the makanan

Tuesday, 9 August 2016

Assalamualaikum
kali nie nak cerita pasal makanan. siapa la taksuka makanan kan. aku suka je walaupun aku adalah antara jenis yang kurang makan. macam biasa, aku jugak adalah manusia yang suka makanan sedap2. siapalah yang taksuka makanan sedap2 kan. hahahahha *lameee~

okaylah.
makanan akan jadi lebih sedap jika orang belanja dan orang buat khas untuk kita. *entry mula hilang arah*

aku taksuka orang yang takhormat dengan makanan nie. contohnya makanan taksedap, cakap taksedap depan2 siap maki hamun makanan dan tukang masak. bab maki hamun tu la aku taksuka, kalau makanan taksedap, jangan makanlah. takpayah nak maki hamun makanan. sebab there some peoples out there yang nak sangat makan walaupun makanan tak sedap T^T

aku adalah manusia yang pernah HAMPIR menangis, sebab makanan favourite yang aku order tak seperti sangkaan sebenar makanan favourite aku. dan end up aku makan sikit, pastu takmakan sambil menangis dalam hati. mata siap dah berkaca. sadis dan membawa kepada pembaziran. jual ikan *please translate 'jual ikan' to english. rasa nak gelak bila teringat XD

haaaa. nie rojak. rojak yang ada cucur, tauhu, timun, kentang, tauge dan sebagainya. kuahnya macam kuah kacang untuk yang selalu cicah satay gitu. kalau kat tempat aku rojak nie orang gelar, ROJAK TAMBI. kat tempat korang pulak macam mana? :3

aku lebih suka makan makanan tapau kat rumah dari makan kat luar sebab kat rumah lebih selesa dan lebih bebas kau nak buat apa. hahahahha

the famous laksa sarawak. kuah pekat berlemak masam pedas dengan mi bihun, dalam kuah ada isi ayam yang dicarikkan dan udang dah siap dikupas. dalam kuah juga ada daun sup dan tauge. boleh dimakan dengan sambal belacan special + buah limau untuk lebih umphh. bila makan habis, dengan kuah2 pun kau nak bedal habis. itulah laksa sarawak.

agaknya dah boleh jadi food blogger tak? hahahhahahaha
makanan favourite aku adalah mee hongkong, mee goreng basah, mee goreng mamak dan mee jawa. aku jenis yang lebih suka makan mee dari makan nasi.

kalau makan nasi, aku suka makan dengan ikan masin dan sambal belacan goreng ikan bilis. gerenti tambah nasik punya. dan satu satunya sayur yang aku suka makan adalah sayur kubis. HAHAHHAHAHA. 

aku craving nak makan TAKOYAKI :3

makanan feveret korang pulak macam mana?
mana tau aku terjumpa dan tiba2 nak try lak. hahhahaa

sekian
ilal liqa'

21 comments

  1. Saya nasi pattaya. klu pergi kedai mkn order ni je ahaha. Saya prnh rasa laksa srwk, sedap gakla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka nasi pattaya jgk. :D
      kekadang kalau nak tukar menu mmg order nasik pattaya je :D

      Delete
  2. yup..makan kat rumah lagi selesa..masuk dalam mangkuk..pakai seluar pendek, tak pakai baju, lepak depan tv atau laptop. pergh! best!

    laksa sarawak..hmm..tak pernah rasa lagi..nak belanja tak? hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang takyah malu2 la kalau makan kat rumah. comot2 pun takkesah. hahahhaa

      pi la sarawak. hahahaha

      Delete
    2. p sarawak boleh..tapi tak tahu jalan..kalau ada yang bawak jalan-jalan..mahu juga..hehehe

      Delete
  3. kalau kat belah2 utara Malaysia, dipanggil rojak pasembur. isi lebih kurang sama jugak rasanya

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh baru tau rupanya sama macam rojak pasembur :D

      Delete
  4. suka makan laksa penang, nasi ayam, nasi kerabu, tomyam, dan banyak lagi laa.. jenuh list kat sini kalau nak citer semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh banyaknya makanan faveret. nak try la laksa penang. BV belum pernah try lagi :D

      Delete
  5. nasi+ikan masin+ sambal belacan = the best food ever!!!!

    oh sekarang tgh craving sushi, sushi, sushi...bila baca takoyaki...buat rasa nak pi beli pulak..dah lama tak makanan since puasa ri tu.....dapnya...

    food blogger? dah boleh dah ni.. :)

    ReplyDelete
  6. lamak sik mkn rojak! mun kmk sik dpt nak decide apa yg pebret. mcm semua jak nyaman hahaha. susah nak pilih! kmk mun beli makanan rah luar dahya sik nyaman memang kmk ngerepak. mcm rugi jak beli sbb sik nyaman huhuhu.

    ReplyDelete
  7. sama! haha lebih suka makan mee dari nasik. setiap kali kluar mesti order mee ajak,sikda mok makan nasik eh kecuali kat umh drik lah haha. lamak dah sik makan laksa ya T_T

    ReplyDelete
  8. Omg I've always wanted to try Laksa Sarawak! Tak tahu nak cari dekat mana. hm.

    ReplyDelete
  9. sedapnya. sy suka nasi daging.. cicah air asam. fuh. mmg power la. hehe

    ReplyDelete
  10. laksa sarawakk! sedapnyaa,,tapi pernah makan sekali je,susah nak carii

    ReplyDelete
  11. Rojak tambi tu aku selalu panggil rojak mee atau rojak pasembur (pasemboq dlm bahasa utagha).
    Sedap!
    My fav jugak. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Suka rojak tu. Tak tau la sini panggil apa. Sebab selalu memang panggil rojak je. *Tu la reti makan je bukannya tau nama makanan tu lol*

    Omg lapar dah ni lapar
    *Food hunting jap kat dapur*

    ReplyDelete
  13. akk prefer mihun dri mee. mee cepat muak. lagi2 mihun hongkong. heheh

    ReplyDelete
  14. Biasanya saya panggil rojak mamak, sedap sangat an d memang faveret pon. Laksa sarawak tak pernah lagi cuba, dan rasanya boleh lah nanti nak cuba rasa. Mana nak dapat eh? :') Ke kena datang sarawak baru boleh dapat rasa. HAHAHA pernah cuba tak laksa Johor?

    ReplyDelete
  15. Yarabbi nahan nyawa nangga laksa sarawak T.T

    ReplyDelete
  16. laksa sarawak tu pedas ke? saya tak pernah makan lagi tapi teringin sangat nk makann. bilalah nk pegi sarawak ni, huhu

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!