pengalaman ambil lesen kereta

Saturday, 30 July 2016

Assalamualaikum
pengalaman ambil lesen kereta. this gonna be a super long post. hahahha. akhir bulan may lepas, aku mendaftar untuk ambik lesen kereta. so bulan june aku dah start belajar kereta. seriously guys, aku bukanlah jenis yang suka memandu. takpernah terlintas kat otak aku, aku nak bawak kereta. selalu dulu bila orang tanya pasal nak tak bawak kereta? aku kata taknak, biar nanti ada pemandu sendiri. cewahhhh kau boss ke nak ada pemandu bagai. HAHAHAHA. tu la punya penakut aku nak bawak kereta. sebab aku adalah antara manusia yang agak lembap dalam bidang ini. hahahahahha. aku akui, memang ramai je yang pandang enteng pada perempuan yang bawak kereta? ye dak? *ish aku pun. wakakakaka

pengalaman ambil lesen kereta

aku masih ingat kali pertama aku belajar. cikgu tu bawak kereta kat litar. pastu dia explain la pasal gear, clutch, break, minyak apa semua. aku memang ada ZERO knowledge pasal kereta. yang aku tau, kereta ada empat tayar dan ada stereng apa semua. HAHAHAHHAHA. senang cerita aku memang taktau dan takpernah teringin nak bawak kereta. sedangkan manusia lain di usia aku berlumba2 nak bawak kereta dan ambik lesen kereta. LOL.

masa belajar, cikgu tu yang ambik dekat rumah. tiap kali ada belajar kereta, aku rasa macam taknak turun je. macam kena paksa je. hahahahhaa. cikgu aku tu lelaki. dia ok je. macam bapak2 gitu, banyak cakap jugak. tapi aku nie jenis cakapnya sikit sekali ya. hahahahahah so awkward. sepanjang belajar aku rasa awkward. kecuali, aku dilepaskan drive sorang2 di litar. masa tu je la happy2 sikit walaupun berdebar debar gila masa bawak kereta. hahahhahaha. dalam litar je punnn tu pun nak nebes bagai. (jeeee puuunnnn kauuuu la, kereta orang tu, exciden dalam litar kang mampus kereta orang. hahahhahaha)

masa pra test QTI
masa nie bulan puasa. part RPK and RSM aku okay je. part litar, naik bukit okay. aku bengap bab parking sisi. aku dah masuk parking dah tu. pastu si penguji tu suruh keluar. aku keluar. dia suruh aku tengok keadaan kereta. oh kereta aku langgar garisan putih. HAHAHHAHAHA. pastu si penguji tanya, kalau kena garisan putih apa jadi? aku tanya la, aku gagal ke? siap dengan muka sedih lagi. yalah dia jawab. pastu dia tanya, puasa tak? aku kata puasa. okay takpa dia bagi lulus. hahahhahhaaha. aku takpasti la dia bagi aku lulus sebab aku puasa ke atau sebab memang dia baik hati. pastu berenti je la setakat tu. bawak kereta kat jalan raya lak. punya la nebes jiwa dan raga aku, baru QTI doh. conclusion aku, aku bawak kereta macam apa entah. whatever. lulus jugak. hehehhehe XD

masa JPJ test
masa nie dah dua minggu lepas cuti beraya. tarikh 20/7/2016. aku jpj test. hahahhaha. sebab aku dah bayar jpj test tu sehari sebelum nya. so tinggal ambik borang je lagi. Alhamdulillah rezeki masa aku daftar dulu, aku dapat harga promosi keseluruhan. so bila aku ambik jpj test nie, aku cuma bayar rm50 (harga sebenar RM100 kalau taksilap). so dah ambik borang, tunggu nak ambik nombor giliran lak dari pakcik2 jpj yang gagah. okay dah dapat. aku no 8 sesi 1. masa tu tak berapa banyak orang sangat. ada la dalam 20 lebih orang. lepas dapat nombor. kami disuruh masuk dalam bilik. masa tu dah dalam pukul 9. aku ingat ada ceramah sebelum mula. rupa2nya takdak. nama dua orang dipanggil untuk sesi RPK/RSM, sampai giliran, nama aku kena panggil. okay je. lepas habis, disuruh lak pergi kat pondok penguji dimana bermulanya test di jalan raya. 

sampai giliran aku. nak bagi salam rasa ragu2. so aku terus masuk kereta je. hahahahha. pastu mulakan RSM. pastu aku mintak izin nak pandu. bermula lah perjalanan di jalan raya. nebes gila beb. dah lah jpj sebelah boleh tahan hensem rasanya. tapi sebab aku rasa lebih nebes memang takpandang lah semua tu. semua okay. cuma aku banyak guna gear 1 dan 2 je. so bila dia tegur dan siap kena ceramah bagai bila nak sampai kalau bawak kereta dengan gear macam nie kalau dari Sibu ke Sarikei. aku cuma jawab "ohhhh", "okayyyy" "k", aku tukar gear 3. pastu dia suruh tukar gear 4. okay gear 4.

ok. dah sampai akademi. dia suruh parking. sebab parking untuk kereta berlepas didalam kotak tu ada kereta. so dia suruh undur dan parking belakang kereta yang satu diluar petak parking . aku keliru la. mana satu nie. so aku undur2 nak pergi ke belakang kereta yang ada dekat tempat petak parking. tapi dia kata yang nie. yang mana? aku pun keliru. asyik2 berundur apa semua. aku kena ceramah lagi. siap bandingkan aku dengan pemandu lelaki yang sebelumnya. dia lelaki bolehlah pro2 bawak kereta. aku nie dahlah jenis bengap. makin menjadi jadi lak bengap bila dah nebes. hahahhahahahah. tahan je la telinga. XD akhirnya kereta yang parking dalam petak pun keluar dan aku pun parking disitu. kena ceramah bla bla bla bla. aku pun okay3 je la. ucap terima kasih, ambik borang pastu blah pergi litar. ingat gagal. tengok kertas. oh lulus rupanya. okay happy sikit walaupun kena ceramah XD

pastu di litar. sampai giliran aku. naik bukit. okay lepas walaupun aku lupa hon bila sampai atas bukit. pastu tunggu untuk parking sisi lak. aku dah kata parking sisi aku paling bengap. ada jugak beberapa kali aku cuba. nasib baik jpj tu sporting. memang ramai yang kureng bab parking sisi nie. rezeki sangat jpj sporting hari tu. pastu dah setel semua. jumpa la jpj tu mintak borang. jpj tu tanya nama. aku bagitau la nama, siap boleh kata "oh macam nama anak buah saya". aku gelak je. pastu suruh tulis nama. kat situ ada dua orang jpj lelaki, so bila aku tulis nama, siap puji tulisan aku cantik. hahahhaha. pastu tanya aku nie cikgu ke? aku kata bukan. pastu dorang tanya lagi, nurse ke? aku jawab eh bukan. aku baru habis belajar. pastu aku nak blah dah terus ucap terima kasih. belek2 borang tu. eh aku lulus. ALHAMDULILLAH. walaupun bab parking sisi tu entah berapa kali aku cuba semula untuk betulkan kereta. XD

yey aku lulus. terima kasih la untuk pegawai JPJ yang sporting2 dan baik hati. jasamu ku kenang :3
okay thats all.

macam takpercaya sekarang aku pemegang lesen P. LOL
doakan aku rajin2 bawak kereta dan pandai bawak kereta. dan jugak patuh peraturan jalan raya. hahahhahahahaha

aku suka baca pengalaman orang nie. sebab tu aku suka share pengalaman aku jugak. :3
pengalaman korang lak macam mana? :)


NEW UPDATE |
💁 setelah beberapa bulan bergelar P driver
💁 kisah kereta rosak dan pesanan untuk pemandu

sekian
ilal liqa'


22 comments

  1. JM umur 15 langgar tiang elektrik sampai sekarang tak berani bawa kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh. langgar tiang letrik masa memandu kereta ke?

      Delete
  2. JPJ sekarang memang ensem2 kan..hahhahaa..tahniah dik lulus ujian dan dh dpt lesen P...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. hahahhaa
      nampak smart sangat bila pakai uniform.
      thanks ya hehehe :)

      Delete
    2. kannn. hahahhaa
      nampak smart sangat bila pakai uniform.
      thanks ya hehehe :)

      Delete
  3. kmk dolok lagilah,stereng gik siktauk nak ney satu HAHAHAHAHA . kmk smua ujian alhamdulilah sikda masalah tapi lpas dah dpt lesen P ya kmk tiba2 rasa takut dah mok mbak kereta manual T_T dari tahun 2014 sampei nktok kmk sik berani nak mbak kereta manual agik. time belajar dlok jak reti mbak hahaha lol congrats kak! harap2 lpas tok dah terer mbak kereta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa naktok lawakkk XD
      Alhamdulillah, kmk pun tetiba rasa takut mbak kereta manual, dahlah kereta bapak kmk ya kereta lamak. hahahhaha. cuba2 lah mbak kereta oh. nie tauk lepas tk jadi terer. kmk pun still nebes2 jak bila megang stereng. maksehhh :3

      Delete
  4. wah!!! bestnya dah ada lesen P!!! baruk mok daftar untuk test jpj...nebes alu rasa eh!!! maigad!!! sampai termimpi2 bawak kereta....hopefully kelak semua berjalan dengan lancar...

    tahniah kitak lulus!! pray for me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttt juak. tapi kmk gik nebes mok mbak kereta T^T
      all the best. iboh nebes2. okay jak ya. hehehhee moga dipermudahkan semua for u :D
      thankssss :)

      Delete
  5. ehhhh kite geng laa. bruu dapat p gak. jpj ms raya keenam ritu. tapi dah lama pgang gelaran L smpai exp. hahahah tuuponn cikgu tegur ckp L da exp. time sy yg ajar 2 orang. dua2 laki. tpy sy amek DA (^O^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kira sama la kan. cuma BV seminggu lepas tu. :D
      BV punya L taklama lagi tamat :)
      best ke ambik auto?

      Delete
  6. i'm 15 tapi bila baca pengalaman blogger2 ambik lesen rasa cam OMG susahnya,rasa tak nak ambil lesen nanti.Kita pon mcm BV langsung tak tau pasal kereta bagai kita tau yg basic je and kalau nak masuk simpang mesti bagi signal je hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takutlah. nanti mesti zafirah ok lagi dari BV. hehehhe. takla susah mana. kena konfiden. HAHAHHA. ya, kalau nak masuk simpang memang kena bagi signal. :)

      Delete
  7. hahaha best kan belajar drive kereta! kmk dolok pun bengap juak hahaha. takut nak drive sebenarnya. nasib cikgu nok ajar kmk ya sik pande marah. nya siap pake sunglass and main henpon time kmk drive. mun sik pun tido kali hahaha. bgs mun dpt cikgu and jpj nok sporting. sik juak takut gilak! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. kmk pun takut juak rasa. sama jak macam cikgu kmk. selamba main game k tepon siap pake sunglass gik. hahahahhaa. yalah bagus juak dapat nak sporting :)

      Delete
  8. alhamdulillah XD congratulation :D

    Misaki dah 7 tahun tak drive... ahahahahahha..

    lesen Misaki hilang, camana nih.. nak pergi buat lain agak-agak kena bayar berapa? mwahahaha.. (yang lama dulu just plastik laminate ja, tapi lesen memandu sah.. hurmm.. kalau my abah tahu, habislahhh.. ahahahaha XD

    Boleh nak drive tapi tak ingat jalan pun tak guna =_= ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss :D
      lamanya tak drive! ingat lagi ke? XD
      hilang pulak lesen dia. BV pun taktau benda nie. hahahhaha. boleh pergi jpj tanya. :D dahsyat nie kalau dah tak ingat jalan apa semua :3

      Delete
  9. assalamualaikum BSV,..............
    hahahahahahahaha (*tetiba teruja nak komen)

    rasanya kan kita berdua ni boleh la jadi geng! geng apa pun tak tahu la.. lol

    Kita pun baru ambil lesen,masa awal puasa settle ujian komp. tunggu cikgu telefon punya tunggu, selasa lepas baru dapat uruskan hal jadual. So kita start minggu depan la,lambat sikit,tapi tak kisah lah,huhu...

    aduyai..,kita pun zero juga bab memandu kereta ni,tak tahu bawa dan tak pernah cuba-cuba bawa,harap dkt cikgu saja la nanti,huhu..insyaaAllah. Dpt cikgu lelaki juga tau ,beliau jga yg ajar masa ambil lesen motor dlu,tak ada masalah,insyaaAllah.

    tetiba seram sejuk + teruja pula nak belajar bawa kereta.

    jadi alhamdulillah lulus ya test jpj,tempoh pegang lesen P jaga-jaga okay,sabar sikit. hehehe
    jangan langgar lampu merah okay,,kena sabarr..orang sebelah langgar lampu,sila stay cool okay?

    (test jpj memang kena bayar ea utk lesen kereta?Eh,tak ada ke tips dari cikgu macam naik atas bukit ke apa ke? hehe )

    ReplyDelete
  10. Weee~ tahniah dah boleh bwk kete! Practise makes it better! Saya dh 2 thn (hampir) ada lesen, tp jalan2 sempit ni trauma betul nak lalu uhuhu

    ReplyDelete
  11. Dear , awak di tag ye untuk satu GA =)

    http://lanadia-nia.blogspot.my/2016/08/travelog-faghuzikompilasi-travelog-7.html?m=1

    ReplyDelete
  12. Dear , awak di tag ye untuk satu GA =)

    http://lanadia-nia.blogspot.my/2016/08/travelog-faghuzikompilasi-travelog-7.html?m=1

    ReplyDelete
  13. Saya pernh terlanggar kereta lain (blindspot), mmg kalau org lain salah pon kita gak yg kena tapi dh lah tak bg signal rasa mcm 😭😭 sbb pada awal tak yakin pastu dh bawk smpai highway dh rasa yakin bwk Keret tu ade ttiba sang waja datang himpit kekanan haih. Terus fail dptlak jpj garang. Sampai skrg nk dkat sblan tak repeat lagi sbb tak ready hmm terasa macam nk kongsi

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!