Assalamualaikum
lamanya aku dah takjoin giveaway. seriously.
kali nie nak join sebab hadiah menarik sangat iaitu NOTEBOOKS!
aku nie jenis suka ngan notebook sebab suka menulis dan melukis.
menulis dan melukis yang merapu je la. nak kata pro memang tidaklah.
rugi tak join.
mana tau rezeki terpijak. hehehhee
me tag these lovely people :3
wish me luck
whenever i see notebooks :3
sekian
ilal liqa'
Assalamualaikum
pengalaman ambil lesen kereta. this gonna be a super long post. hahahha. akhir bulan may lepas, aku mendaftar untuk ambik lesen kereta. so bulan june aku dah start belajar kereta. seriously guys, aku bukanlah jenis yang suka memandu. takpernah terlintas kat otak aku, aku nak bawak kereta. selalu dulu bila orang tanya pasal nak tak bawak kereta? aku kata taknak, biar nanti ada pemandu sendiri. cewahhhh kau boss ke nak ada pemandu bagai. HAHAHAHA. tu la punya penakut aku nak bawak kereta. sebab aku adalah antara manusia yang agak lembap dalam bidang ini. hahahahahha. aku akui, memang ramai je yang pandang enteng pada perempuan yang bawak kereta? ye dak? *ish aku pun. wakakakaka
aku masih ingat kali pertama aku belajar. cikgu tu bawak kereta kat litar. pastu dia explain la pasal gear, clutch, break, minyak apa semua. aku memang ada ZERO knowledge pasal kereta. yang aku tau, kereta ada empat tayar dan ada stereng apa semua. HAHAHAHHAHA. senang cerita aku memang taktau dan takpernah teringin nak bawak kereta. sedangkan manusia lain di usia aku berlumba2 nak bawak kereta dan ambik lesen kereta. LOL.
masa belajar, cikgu tu yang ambik dekat rumah. tiap kali ada belajar kereta, aku rasa macam taknak turun je. macam kena paksa je. hahahahhaa. cikgu aku tu lelaki. dia ok je. macam bapak2 gitu, banyak cakap jugak. tapi aku nie jenis cakapnya sikit sekali ya. hahahahahah so awkward. sepanjang belajar aku rasa awkward. kecuali, aku dilepaskan drive sorang2 di litar. masa tu je la happy2 sikit walaupun berdebar debar gila masa bawak kereta. hahahhahaha. dalam litar je punnn tu pun nak nebes bagai. (jeeee puuunnnn kauuuu la, kereta orang tu, exciden dalam litar kang mampus kereta orang. hahahhahaha)
masa pra test QTI
masa nie bulan puasa. part RPK and RSM aku okay je. part litar, naik bukit okay. aku bengap bab parking sisi. aku dah masuk parking dah tu. pastu si penguji tu suruh keluar. aku keluar. dia suruh aku tengok keadaan kereta. oh kereta aku langgar garisan putih. HAHAHHAHAHA. pastu si penguji tanya, kalau kena garisan putih apa jadi? aku tanya la, aku gagal ke? siap dengan muka sedih lagi. yalah dia jawab. pastu dia tanya, puasa tak? aku kata puasa. okay takpa dia bagi lulus. hahahhahhaaha. aku takpasti la dia bagi aku lulus sebab aku puasa ke atau sebab memang dia baik hati. pastu berenti je la setakat tu. bawak kereta kat jalan raya lak. punya la nebes jiwa dan raga aku, baru QTI doh. conclusion aku, aku bawak kereta macam apa entah. whatever. lulus jugak. hehehhehe XD
masa JPJ test
masa nie dah dua minggu lepas cuti beraya. tarikh 20/7/2016. aku jpj test. hahahhaha. sebab aku dah bayar jpj test tu sehari sebelum nya. so tinggal ambik borang je lagi. Alhamdulillah rezeki masa aku daftar dulu, aku dapat harga promosi keseluruhan. so bila aku ambik jpj test nie, aku cuma bayar rm50 (harga sebenar RM100 kalau taksilap). so dah ambik borang, tunggu nak ambik nombor giliran lak dari pakcik2 jpj yang gagah. okay dah dapat. aku no 8 sesi 1. masa tu tak berapa banyak orang sangat. ada la dalam 20 lebih orang. lepas dapat nombor. kami disuruh masuk dalam bilik. masa tu dah dalam pukul 9. aku ingat ada ceramah sebelum mula. rupa2nya takdak. nama dua orang dipanggil untuk sesi RPK/RSM, sampai giliran, nama aku kena panggil. okay je. lepas habis, disuruh lak pergi kat pondok penguji dimana bermulanya test di jalan raya.
sampai giliran aku. nak bagi salam rasa ragu2. so aku terus masuk kereta je. hahahahha. pastu mulakan RSM. pastu aku mintak izin nak pandu. bermula lah perjalanan di jalan raya. nebes gila beb. dah lah jpj sebelah boleh tahan hensem rasanya. tapi sebab aku rasa lebih nebes memang takpandang lah semua tu. semua okay. cuma aku banyak guna gear 1 dan 2 je. so bila dia tegur dan siap kena ceramah bagai bila nak sampai kalau bawak kereta dengan gear macam nie kalau dari Sibu ke Sarikei. aku cuma jawab "ohhhh", "okayyyy" "k", aku tukar gear 3. pastu dia suruh tukar gear 4. okay gear 4.
ok. dah sampai akademi. dia suruh parking. sebab parking untuk kereta berlepas didalam kotak tu ada kereta. so dia suruh undur dan parking belakang kereta yang satu diluar petak parking . aku keliru la. mana satu nie. so aku undur2 nak pergi ke belakang kereta yang ada dekat tempat petak parking. tapi dia kata yang nie. yang mana? aku pun keliru. asyik2 berundur apa semua. aku kena ceramah lagi. siap bandingkan aku dengan pemandu lelaki yang sebelumnya. dia lelaki bolehlah pro2 bawak kereta. aku nie dahlah jenis bengap. makin menjadi jadi lak bengap bila dah nebes. hahahhahahahah. tahan je la telinga. XD akhirnya kereta yang parking dalam petak pun keluar dan aku pun parking disitu. kena ceramah bla bla bla bla. aku pun okay3 je la. ucap terima kasih, ambik borang pastu blah pergi litar. ingat gagal. tengok kertas. oh lulus rupanya. okay happy sikit walaupun kena ceramah XD
pastu di litar. sampai giliran aku. naik bukit. okay lepas walaupun aku lupa hon bila sampai atas bukit. pastu tunggu untuk parking sisi lak. aku dah kata parking sisi aku paling bengap. ada jugak beberapa kali aku cuba. nasib baik jpj tu sporting. memang ramai yang kureng bab parking sisi nie. rezeki sangat jpj sporting hari tu. pastu dah setel semua. jumpa la jpj tu mintak borang. jpj tu tanya nama. aku bagitau la nama, siap boleh kata "oh macam nama anak buah saya". aku gelak je. pastu suruh tulis nama. kat situ ada dua orang jpj lelaki, so bila aku tulis nama, siap puji tulisan aku cantik. hahahhaha. pastu tanya aku nie cikgu ke? aku kata bukan. pastu dorang tanya lagi, nurse ke? aku jawab eh bukan. aku baru habis belajar. pastu aku nak blah dah terus ucap terima kasih. belek2 borang tu. eh aku lulus. ALHAMDULILLAH. walaupun bab parking sisi tu entah berapa kali aku cuba semula untuk betulkan kereta. XD
yey aku lulus. terima kasih la untuk pegawai JPJ yang sporting2 dan baik hati. jasamu ku kenang :3
okay thats all.
macam takpercaya sekarang aku pemegang lesen P. LOL
doakan aku rajin2 bawak kereta dan pandai bawak kereta. dan jugak patuh peraturan jalan raya. hahahhahahahaha
aku suka baca pengalaman orang nie. sebab tu aku suka share pengalaman aku jugak. :3
pengalaman korang lak macam mana? :)
NEW UPDATE |
💁 setelah beberapa bulan bergelar P driver
💁 kisah kereta rosak dan pesanan untuk pemandu
sekian
ilal liqa'
okay thats all.
macam takpercaya sekarang aku pemegang lesen P. LOL
doakan aku rajin2 bawak kereta dan pandai bawak kereta. dan jugak patuh peraturan jalan raya. hahahhahahahaha
aku suka baca pengalaman orang nie. sebab tu aku suka share pengalaman aku jugak. :3
pengalaman korang lak macam mana? :)
NEW UPDATE |
💁 setelah beberapa bulan bergelar P driver
💁 kisah kereta rosak dan pesanan untuk pemandu
sekian
ilal liqa'
Assalamualaikum
dalam entry sebelum nie iaitu 'what in my pink package from korea' aku ada tanya, pasal korang nak aku review product yang mana satu. dan banyak yang nak aku review Magic Any Cushion dari Etude House. sekarang nie memang agak famous benda alah cushion2 nie kan. sebab benda nie famous, aku cuba la kan, menarik pulak nak cuba bila ternampak kat website Althea. so aku nak review la sikit. nie pandangan dari amateur ye dan pandangan ikhlas dari aku. hehehehe
lets start.
review | Etude House Precious Mineral Magic Any Cushion (PEACH)
RM50 (Althea)
packaging yang menarik dan comel. sebenarnya, magic any cushion nie ada 3 pilihan. PINK, MINT dan PEACH. so aku pilih yang PEACH sebab rasanya paling sesuai kot. kalau tak silap aku,
packaging yang comel dan portable. hahahaha
inside look. cute and girly :3
more inside look
without flash | with flash
lepas apply kat tangan
jangggg! lepas guna Magic Any Cushion. aku rasa aku tak apply rata since kat bahagian antara mata nampak tak sekata. LOL. aku bukanlah berkulit cerah sangat. rasanya kulit aku warna kuning langsat kot. tak terlalu cerah dan tak jugak terlalu gelap. so, bila pakai Magic Any Cushion nie :
1. kulit jadi agak cerah la, berlainan dengan warna kulit aku sebelum nie. memang fungsi dia mencerahkan kulit yang agak gelap. aku suka pasal ada spf34 tu. kira pelindungan kulit dari cahaya UV yang jahat kan :3
2. dewy finish, maksudnya kulit nampak macam shining gitu. dewy finish nie berlawanan dengan matte finish. so agaknya matte semua orang tau. (aku baru tau istilah makeup2 nie setelah google2/youtube2 pasal makeup. LOL!) so feeling muka shining, glowing la pakai nie.
3. bagi aku Magic Any Cushion (PEACH) nie, tak cover sangat blemish, acne and so on. dia macam light use je kot. tapi still okay la bagi aku. so maybe yang nak cover blemish tu boleh pakai concealer dulu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
tiga pilihan. pilihlah mana yang anda berkenan.
PINK, PEACH dan MINT
nie sebagai rujukan aku kau dan sesiapa yang berminat . :3
conclusion : bagi aku okay je Magic Any Cushion nie. sesuai untuk yang nak natural look. dan yang taknak heavy2 makeup sangat. paling2 boleh protect kulit dari UV. dan maybe lepas dia protect tu kulit kita jadi lebih sihat dan cerah. hahahhaha. thats all.
harap membantu. lepas nie nak review yang lain pulak. hahahhaa XD
sekian
ilal liqa'
Assalamualaikum
aku dah cerita kan yang hari tu pasal Althea. so kali nie aku nak cerita barang barangan yang aku pilih di website Althea pulak. memang recommend sangat dah nie. uish rasa macam beauty blogger. padahal takla beauty sangat. wakakaka. still takboleh move on ngan Althea nie. check my previous entry please!
aku bukanlah pandai makeup sangat T^T. yang aku tau pakai bedak biasa2 je dan pakai lip tint. so aku pilih sesuatu yang sesuai dengan aku la. walaupun teringin je nak pakai make up yang superb2 nie. tapi aku takpandai (takpandai, belajar la. hahahhaa). segan lak satu hal. ok bai.
masa nie excited sangat dapat package yang ditunggu tunggu. sabar je aku menanti walaupun sebenarnya taksabar sangat. hahahhaa. ada la dalam seminggu nak sampai rumah. biasalah jauh dari korea. :3 dah lah comel warna pink XD
jom aku listkan dibawah dengan harga dia sekali. maybe korang nak beli kan. hahahahha
1. Nature Republic : Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist - RM19
2. Nature Republic : Aloe Vera 92% Soothing Gel - RM14
3. Etude House : Magic Any Cushion - RM50
4. W. Lab : Sebum Out Finish Pact - RM33
5. Tony Moly : Tony Tint Delight - RM11
6. The Saem : Saemmul Real Tint - RM15
7. It's My Hand Cream - RM6
seriously, harga murah dari tempat lain. dijamin original pulak tu. sebelum nie aku pernah survey tony moly lip tint tu kat mall, sebab aku memang peminat lip tint, aku tengok harga kat satu kedai yang memang jual product brand tony moly nie, harga Tony Tint Delight tu dalam rm30 lebih macam tu, memang yang sama. aku siap target dah nak beli. hahahhaa. tapi taksangka lak rezeki sangat terjumpa la benda sama kat website Althea, harga jauh lebih murah. happy sangat XD, cuma takdak warna lain dah T^T, orange cha2 je tinggal. aku tibai je takut menyesal kan. nanti ada masa aku review dua lip tint yang aku beli. :D
kamsahamnida Althea :3
korang nak aku review yang mana satu?
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
20 July 2016 adalah hari jadi pertama Althea! Althea dah berumur 1 tahun. yey! siapa Althea nie? apa dia buat sampai aku nak wish bagai? hahahaha. Althea Korea adalah sebuah website untuk shopping KOREA BEAUTY PRODUCT. original fly from korea gais! siapa tak excited kalau dapat package dari korea. aku ofcourse excited macam dapat hadiah dari oppa dari korea. LOL.
first aku nak cerita kelebihan Althea nie.
1. Free Shipping from Korea to Malaysia kalau beli rm150 keatas! (free gais. so jimat la duit shipping disitu)
2. 100% Authentic, dijamin original dan gerenti original la.
3. Best Price. bagi aku di Althea, lebih murah barangan korea dia dari di website lain. seriously. aku dah compare.
4. Unconditional return. kalau kau takpuas hati dengan product yang diterima, boleh je hantar balik dalam masa 30 hari.
lets proceed!
HAPPY BIRTHDAY TO ALTHEA, saeng il chuk ha ham ni da!
saranghaeyooooooo ALTHEA!
Althea website available for Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines and Thailand!
#AltheaKoreaMalaysia
BV's selfie with Diy Party Kit! yey! hahahahha. muka macam serius. tapi seriously happy la. :3
my first ever korean beauty product! seriously the best package ever! the best quality. Althea ada macam2 jenama beauty product. make up, skincare, haircare and macam2 yang berkaitan dengan penjagaan kecantikan la.
look what inside? memang berbaloi shopping di Althea nie. next entry aku cerita apa yang aku beli di Althea Korea! Thanks a lot Althea for good services.
sekarang althea ada buat promotion dan competition for theirs 1st Birthday,
Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
Free Goodies for first 1,500 shoppers
Full size beauty products. While stocks last.
Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account.
#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.
*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information.
*****************
please la join. mana tau dapat rezeki. dahla kalau shopping antara 20th-31st July 2016 dapat DIY Party Kit, pastu kalau jadi 1500 pembeli pertama, dapat lak full size beauty product. apa lagi, pergi la shopping sekarang kat http://my.althea.kr/. seriously berbaloi. dah beli, join la instagram contest, manatau dapat macbook air, iphone bagai, kamera canon lagi. wowwww, kalau aku dapat memang perghh la. hhahahahha. so kumpul2 la duit nak shopping sekarang, kumpul sekali ngan adik2 ke kakak2 ke mak2 ke? boleh jimat shipping cost. hehehheeh.
#AltheaTurns1, happy birthday Althea!
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
hahhaha, this entry should be publish a long time agooooo! nie masa jenjalan pi Kuching bulan april. nie dah bulan julai. HAHAHA. baru sedar belum publish pun. kahkahhhh. goshhhh. im so lazy.
aku ada bagitau dalam entry 'a trip maybe' yang aku ada pergi Kuching. aku pergi berdua dengan adik. pergi sebenarnya nak jenguk bapak dan mak yang dah ada kat Kuching sebab bapak berapa kali dah masuk hospital sana. sebenarnya tujuan aku dan adik pergi kuching ada dua. first, mak aku suruh beli barang untuk adik2. kedua untuk menghabiskan cuti. hahahhaaahaha. not really. masa nie baru je cuti semester bermula.
ada la dalam dua minggu aku dan elin kat Kuching. menumpang kat rumah saudara sana.
vanilla caramel frappuccino and chocolate frappuccino. bukan Starbucks. harga pun boleh tahan dalam rm5.90. masa nie kat Emart. nie kali kedua kami berdua jenjalan selepas jalan kat India Street & Plaza Merdeka. jenjalan selepas ditinggalkan untuk meredah pasaraya. hahahhaa.
sebenarnya kali pertama kali kami jenjalan, kat India Street dan Plaza Merdeka. ye la, menjelajah kawasan dengan berjalan kaki. kat India Street banyak kedai kaum India, nama pun dah India Street kan. barang memang boleh tawar. tapi ada la jugak kedai yang bukan milik kaum India. kat Plaza Merdeka, shopping complex, ada H&M, Cotton On, Starbucks, BurgerKing, McD, dan sebagainya. paling best ada MPH. hahahhaha. kat Sibu takdak MPH, jeles la dengan warga Kuching nie. T^T
bangunan tun jugah. kami berdua ditinggalkan kat kawasan bank. so melintas nak masuk tun jugah sebab nak cari buku dekat kedai buku Popular. tak lama gi sini sebab barang2 dalam tu macam barang mewah2 je. hahahhaha. pastu, kami pergi seberang (di mana aku ambik gambar nie). singgah KFC jap sebab lapar.
the mural so on point. love this. masa nie aku dengan elin jenjalan carik jalan. hahahhahaha. memang jalan kaki je pergi memana. dah la baru first time gi sini.
somewhere in i-forgot-what-the-street-name.
kawasan tarikan pelancongan la area nie. sebab banyak jual sarawakian product. even ada kedai antik. seram gila masuk kedai antik yang ada barang2 lama tu. sebab kedai tu suram, siap ada bau pelik. nie elin punya pasal ajak aku masuk kedai antik tu. tapi aku tak ambik gambar. mostly barang lama2 macam besi berukir n patung2. hahahhaah
kali pertama menjejak MPH di Plaza Merdeka. im so excited. sebab banyak buku fixi, dubook n lejen press. kat sibu susah cari buku cenggini. :D lepas tu, aku berjanji akan singgah dan beli buku. dan kali kedua singgah MPH nie, aku memang beli buku. hahahahha.
hasil tangkapan di MPH. wuhuhu. im happy. bajet rm100 (banyaknya T^T), tapi habis jugak dalam rm1++. rabak weh. tapi demi buku la kan. bukan selalu aku shopping buku banyak2 macam nie T^T
elin n me. nie di rumah makcik pakcik aku. dimana kami menumpang teduh. graciasss muchacos atas layanan yang baik sangat2. sampai aku naik segan. aku nie jenis segan duduk rumah orang. entah kenapa. sehari dua pun tetiba rasa nak balik. wakakkaa. tapi alhamdulillah. merasa jugak jejak ibu negeri sarawak nie.
nie kat dalam toilet, emart? ke gmart? baru 'lupa di batu kawa. toilet pun baru. cantik. hahahahhaha. entah kenapa, banyak orang fikir kami kembar. padahal muka tak sama pun. maybe sebab tinggi sama. dan muka pun ada iras2. nama pun beradik kan. elin nie setahun muda dari aku. so memang takbanyak beza tinggi.
so, tu je la. masa kami jenjalan. banyak je gambar sebenarnya. tapi malas la letak banyak2. hahahhaha. lepas puas jenjalan. happy kan diri. aku ngan elin bergilir dengan mak jaga bapak di hospital umum Kuching. mak jaga malam2 sampai pagi esoknya. kami dua jaga pagi2 sampai petang/malam. beberapa hari entah ulang alik pi hospital, sebab bapak aku kena tahan kat wad radiotherapy and oncology. memang sebenarnya trip nie sebab nak jenguk bapak aku kat hospital Kuching sambil bergilir-gilir jaga dia.
tapi bapak aku suruh jugak jenjalan kat Kuching, sebab nie kali pertama gi Kuching kan. gosh my dad so kind walaupun dia sakit. T^T
akhirnya kami pun balik Sibu selepas semua perkara di sana selesai.
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
rasanya mood beraya dah agak surut sikit. masih ada. kali nie aku nak share mi segera faveret aku. aku bukan jenis orang yang gelar semua mi segera nie maggi. hahahhaa. sebab aku kurang minat maggi. selalu panggil mi segera lain2 dengan jenama dan perasa? dia. maybe orang lain panggil mi segera nie maggi sebab dia memang makan mi segera jenis maggi je kot. LOL. hahahahhaha. k sorry.
LEE FAH mee | sarawak white laksa
nie mi segera. wah laksa sarawak jadi mi segera. dahsyat tak? hahhahaha. dulu LEE FAH nie famous dengan keropok mi dia. sekarang ada mi segera dah. lama je dah wujud. dijamin halal.
jom checkitout,
cara buat? macam mi segera biasa la. takkan aku nak ajar lak. hahahhaha
nie la rupa bentuk packaging dia.
dah ready nak masak. so perencah dia ada tiga. yang merah tu soup powder, yang biru lak, serbuk santan. wahhh. dan yang tengah tu lak macam kerisik kot. entah.
jadi nie la ghupenye selepas dikeluarkan dari plastik. selalunya aku taruk perencah lepas mi dah siap letak dalam mangkuk, tapi nie sebab nak buat tontonan umum, taruk la siap2. bagus sebenarnya letak siap2 dalam mangkuk sementara tunggu mi tu direbus sebab lebih jimat masa. hahahhaha
mi segera aku dah siap. nama pun segera memang segera jugak la siap kan. kesian mi aku, macam kosong je. hahahahha. kosong2 pun habis jugak dengan kuah2 aku minum. kuah dia seriously sedap! kalau makan letak udang, tauhu goreng, ayam cincang, pergghhh, mesti lagi sedap. sebab aku nak dia secara segera, makan gitu je la. wakakakaka.
range harga rm6 - rm7 untuk 5 bungkus sarawak white laksa nie.
aku sebenarnya bukan selalu makan mi segera.
tapi kalau dah lapar memalam tu, mi segera jugak jadi penyelamat. makan sebulan sekali dua boleh lah. kalau memalam tetap jugak lapar selepas berkali2 makan mi segera, rebus je la telur, makan ngan kicap pun pergghh. hahahha. aku suka makan telur rebus ngan kicap. especially ngan kicap pekat manis cap unta. XD
sekian
ilal liqa'
Assalamualaikum
yeahhh finally eid mubarak is here! who is Eid Mubarak???? did someone have a name of Eid Mubarak. HAHHAHA. lame joke. selamat hari raya gais. so how your raya is going on? still running with full energy or dah mereput?
so here, gonna share a lil bit story of my Hari Raya Aidilfitri. this year we are celebrating Hari Raya just in our little paradise, home sweet home. it is a new home though, since we just moving in right before ramadhan. Alhamdulillah.
so lets get started with my meticulous caption on every food photos. hahahhaha
nie masa raya pertama. baru makan lepas tetamu last balik. tu pun ketupat dah habis. T^T, makan daging masak hitam (faveret air tangan mak) dengan nasik je mampu. nasik seciput + daging masak hitam banyak. pergghhh. hari raya pertama takdak jenjalan rumah orang lain. duduk je rumah sendiri. melayan sesiapa yang datang dengan 3 menu utama, daging masak hitam, rendang ayam dan kari ayam. spesial buatan mak dan nenek.
daging masak hitam yang memang laku keras. sedap dimakan bersama ketupat dan nasik dan jugak bread. hahahahaha. nie serius k. rasa daging masak hitam mak aku nie, tak terlalu kenyal dan lembut je sebab dipotong nipis, dah kuah pekat agak manis dan berempah. umpphhh.
makanan yang lainnya. kari ayam dan rendang ayam. aku kurang sentuh kari ayam di hari raya sebab selalu makan. hahahahhaha.
rendang ayam. :D
amplang from sabah. nie memang aku je la makan. sampai asyik kena marah. sebab yang lainnya malas mengisi balang2. aku makan nie je. sebab sedap dan rangup.
adik aku tetiba rajin. so dia masak la spaghetti fettucini carbonara. sedap jugak sebab guna sos prego tu kan. nie raya ketiga dah kot.
biskut yang cute by my sister.
gais.
nak confess.
kalau ada apa2 salah silap aku yang taksengaja atau sengaja aku TERkecikkan hati korang dengan mana2 tulisan aku, aku nak mintak maaf sangat2. kira dari sudut hati paling dalam la. harap la korang dapat maafkan aku. selamat hari raya maaf zahir batin.
meh la kita bersalaman dan berlaga pipi. cewahhh. angan2 untuk blog reader aku yang girls. girls power kan. *tetiba.
mintak maaf la bagi sesiapa yang ada terasa ke takpuas hati ke ngan aku selama nie. tapi aku rasa aku baik je selama nie. *in denial mode, tapi orang baik tak kata diri dia baik la kan* HAHHAHHA.
hargailah orang yang anda sayangi, family terutamanya.
sekian,
ilal liqa'
Assalamualaikum
macam mana ramadhan? okay? dan macam mana persediaan raya? hehehe. balik kampung ke? okay. sebenarnya, bila dah habis study nie. aku rasa lifeless sangat sebab tak berapa busy. LOL, bila busy bising bila tak busy pun bising. typical human yang tak bersyukur mungkin? HAHAHHAHA. joke.
masa aku banyak dihabiskan dengan baca novel. buat kerja kat rumah pastu sambung balik baca novel. kekadang bila layan novel berat macam horror, thriller dan penyiasatan yang perlukan otak yang lebih kerjanya, rasa letih pulak otak kita kan. hahahaha. so carik bahan bacaan yang ringan sikit. yang boleh layan gelak2 sweet2 moments gitu. so grab lah novel tipikal kisah chenta nie.
nie novel2 adik aku punya. beli guna baucer buku. mostly buku kat rumah aku beli guna baucer buku. dan adik aku si elin adalah peminat novel2 cinta macam nie. aku pun kalau bosan mesti nak baca novel jugak. memang cerita dia mostly bermula dengan tragedi dan akhirnya happy ending. ada jugak beberapa ilmu dapat sebab lepas habis novel ada jugak segmen ilmu ke mende.
lifeless aku terbukti bila boleh habiskan sebuah novel hanya dalam masa sehari atau 2 hari. HAHHAHHAHA.
setiap buku, ada je ilmu yang kita dapat. so rajin2 la membaca.
sekian,
ilal liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons