeluarga agar dipermudahkan urusan seharian.
doakan kami kuat dan tabah.
sedekahkanlah Al-Fatihah untuk bapak.
semoga rohnya dicucuri rahmat dari ALLAH yang maha esa.
sekian,
ilal liqa'
YA ALLAH, salam takziah buat keluarga dr Kak Sally..yakinlah Allah jemput mereka yg DIA syg..semoga dgn pemergian dia, derita yg dirasakan tu pergi sekali...kuatkan diri ye :(
ReplyDeleteinshaALLAH kak. arwah bapak insan terpilih. thanks ya <3
DeleteAlfatihah. Takziah buat BV sekeluarga. semoga tabah melalui ujian Allah.
ReplyDeleteinshaALLAH. thanks ya <3 be strong to myself :)
DeleteAllah...innalillah...
ReplyDeleteDan2 teringat2 kisah akak dgn arwah ayah. Beberapa hr tu asik teringat2 kt kmpg. Pack brg trus blk tgk2 ayh sakit tp sapa pon xmau bgtau sbb akak nk final lg sminggu. Since akak blk ayh suruh buat itu ini bkaitan dokumen. Col abg sulung dokte kt johor dia suruh bw arwah p klinik n suruh mnta refer letter msuk spital. Hr yg sm arwah serah diri kt spital akak blk KL. Esok tu abg msg ckp arwah sihat2 ja. Esok boleh blk dh tp esok tu pg2 abg col ckp arwah dh xda Y_Y
Spnjg jln blk dr KL ke Penang menangis x henti2.
innalillah
Deletesama la macam arwah bapak BV. masa masih study dulu, dia taksuruh mak bagitau dia tengah sakit sebab taknak kami yg jauh dr rumah risau.
AL FATIHAH untuk arwah ayah akak ye. mesti sedih sangat kan. tapi dah ketentuan ALLAH. moga kita redha :)
semoga dipermudahkan segala urusan, sabar menghadapi ujian Allah, kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Moga dalam lindungan Allah sentiasa, amiin.
ReplyDeleteinshaALLAH. moga dipermudahkan. amin. :)
Deleteterima kasih ya mendoakan <3
Salam takziah, Al-fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteal fatihah <3
Deletealfatihah. ya allah,stay strong kak :'(
ReplyDeleteinshaALLAH. maksehh <3
Deleteal fatiha BV :(
ReplyDeleteAllah al-fatihah semoga roh ditempatkan dengan orang2 yang beriman, stay strong awak...
ReplyDeleteBe strong, sayangku. InsyaAllah, moga roh bapak ditempatkan bersama orang beriman. Amiinnn... Sy turut bersedih tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. May Allah ease and showers you and your whole family with wonderful things in life, hereafter. Aminnn... :')
ReplyDeleteInnalillahwainnalillahirojiun.
ReplyDeleteYa Allah. I cry real hard baca BV punya cerita. Tbh bapak saya pun tgh sakit2 skrg. Kerap batuk2. Sumpah saya pun tak suka tgk dia batuk2, rasa sakit sama. Rasa btul sgt apa yg BV ckp tu..
apapun be strong girl. i know saying "be strong" is easy but doing so is hard right? one day saya pun akan rasa benda yg sama T_T
Al-Fatihah.
:'(
ReplyDelete